WARNING !!!
--ENTRY INI AGAK PANJANG. SILA SIAP SEDIA--
Ok dah setel buat entry Sepuluh Hari Cabaran.. Huhh tak mencabar langsung hahaha phuiii ~ Naik cemuih gak dok buat entry 10 Days Photo Challenge tu.. Tambah pulak nak buat 30 Days Challenge ??? Hahhhh memang idok le nampak gaya nye hahaha
Dan --
Memandangkan baru-baru ni aku terlibat dalam
kemalangan (walaupun nampak macam kecil tapi sangatlah BESAAAAAAR di mata aku) sebab sisi kanan belakang kereta aku dah koyak rabak sobsss sobsss T___T maka aku rasa aku nak share tentang tuntutan insurans kemalangan kereta.. Aku konfem ramai yang tak tahu atau kurang ambil tahu pasal benda ni sebabnya aku pun salah soranglah yang tak ambil tahu langsung pasal insurans-insurans kenderaan ni sebelum ni.. Bila dah kena batang hidung sendiri ha tudia baru aku sibuk buat research sana sini.. (google saja sebenarnye.. ahahaha) Tak ambil tahu banyak takpe, asalkan ambil tahu yang penting-penting. Orang kata malang tak berbau kan ? So gerlsss please.. i mean plizzzzz sayang-sayangku ambil tahu sikit ok ? Untuk kita jugak ;)

Claim Progress Kereta aku -- nampak gaya macam lambat lagi je baru setel.. Claim File Status pun 'pending adjuster survey' lagi tu.. Ini macam kena mulakan operasi lah nampak gaya. Esok dah masuk minggu kedua kereta aku kat bengkel. Siap sedia lah bermula esok aku akan call selalu depa-depa yang berkenaan.. Hati dah mula hangat je nih kalo nak kena tunggu lama.. grrrr ~
TUNTUTAN
INSURANS KENDERAAN
Apa itu tuntutan insurans? Tuntutan
insurans merupakan satu permintaan rasmi kepada syarikat insurans untuk
membayar sejumlah wang berdasarkan insurans polisi sebagai ganti rugi terhadap
apa-apa yang berlaku pada kenderaan anda seperti kemalangan atau kehilangan.
Terdapat banyak syarikat insurans
seperti yang kita ketahui, contohnya Kurnia Insurans, MAA Assurance, Pacific
& Orient, Takaful Ikhlas, Takaful Malaysia, Great Eastern, Berjaya dan
lain-lain lagi yang terdapat di Malaysia. Kebanyakan kita tahu kenderaan yang
kita miliki diinsuranskan oleh siapa tetapi adakah kita tahu bagaimana untuk
membuat tuntutan insurans apabila kejadian yang tidak diingini berlaku? Dalam
artikel ini akan diceritakan serba sedikit tentang bagaimana untuk kita membuat
tuntutan kepada syarikat insurans dan bagaimana untuk tuntutan kita berjalan
lancar tanpa sebarang masalah kelak. Apa yang ditulis ini adalah berdasarkan
dari pengalaman saya sebagai “Claim Officer” di salah sebuah syarikat kredit di
Malaysia.
BERAPA LAMA TEMPOH MASA NAK BUAT TUNTUTAN TU?
Sebaiknya setiap kemalangan
jalanraya mestilah dilaporkan. kegagalan membuat laporan polis boleh
menyebabkan kita disaman RM300 tuntutan boleh dibuat dengan cepat. malah, bagi
tuntutan sendiri (Own Damage Claim) mahupun OD KFK, Bank Negara telah
meletakkan beberapa kriteria yang perlu dipatuhi sykt insurans dan pemilik
dalam usaha mempercepatkan proses tuntutan iaitu:
1. pemilik mestilah laporkan kepada
polis dalam masa 24 jam. lebih dari itu kena saman RM300. melainkan pemandu
pengsan, masuk ICU atau patah kaki dan sbgnya.
