bau ketiak? putihkan ketiak?

banyak respon dari kawan-kawan blogger kat entry badan berbau sebelum ni.. contohnye macam kak diana, cik sengeh dan fara arisha cakap, kadang-kadang orang yang badan berbau ni dorang tak sedar pon badan dorang berbau sebab dorang dah imune dengan bau tu.. kita yang terpaksa berkongsi keharuman bau badan dia tu pulak yang azab kan?? dia memang konfem rilek je la.. 

dan tetibe guwa jadi rajin pulak nak search pasal bau badan dan bau ketiak nih.. pastu terjumpa la blog petuanenek.com pasal cara nak kembalikan ketiak yang putih berseri.. hahaha

"ketiak yang hitam atau gelap biasanya disebabkan penggunaan pencukur bulu ketiak yang kerap dan masalah banyak berpeluh dan kurang mandi dengan sebaik-baiknya" 

sumber : blog petuanenek



cara-cara untuk mengembalikan ketiak yang putih berseri :

1. ambil secubit (menggunakan 3 jari) kapur makan, kemudian campurkan dengan sedikit air perahan limau nipis, dan sapukan ke bahagian ketiak yang hitam tersebut. Seeloknya semasa mandi. Dengan membasahkan bahagian ketiak dahulu. Kemudian gosok ketiak,seeloknya gosokkan ketiak anda dengan kepala lutut
*part kepala lutut ni guwa baru tahu ! 





Dengan cara ini, ketiak anda akan cepat bersih dan saki baki daki akan tanggal dengan mudah. Anda akan merasa sedikit pedih/panas, namun tidak sampai memudaratkan kesihatan kulit anda. Amalkan sekerap mungkin iaitu 2 kali seminggu semasa mandi. Sehingga ia putih seperti sediakala.

Kapur makan ini bukan sahaja akan memutihkan bahagian ketiak, namun ia juga mampu menghilangkan bau badan dan lebih mudah menanggalkan bulu ketiak iaitu dengan hanya menariknya dengan tangan. InsyaAllah.

2. Cuci ketiak anda dengan parutan lemon dan timun selama 15-20 minit sehari. Setelah itu basuh bersih dengan menggunakan air suam.

3. Gunakan TAWAS bercampur air suam sedikit, kemudian gosokkan ketiak dengan menggunakan span ataupun kapas.



pasni kalo ade tragedi terpaksa menghidu haruman sebegitu, guwa rase nak printkan pastu terus bagi cara-cara ni.. siap boh dalam envelop.. boley kot camtu kan? kan?kan??? =P

22 comments:

  1. lawak e dengar kepala lutut tu...hehe...akn kucuba...kapur tulis papan hitam tu bleh tak??hehe

    ReplyDelete
  2. wahhh . gak tu ..

    ape lg tips

    ReplyDelete
  3. wah. berguna jugak tips nih. boleh share dekat kawan kawan yg ada masalah nih. ai malu nak terus terang. so, ni cara sinis sinis lah. HAHA

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. laaa...sedangkan sy yg rajin ni pn malas nk guna petua2 camni...cam leceh..nak cari lg..nak beli, nak kerat..nak gosok guna kepala lutut..tp tu semua pn usaha jgk utk putihkn or buang bau ketiak yg euwww tu...

    klo sy kasi hadiahkan rexona. rm5.90 jer. yg ni sapu terus kering, x melekit. wangi pon bez. mudah. hihi...xpun tulis mesej lam envelope tu 'nanti jgn lupa beli REXONA tau'. haaaa...kan senang..hehe

    ReplyDelete
  6. eh eh ? ada nama kita ^^

    bagus entry nie .. boleh tlg ramai org ..

    ReplyDelete
  7. ingat petua ni nk suroh apply trus fair & lovely white, hukk...

    ReplyDelete
  8. petua yg jrg dh org nk buat nie
    leceh katanya..heheheh

    ReplyDelete
  9. forward je entry cik ana ni kat sesapa yg ada masalah sebegini :P

    ReplyDelete
  10. hehee xde mslh bau ketiak.. :P

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Ana

    Mira Tag kamu join

    Giveaway Bantal Flannel Ana Aleesya

    Sudikah Cik Ana Join ^_^

    # Kenyit mata

    ReplyDelete
  12. yeahh,slamat tak guna pencukur. ketiak less gelap. XD

    ReplyDelete
  13. petua yang bagus.nasib baik setakat ni tak berbau tapi kuat la berpeluh.wuuuuu

    ReplyDelete
  14. hehe,petua lama2 tapi memang berguna..nasib aie tak ada bau2 badan ni semua,hehe

    ReplyDelete
  15. cara yg murah tapi nak buat tu ada sikit leceh ..ahakss.

    ReplyDelete
  16. perghh..terbaik ni.haha

    ReplyDelete
  17. apakata print petua tu [astu lekat kt ofis hehe

    ReplyDelete
  18. Haha. Memg tips yg brguna. Blh le bg tips ni kat si polan...

    ReplyDelete