Deserve Something More Special


Kadang² tak semua yang kita harapkan kita akan dapat. Dan kadang² jugak tak semua yang kita dapat adalah sesuatu yang kita pernah harapkan. Pernah antara kita rasa betapa sakitnya jiwa yang terpaksa melepaskan sesuatu yang bukan ditakdirkan jadi milik kita. Pernah jugak antara kita merasa bahagia gila walaupun sebenarnya ada insan lain yang terpaksa bertarung hiba dibelakang sana.
Kadang²  jugak, ada antara kita terpaksa berpura-pura ceria depan kawan², sahabat dan sanak saudara yang ada. Dalam hati dia, siapalah yang tahu betapa berjuangnya dia menahan air mata atas segala ujian yang datang melanda.

Kadang² bukan sesuatu itu yang kita minta. Bukan sesuatu ini juga yang kita jangka. Cuma mengharapkan pelangi indah muncul di hujung sana. Bertahun kenal pun belum tentu kita punya. Berbulan tak berbalas mesej pun tak apa, andai dia memang untuk kita.

Jack : Ana.. nak mintak pendapat boleh? 
Aku : Err tentang apa ea? 
Jack : Gadis² kalo kite mesej die, die tak reply, apsal aaa? dulu ok je. Now tak ok. Any idea?
Aku : Hurmm jarang gadis² tak reply. Tambah pulak kalo yang mesej tu buah hati die. Konfem laju die reply. Selalunye gegadis yang hadap situasi camni. Bf nye yang tak reply. maybe dia mood swing ke ape kehkehkeh
Jack : Berbulan² boleh kire mood swing ke? Berbulan². Mesej pun tak. Reply pun tak.
Aku : Errr... or maybe something happen kat die ke? 
Jack : Something happen tak kot. Ok je.

Aku pon takde experience sangat benda gini. Cuma mungkin Jack perlu make verbal conversation or something. Aku pon tak tawu nak bagi jawapan camne disebabkan aku tak tawu situasi sebenar si Gadis tu camne. Jawapan dan cadangan aku tu pun cuma berdasarkan pada norma² manusia biasa pada situasi² biasa.

Any idea..?






50 Lovenote(S):

  1. mungkin gadis tersebut ada hati dgn si jack tu...dan dalam masa yg sama jackplayboy

    ReplyDelete
    Replies
    1. jack playboy tu aku rasa aku yakin dia tak camtu hehe

      Delete
    2. maybe gadis tu ada org lain?

      Delete
  2. gadis tu merajuk kot. tak pun terasa hati ka. dak pun memang dia nak menjauhkan diri dari jack tu.hehe

    ReplyDelete
  3. Atau mungkin gadis tersebut kecewa..bila jack pernah terlanjur keluar dgn gadis yg lain...

    ReplyDelete
  4. hurm, situasi mcm nie mungkin g tu ad poblem and xberani nak ckp or mybe somthing wrong was happen.. yg pasti kena tye btol2 ah ap yg berlaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup ayie. kena tanya betol-betol2.

      Delete
  5. kak wana pernah hadapi situasi ni..diri sendiri saja yang tau betapa sakitnya dalam hati tapi pura2 xde apa depan semua orang..

    pada pendapat kak wana, agaknya si gadis dah jumpa orang lain kot atau ada sesuatu yang telah terjadi pada dia dan x nak bagitau si lelaki tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ciannye kak wana.. pedihnye kena hadap situasi camtu.. entahla kak wana. Ana x sure apa sbnrnye yg jadi..

      Delete
  6. Adakah pompuan tu bernama Rose Dawson? He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku lupa pulak nak tanya Jack hehehe

      Delete
  7. macam cian je dengan jack. bagus tanya direct pd gadis tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku syorkan jugak Jack tanya direct.

      Delete
  8. ina rasa kemungkinan besar perempuan tu dah ada lelaki yg lain atau bosan dengan si jack tu.. ataupun mungkin perempuan tu ada masalah ke macam tak de duit nak reply mesej, ada konflik dengan keluarga atau memang tak de mood ke.. siapa tahu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi jugak apa Ina ckp tu..

      Delete
  9. Akak bab2 macam ni sangat tak pandai bagi advise...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Ana pon lebih kurang akak gak la ni hihihi

      Delete
  10. Jack tu better tanya direct je si gadis tu kot, nobody's a mind reader meh ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Plain. better tanya direct hehe

      Delete
  11. Mungkin tengah merajuk atau tengah marah kot? hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla kak sally. boleh jadi. errr tapi berbulan dah tu katanye hehe

      Delete
  12. kalo dh berbulan...mungkin dh ade yg lain kot...

    err

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmm macam betol jugak apa Lea ckp ni..

      Delete
  13. Replies
    1. sedang menghadapinye kah sofie adie?

      Delete
  14. terlalu dalam tu merajuknya... atau dia dah tawar hati... kne face to face.. tak boleh hanya call or sms.. hati manusia kita tak boleh tahu kan...apa pun.. kena bersua muka.. baru tahu akan kebenarannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersua muka ek kak. mungkin jugak kan kak.

