Saya malu nak buka cerita
ini. Namun, saya rasa penting juga jika sahabat semua tahu kesah yang
menyedihkan ini.
Begini. Satu hari saya pergi
party harijadi seorang kawan universiti. Itu adalah kali pertama saya ke rumah
beliau. Masuk sahaja ke pagar rumah, di kiri kami ada laman hijau kecil dengan
rumput karpet, kolam ikan, dan pasu-pasu bunga yang cantik. Mata ini terpegun.
Owhhh sahabat ku sudah berjaya, beliau mampu hidup mewah sebegini.
Alhamdulillah.
Melangkah masuk ke dalam
rumah, ruang tamunya besar sekali (saya ketika itu masih tinggal rumah flat
kecil 850 kaki persegi). Dalam hati, "Ya Allah. Ruang tamu ini sudah
sebesar rumah flat kami." Ketika itu agak sedih juga kerana saya masih
struggle dengan kerjaya. Masih duduk flat.
Party Harijadi itu amat
meriah sekali. Mewah dengan makanan, kek, kuih muih dan hadiah goodies bag.
Anak-anak saya teruja. Ini adalah kali pertama kami merasai suasana meriah
penuh kemewahan.
sumber : Google
Sebelum pulang, saya meminta
izin sahabat untuk tumpang solat asar. Beliau tunjukkan ruang solat, bilik air
dan kemudian beri saya sepasang telekung dan sejadah.
Keluar sahaja dari bilik
air, saya terus buka lipatan sejadah dan telekung. AllahuAkbar!
Sejadahnya sudah nipis dan
lusuh sekali. Rambu ramba di hujung sejadah banyak yang dah terburai.
AIR MATA saya hampir menitik
ketika saya hendak menyarung telekung. Telekungnya berkepam, sudah berbau
masam. Kainnya sudah nipis sudah berwarna kekuningan. Telekung fesyen lama-lama
dari kain cotton plain. BUSUK dan sungguh LUSUH sekali. Tali pengikat telekung
di kepala hanya tinggal satu sahaja. Dagu telekung sudah bertahi lalat.
AllahuAkbar!
Hiba sungguh hati ini.
Keadaan sejadah dan telekung tidak SETIMPAL dengan kemewahan yang ada pada
sahabat saya ini.
Hati ini terdetik.
Ya Tuhan.
Ketika kau kurniakan
kemewahan dunia kepada sahabat ku ini, sejadah dan pakaian solatnya masih busuk
buruk lagi doif. Di manakah letaknya IBADAH SOLAT di dalam list penting sahabat
ku ini? Tidak malukah menghadap Tuhan Pencipta di dalam keadaan doif sebegitu?
Inilah realiti kehidupan
kita di bumi Malaysia !!!
Kita mewah dunia. Miskin
akhirat.
ALHAMDULILLAH.
Walaupun ketika itu rumah
saya flat. Namun kami pastikan telekung kami sentiasa dalam keadaan tip-top.
Setiap orang pasti ada 2-3 pasang telekung. Ada satu masa, hari raya, kami
mampu hadiahkan semua mak sedara dan cousin perempuan sepasang telekung baru.
Ketika saya menulis ini,
Allah telah kurniakan kami sedikit kemewahan. Kami kini tinggal di rumah kondo.
Maka, kami juga telah upgradekan telekung kami. Sekarang kami sudah mampu beli
telekung yang berharga RM200-300. Alhamdulillah. Syukur.
Mungin sahabat semua boleh
fikirkan sejenak.
Kita mampu membeli jubah
raya RM200 sepasang, dan kita beli sampai 2-3 pasang, kasut designer RM200, jam
tangan import RM300. Kita mampu beli henfon berharga RM2000. Renovate rumah
puluh ribu. Namun. Namun, telekung solat kita ada yang sudah 5 tahun tidak
berganti. AllahuAkbar.
Mulai sekarang, kita switch
style kehidupan kita. Boleh?
Apa kata :
Jika kita mampu belli 3
jubah yang dipakai hanya sesekali sahaja sebulan. Apa salahnya kita mempunyai 3
pasang telekung untuk digunakan setiap hari. Setiap 2 minggu, tukar telekung
baru. Mudah kan?
"Sesungguhnya, ketika
bersolat, yang kau temu ialah RAJA bagi segala raja-raja di dunia. Cantikkanlah
pakaian solat mu ketika bertemu NYA, Pemilik Khazanah dunia dan akhirat."
PS: #SHARE cerita ini untuk kita
sama-sama mengingat sesama umat. Semuga ibadah solat kita semakin hari semakin
baik dan bermutu. AAMMIN.
#KesahTelekungBusuk
Cerita ini di tulis oleh
seorang penulis iaitu Puan June Mohd Som. Terima kasih kepada beliau, semoga
cerita ini menjadi iktibar buat kita semua.... In sya ALLAH...
Aku terbaca kisah ni 'melintas' di newsfeed aku.
Betul sebak membacanya.
Kaum wanita terutamanya.
Muka, pakaian, kasut segala,
Bukan main lagi kita nak lawa, kan?
Telekung jangan kita lupa.
Biar putih tak berwarna takpa.
Asalkan bersih wangi untuk diguna.
Bukan untuk siapa,
Untuk kita juga :)
btoi tu..
ReplyDeletekdg telekung lusuh... tp bju sntiasa bertukar baru..allahuakbar...
betoi betoi. baju kemain lagi kita nak tukar setiap hari..
Deleteinsaf kanns.,
ReplyDeleteinsaf wak..
Deletebila rasa malu kepada manusia sekeliling lebih tinggi dari malu dengan Tuhan..
ReplyDeletecuba bayangkan, sanggup tak kita pakai telekung yang berbau, lusuh depan org ramai..
tu la. moga kita-kita dijauhkanlah daripada jadi cenggitu :"(
DeleteWow. Tak sangka pula ada masalah bg kaum perempuan sampai tahap macam tu. Betullah kata orang, tak kira betapa mewahnya kita, kalau ibadah kita abaikan (dlm bab ni kebersihan telekung) tak guna jugak, kan?
ReplyDeleteTetiba kagum dgn cerita orang buat servis amal basuh telekung di surau awam dengan percuma.
moga kisah-kisah cenggini bagi tauladan buat kita-kita.
Deletetu la aku pon kagum gak ada insan-insan yang buat
servis amal cenggitu. moga golongan camtu sentiasa dirahmati :)
huhu, nak jumpa orang pakai lawa-lawa. nak jumpa tuhan busuk dan buruk. sama-sama muhasabah
ReplyDeletetu la kan. sama-sama muhasabah diri kita kan Mormor huhu
DeleteLagi sedih kalau orang tu telekung pun tak ada. Allahu. :(
ReplyDeletekalau yang camtu lagi sedih pulak Eizz :"(
DeleteBila agama x dititkberatkan jd la mcm ni. Betul jugak la kan kalau dah baju baru boleh selalu beli, xkan telekung baru x boleh beli. Mungkin dia jarang nk ada masa beli telekung kot sbb sibuk dgn tugas seharian. Kalau ada masa nk shopping pun, tetiba terlupa pulak nk beli telekung baru masa shopping tu..hmmmm...(cerita buat sendiri)
ReplyDeleteWallahua'lam jugak la kan Bro. moga kita & keluarga kita dijauhkan daripada sifat alpa cenggitu..
Deletealahaii.. deepnya. inilah yg salu terjadi.
ReplyDeletethanks sharing kak.
Nice article to learn something.... easy to understand the telekung hurmat Telekung
ReplyDelete