terubuk masin sarawak
anamizu
13 October
31 Comments
ofismate gua : cik ida
setelah gua ditinggalkan beberapa hari oleh ofismate gua, hari ini beliau telah kembali dengan jayanya.. alhamdulillah beliau selamat pergi dan selamat kembali.. walaupun pelbagai dugaan dan rintangan diterima seawal bertolak untuk ke airport, akhirnya beliau selamat pulang kembali.. welkem back my partner! gua rindu lu lah..hehe.. part yang paling best adalah beliau tak lupa buah tangan untuk gua! hehehe
*klik sekali saja untuk membesar*
spesel terubuk masin dari sarawak! dengan muka penuh teruja, gua pun ajak mak gua kerjakan ikan terubuk nih untuk juadah kami sekeluarga.. lepas tung tang, tung tang with my best chef, tadaaaaaa! terubuk yang asalnya hanya terperap dalam bungkusan paper cina nanyang siangpau telah bertukar menjadi terubuk masin goreng bersama sayur pucuk.. kasi hiasan sikit taruk hirisan bawang besar + cili merah / hijau + hirisan limau.. memang yummy la maaaaakkk! nanti balik kerje nak ajak mak buat terubuk masin masak lemak cili api plak la.. kehkehkeh~
*klik sekali saja untuk membesar*
terubuk masin goreng bersama sayur pucuk + terubuk masin masak lemak cili api
*klik sekali saja untuk membesar*
gua jugak dapat souvinear spesel ni dari sarawak.. tempat letak pen + surat dan jugak keychain burung kenyalang.. senyum lebar kemain gua dari pagi sampai ke petang... kehkehkehkeh =P terima kasih buat ofismate gua cik ida.. kalo ceni la gayanya, gua rela je kene tinggal selalu.. hehe
suke tak?suke tak?? ce like..ce like =P