      Delete
  15. Mesti ada something happen, pompuan memang jarang tak reply mesej ni..tak pun ada something yang Jack buat dekat dia...kena face to face baru tahu sebabnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ada smthing happen rasanya kot Cik Mimie.

      Delete
  16. Kalau aku Jack, aku akan bg mesej dkat dia berbunyi lebih kurang mcam ni:
    "Berbulan-bulan aku cuba contact kau tapi tak ada respon.
    Kalau ada salah dari pihak aku, aku minta maaf dan harap segalanya akan bertambah baik.
    Kalau salah bukan dari pihak aku, aku rasa aku berhak tahu kenapa aku dilayan sebegini.
    Tapi jangan risau, ambil masa utk redakan keadaan.
    Bila masanya kau rasa sesuai, contact aku.
    Aku akan tunggu :)"

    Ok, too dramatic. Tapi lebih kurang macam tu laa...
    Sesetengah perkara mmg masa je yg dapat bg jawapan.
    Tp org zaman sekarang selalu suka desak pd masa itu juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry panjang lebor!

      Delete
    2. hehe jwpn ni aku rasa memang paling x bias mana2 pihak.positif betol auranya. dan aku rasa Jack pon antara insan yg camni jugak Cero hehe

      Delete
  17. alamak... x pandai la plak nk advice ni ;-)

    ReplyDelete
  18. Rasanya hati dah berubah arah... ermm... mungkin Jack boleh cuba tanya terus terang jer... setidak2nya tidak la perlu bertanda tanya untuk bulan2 yg akan datang kan... life must go on...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol gak acik idah. perlu tanya supaya takde tanda tanya kan.

      Delete
  19. maybe dia x de kredit..pastu nk top pup x de duit heee....senang je..bagi sis JM..si gadis tu dh x minat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sempoi jwpn kak JM! hehe

      Delete
  20. Merajuk kot. Jack tak sedar telah mengguriskan perassan girl.tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm mungkin jugak mama 3farhanah.

      Delete
  21. kak ana dah macam bukak sesi kaunseling. hehe. ada sebab nya kot gadis2 tu buat mcm tu. kalo sy jenis lupa nak reply. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tgh open table kaunseling ni HSB. kalo lupa pon takkanla sampai berbulan mcm si Jack kena tu HSB hahaha

      Delete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Ingin menjauhkan diri kerna terpaksa...

    ReplyDelete
  24. ada 3 possibilities saya boleh fikir.

    1. Merajuk

    perempuan ni merajuk dia menggedik terlebih. kadang-kadang sampai berbulan pun boleh. nak tarik perhatian orang yang dia sayang. perempuan. pfft~ sexist pula bunyinya. hahaha. tapi ini betul.

    2. Curang

    saya pernah kena kes macam ni. tapi opposite lah kan. lelaki tu menyepi je. padahal dah dua tahun kami rapat. saya kol dia x angkat, saya msg dia x balas. rupa-rupanya bila ushar kat fb (Thank god for Facebook), saya dapat tahu dia baru kahwin. dia x gtau pun! bengong pnya jantan.

    3. ada sebab tersendiri

    ini kes arwah pak cik saya. perempuan tu tiba-tiba je menyepi. bila arwah pak cik jmpa dengan dia, dia larikan diri. bila msg, x balas. bila kol x angkat, sama kes. sampailah pak cik give up and move on. beberapa bulan kemudian, dapat tahu perempuan tu dah meninggal sebab leukimia. dia xnak arwah pak cik sedih. dia rela pak cik benci dia dari rasa kecewa dan sedih. ini pun dapat surat dari arwah perempuan tu.

    and sekarang pak cik pun dah pergi meninggalkan kami. maybe jodoh diorang kuat kot. jodoh di syurga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. #1 -- haah tu la kan Amy. pompuan ni mmg cmplicated kdg tu pfttt~
      #2 -- adeh kalo terkena camtu mmg sakit. jenis tak berani gentelman betul la.
      #3 -- alamak part jwpn yg tu hurmm sedih plak baca :'(

      Delete


  25. ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

    ANDA MEMERLUKAN PINJAMAN YANG MUDAH?
    KELULUSAN SEGERA!! TUNAI SEGERA!!
    KAMI ADALAH PANEL ANDA =)


    Disini kami ingin menawarkan skim pinjaman yang berdaftar kepada sesiapa yg mengalami krisis kewangan sama ada anda BLACKLIST/CTOS/CCRIS,jangan bimbang anda juga boleh memohon.Apa saja pekerjaan anda,anda boleh memohon pinjaman dengan syarikat kami.


    Kami memberi pinjaman peribadi yang cepat. Kami dapat selesaikan apa jua masalah kewangan anda!


    -PERKHIDMATAN KAMI HANYA DI SEKITAR SELANGOR & KL-

    TUNGGU APA LAGI? JGN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI! KAMI SEDIA MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH KEWANGAN ANDA DENGAN SEGERA!!!
    HUBUNGI KAMI SEGERA …

    Whatsapp:+1-6474-864-724
    Website http://oceancashmj.com/
    Email:oceancashcapital@gmail.com

    ReplyDelete

 
© Copyright | All Right Reserved by Anamizu