kemudahan - keperluan
anamizu
28 January
38 Comments
guwa sebenarnye memang tak puas hati.. sangat tak puas hati.. Januari ni guwa rancak pegi majlis kenduri kendara kawan-kawan.. dan of kos yang jauh-jauh la.. dan dah tentu lah kita akan stop kat banyak perhentian.. tak kiralah hentian tu R & R ke atau pun sekadar stesen minyak kat mane-mane pekan..
bukan pasal hentian yang guwa tak puas hati.. guwa tak puas hati pasal tempat solat.. surau.. guwa tak tau surau kat hentian tu bape kaki kali bape kaki.. yang guwa tau surau tempat untuk solat tu sempit.. ruang solat pompuan yang guwa masuk tu boleh la muat dalam 8 orang dalam 1 saf.. pastu dapatla kot buat dalam 2 saf setengah.. tu pon dah jenuh belaga bontot.. memang sangat tak selesa..
surau tu kat Hentian Bukit Gantang arah selatan yang guwa stop tu.. dah la memang waktu tu weekend ada belaga dengan cuti umum ape tah tapi memang sekolah cuti la.. pack gila manusia.. dari jauh dah nampak dah betapa sesaknya nak masuk solat dalam tu.. elok-elok orang niat nak solat, bila keadaan tak selesa camtu otomatik ada yang tak jadi nk solat.. memangla boleh cakap :
"eleh kalo betol niat nak solat, ape ade hal"
yes memang sedap bercakap dan menghamburkan air lior sekiranya bukan kena pada batang hidong sendiri.. pada guwa memang sangat tak praktikal kemudahan yang disediakan dengan tahap keluasan kesempitan sebegitu.. ditambah pulak pada masa cuti yang memang ramai orang bercuti dan ke sana sini.. dah sepatutnya pon ditambah keluasan atau tambah unit lagi kemudahan surau / tempat solat.. kalo tak pon buat besar macam kat Hentian Sungai Perak.. itu pada guwa agak luas lah kemudahan surau die.. tapi kalo mai musim perayaan / cuti sekolah memang jemm jugak.. pihak PLUS la sepatutnya kena peka perkara-perkara camni.. mungkin ada je yang rasa :
"eleh dah tau situ penuh, p la hentian lain"
pada guwa, kalo nama pon 'kemudahan' memang sepatutnya lah MEMUDAHKAN pengguna.. bukan memberi kesusahan dan ketidakselesaan.. kehkehkeh