2. kemudian pemilik mestilah
memaklumkan kepada pihak insurans berkaitan. pihak insurans akan keluarkan
borang tuntutan dengan nombor bersiri. hari ini, kebanyakan borang tuntutan
boleh di cetak secara online oleh pihak bengkel.
3. sebaik saja insurans
dimaklumkan, mereka mesti menugaskan adjuster utk menilai kerosakan kereta
iaitu dalam tempoh 24 jam.
4. pihak adjuster pula perlu melakukan
survey juga dalam tempoh 24 jam. laporan taksiran pula mestilah diserahkan pada
pihak insurans tidak lebih 7 hari.so, lepas insurans dapat report adjuster,
baru mereka boleh proses claim dan buat bayaran pada bengkel. bermakna, kalau
ikut atas kertas, paling awal bengkel boleh repair keta kau ialah pada hari ke
8 atau 9. tapi apa yang berlaku ialah pihak bengkel berlumba2 untuk membaiki
kereta tanpa menunggu approval utk menjaga imej dan nama baik mereka. so,
selalunya, mereka akan mula kerja selepas adjuster membuat taksiran kerugian.
TUNTUTAN SEKIRANYA KERETA KITA DILANGGAR ORG LAIN?
Ada 2 cara utk buat tuntutan
sekiranya kereta kita dilanggar org lain. tapi MESTI lah ada keputusan polis
bahawa orang itu bersalah. sekiranya dia disaman, maka konpem dia bersalah. dan
barulah kita leh wat tuntutan dari insurans mereka dan melindungi NCB kita.
1. cara pertama ialah tuntutan
pihak ketiga atau 3rd party claim. kita baiki kereta kita, bayar dan gunakanr
resitnya untuk buat tuntutan terhadap insurans itu. antara kelebihan claim ini
ialah kita boleh buat tuntutan loss of use. contohnya, kereta kita tersadai
selama 20 hari di bengkel dan kita dibolehkan menuntut kerugian. contohnya
sehari RM50 x 20 hari = RM1,000. kira macam duit teksi lah.
2. cara kedua dipanggil OD KFK atau
Own Damage Knock-For-Knock. kaedah ini diwujudkan oleh Bank Negara pada zaman 90an.
proses tuntutan sama iaitu kita claim pada insurans pihak bersalah TETAPI
melalui syarikat insurans kita.dalam erti kata lain, kita claim melalui sykt
insurans kita (krn lebih cepat) dan kemudian sykt insurans kita akan claim
semula dari sykt insurans pihak ketiga. NCB kita tidak akan terjejas.
NCB ialah No
Claim Bonus juga diketahui sbg NCD atau No Claim Discount. Bila kita
tak buat sbrg claim dalam tempoh setahun, maka pihak insuran akan
menganugerahkan kita Bonus kerana tidak claim.. Kiraannya adalah begini:
1st year = 25% 2nd year = 33.3% 3rd year = 38.33% 4th year = 45% 5th
year = 55% (maksimum) NCB boleh dipindahkan dari satu kereta ke kereta
yg lain begitu juga dari satu insurans ke satu insurans yg lain.
MCM MANE NK CLAIM INSURANS? CLAIM DR SYRKT INSURANS SENDIRI ATAU
CLAIM INSURANS DR PIHAK KETIGA?
kita hanya boleh buat tuntutan
insurans dari pihak ketiga seandainya pihak ketiga didapati bersalah oleh
polis. selalunya keputusan keluar dalam tempoh 14 hari. anda boleh claim
insurans sendiri, dan insurans kita akan claim dari insurans pihak ketiga. ini
dipanggil KFK claim (knock-for-knock)
MASA BUAT TUNTUTAN, PERKARA BERIKUT MESTILAH DI PATUHI:
1.
Salinan asal laporan polis.
2.Sketch
map polis kena gak ada lukisan pelan mcm mana kemalangan boleh terjadi / kena
pi balai polis balik utk beli pelan kemalangan(dokument report tu pelan dan
keputusan polis..)
3.
