Mewarna Batik & Mereka Cipta

budak sekolah memang tengah heaven sekarang ni sebab tengah cuti dua minggu.. masa ni la pun depa nak rilek.. kalau musim sekolah memang pagi petang siang malam la kena p sekolah.. tiap kali cuti sekolah jugak, macam biasa aku dengan partner aku si Ida kena arrange something yang bermanfaat untuk dijalankan sepanjang cuti sekolah.. 

musim cuti sekolah Mac sebelum ni, kami dah buat beberapa aktiviti untuk adik-adik yang cuti sekolah boleh join kat Pusat Internet tempat aku kerja tu antaranya pertandingan edit foto, edit video dan jugak majlis bacaan Yassin untuk masa ending hari penyampaian hadiah tu.

kalau cuti yang sebelum ni kami banyak buat aktiviti yang melibatkan penggunaan komputer / ICT tapi untuk cuti kali ni, kami tukar sikit.. kami banyakkan aktiviti yang tak berapa menggunakan sangat ICT tapi... haaa ada tapi tu. hehehe

tapi, kami fokuskan aktiviti yang menggunakan daya pemikiran atau kreativiti. antara aktiviti yang dah dibuat adalah mewarnakan batik dan merekacipta daripada kotak terbuang.. daya imaginasi budak-budak ni memang diluar kotak sungguh.. habes segala sel-sel otak semua berhubung ! hasil dia pun perrrhh mantop jugak !

Photo: Program Cuti Sekolah 1:
Mewarna batik.

#batikart #colouringart #colourful #art #handmade #DIY #schoolholiday #creative

Photo: Program Cuti Sekolah 2:
Rekacipta daripada kotak.
Sel-sel otak berhubung.

#boxart #box #recyclebox #boxproject #recyclepaper #DIY #schoolholiday #creative #schoolproject #kidsproject #pi1m #pusatinternet1malaysia #cutisekolah

salute aku tengok bakat adik-adik ni semua.. macam-macam benda diorang hasilkan.. ini baru dua aktiviti je.. ada lagi yang bakal dibuat next week pulak.. kalini takmau pulun buat perabeh dalam masa 1 hari je. rugi sebabnya hari lepas-lepas tu nanti depa jadi bosan takdak aktiviti dah nak buat selain hadap komputer.. 

"alaaa jomla buat aktiviti kak ana.bosan la asyik ngadap komputer je kak ana" 

haaaaa kemain lagi depa pakat demand aihh =P

7 comments:

  1. oh nice idea!! terbaek~ ;3

    ReplyDelete
  2. Walaupun aku dah tua bangka bongkok tiga,
    aku masih lagi belum pernah lukis batik...heheheh

    ReplyDelete
  3. Fail lukis batik. Kalau warna tu boleh lah. hehe. Dah lama tak pegang berus lukis.

    ReplyDelete
  4. wah terbaik la aktiviti..nak cedok utk pi1m saya pulak..hihih..boleh ye.. tapi cuti sekolah ni saya pun cuti maternity jugak..so, tunggu cuti akhir tahun la gamaknya..hehe..

    ReplyDelete
  5. wah kotak jadi laptop..budak2 mmg kreatif kan..suka tgok budak2 pandai ni..siap demand aktiviti lagi,jenuh la kaka ana dok pikiaq apa nak buat pasni..tu yg smp lama tak update.huhu

    ReplyDelete
  6. Aah .. best jugak kalau dapat buat aktiviti mencorak batik ni .. mesti best kan :D

    ReplyDelete
  7. bestnye...akoo tak pernah kaler2 batik..nampak mcm senang je..ehehe teringin jugakk

    ReplyDelete