Mengenal Anak Lepat

aku rasa ramai je yang tau pasal kisah hidup Lepat yang anak dia dibawak pelari bini dia (rakyat German). lama dah kisah tu. aku pon kecik lagi masa dulu tu. aku dapat tau pon bila mak aku cerita. yang buleh jadi mak aku bukak cerita pasal Lepat tu bukan pasai apa, sebabnya aku dok pulun tunjuk anak si Fynn Jamal (Bakti Arjuna Fitri) kat mak aku.. aku pon cerita la Juna ni ada kat German skang ni bla bla bla.. tu yang tup tup mak aku bukak cerita pasai Lepat.. aku pon apa lagi google la. Rupanya skang ni Lepat dah kawen kali kedua dah. Anak dia pon ada dua orang dah dengan isteri yang sekarang ni. 
Yang buat aku syok pasai Lepat ni bukan apa, pasai cara daily life dia didik anak-anak dia.. sempoi gila! memang dok kat German tapi dia punya loghat Penang, tudiaaaa piaw baq hang ! sampaikan anak-anak dia (Aminah dengan Azali) pon dah reti cakap utara. German pon buleh tahan gak la pekat idghom dia. Bila begabung pulak dengan loghat Penang, haaaa todia !

"Aku heghannn sunggohhhh !" - ayat wajib Lepat. hahaha




*pinjam dari fesbuk Pak depa*

style gila lah depa nih. duduk kat negara yang bukan Islam agama utama. tapi Lepat stil buleh didik agama dalam diri anak-anak dia. semoga depa sekeluarga dirahmati dan bahagia. layan sunggoh la dengaq Azali cakap Penang ! walaupon pelat tungggang tebalik ! hahaha

12 Lovenote(S):

  1. InsyaAllah..aminn,, gitulah harapnye..

    ReplyDelete
  2. Mana pun kita pergi adat dan bahasa jgn lupa. Org kita ni g duk negara omputeh mula nk jadik omputih. Pakai cam
    Omputeh, rambut pun sama. Last2 ckp melayu pun pelat ntah apa2.

    ReplyDelete
  3. Pernah dengar juga kisah lepat nie.. alhamdulillah tengok sekarang anak2 dia bagus kan.. didikan agama yang penting anak2 dia tak lupa bahasa logaht utara tu :D

    Salam kenal :D - http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/royal-belum-part1-calling-from.html

    ReplyDelete
  4. xpernah dengar citer ni.. thankz for this info.. tp bagus la kan, walaupn kt negara org adat resam agama xdiaabaikn.. alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. walau di mana berada, malaysia tetapi tidak dilupakan

    ReplyDelete
  6. hahahah, "pak hang" tu dia kata... deep meaning ;)

    ReplyDelete
  7. Dulu pernah dgaq citer Lepat ni, tp tak ingat detail sgt...
    sbnarnya, tmpat berpijak tak penting sgt, yg penting langit yang dijunjung...hehehhe

    ReplyDelete
  8. eh..sape lepat tu??
    xpenah tau pun

    ReplyDelete
  9. famili depa mmg sempoi..azali mmg comey.suka tgok video dia.hehe

    ReplyDelete
  10. mmg lama dah kisah ni...tp tu la x penah tngk pun anak dia ni...
    ada video bagai...kelako...

    ReplyDelete

 
© Copyright | All Right Reserved by Anamizu