Keputusan polis diperlukan sekiranya kita menuntut kerugian dari pihak ketiga
(3rd party claim)
4.Selain
dari itu, pastikan kita menghantar ke bengkel yang tauliahkan oleh insurans.
kebanyakan insurans tidak mahu membayar jumlah yang dibaiki pada bengkel yang
tidak authorised.
5.Borang
tuntutan perlu diisi. selalunya dibuat oleh bengkel, pemilik cuma perlu
tandatangan saja.
6.
Pemilik perlu membayar excess sekiranya ada.
jika kereta tak rosak teruk, anda
boleh mintak utk guna kereta dulu sehinggalah pihak insurans hantar adjuster
dan kemudian meluluskan jumlah tuntutan.
*Semua dokumen (1,2,3) mesti ada letterhead traffic police department.
BOLEH JELASKAN SKIT TAK PIHAK KETIGA?
Pihak ketiga ialah semua pihak di
keliling kita semasa memandu. ia boleh jadi:
a. pejalan kaki
b. pemandu dan penumpang kenderaan
persendirian.
c. pemandu dan penumpang kenderaan
awam.
d. pemilik harta benda termasuk
kerajaan serta sykt konsesi lebuhraya
Apa dia pihak ketiga tu? Pihak yg
melanggar anda. di sebelah dia pula, anda ialah pihak ketiga.OD KFK bermaksud
Own Damage Knock-For-Knock. bermaksud, anda claim insurans anda, dan insurans
anda akan claim semula dari insurans lawan. cara ini lebih mudah dan cepat. dan
oleh kerana insurans anda tidak keluarkan duit 1 sen pun, maka sebab itu NCB
anda selamat.
REPORT DARI PIHAK YG MELANGGAR TU PERLU TAK?
Tak perlu report pihak yg
melanggar.. report sendiri sudah cukup..yg no 3 tu jika membabitkan 3rd party
atau orang ketiga.. selalunya berlaku dalam accident jenis KFK (Knock for
knock)..keputusan akan dikeluarkan oleh pihak polis dalam tempoh kurang dari 2
minggu setelah siasatan dibuat..jika tiada sebarang aral melintang, masing2
mengaku salah, sekejap je result bole keluar..tambah sikit..
semasa pergi ke workshop untuk
membuat tuntutan insurance,anda perlu ada :
1.Salinan geran kenderaan
2.Salinan policy insurance
3.Salinan report police
4.Salinan lesen memandu
5.Salinan I/C
6.Salinan cover note (optional)
Borang tuntutan akan diberi sebelum
kerja membaiki dijalankan..document yg perlu ditanda tangan ialah Claim
Form..selepas kereta siap, pastikan wshop memberi anda Letter of Offer dan
Discharge Voucher untuk ditandatangani..excess perlu dibayar sendiri oleh owner
sekiranya :-unamed driver-underage driver-driver experience is less than 2
years (dalam kata lain, still lesen P)nilai excess yg perlu dibayar ialah RM200
(minima) dan RM400 (maksima).
Excess ialah 1% dari jumlah nilai
keta yang diinsuranskan dan ianya tidak wajib. selalunya di letakkan pada
pemandu yang pernah buat tuntutan atau pemandu yang berisiko (terlalu muda sbg
cth).bagi
-pemandu yang tidak dinamakan
-pemandu bawah 21 tahun
- pemandu berpengalaman kurang 2
tahun
-atau pemandu lesen P (ada orang
ambil lesen semasa berumur 30)maka dikenakan compulsory excess. ini terletak di
bawah jadual 2F dalam setiap polisi insurans kereta Malaysia.jumlahnya tetap
iaitu RM400.bagi excess yang diletakkan pada polisi terhadap pemilik pula,
sekiranya nilai kereta ialah RM75,000 maka excessnya ialah 1% iaitu RM750.
Aku copy & paste dari blog
Bro Afzainizam dan jugak
Malaysian Riders. Segala maklumat lanjut sila refer pada diorang ye. Aku cuma share info sahaja untuk rujukan aku sendiri pada masa depan :)