doa
anamizu
14 April
10 Comments
"Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang."Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN," katanya."
"...aku baru selesai bayar PTPTN. charge..3%. Satu sen tak boleh discount. Ujrah, aku tak layan. 8 tahun bayar. Adilkah jika kalian sume berhutang dan kemudiannya mahu tuntut lupus. Bukan soal politik atau soal kerajaan, soalnya kamu berhutang. Lepas grad dengan bangga kamu memiliki kereta baru, isteri anggun, apartment moden... lagi hutang belajar mau lari. Ada maruah tak? Kalu ada maruah, bertindaklah sebagai seorang muslim yang bermaruah. Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut... Tanyalah ustaz."
"Orang nak ke universiti, engkau pun nak ke universiti. Orang dapat biasiswa, engkau pinjam daripada PTPTN. Orang berbiasiswa dapat ijazah tak payah bayar kos pengajian, engkau yang pinjam daripada PTPTN iri hati.Ni lah perangai orang kita - tak boleh tengok orang lain lebih sikit.Pinjam duit nak belajar, pasal kemudian hari, engkau nak hidup senang, bukan? Kalau tak sanggup bayar, kenapa engkau pergi pinjam duit kerajaan?Nak beli rumah, pinjam duit bank, bukan? Adake masuk akal, bila dah dapat rumah, engkau tak nak bayar balik duit bank?Dah banyak dah kerajaan beri benda free-free. Sudah-sudahlah tu. Jangan menagih subsidi kerajaan memanjang..."
banyak lagi komen balas yang ada.. guwa bukan anti mana-mana pihak.. guwa jugak bukan penyokong tegar mana-mana pihak..tapi akal allah bagi,tolongla guna sebaik-baiknya.. jangan sampai gelap bijik mata sebab harta dunia.. orang lain pon ramai je susah + kena bayar hutang tapi hidup aman je.. rilek je bayar.. pandai hutang,mau pandai bayar balik arrr.. lu yang cari tempat nak p pinjam, lu yang sign agreement, lu sendiri bayar la bro!