Ada Apa Di Melaka | Part 3

Ada Apa Di Melaka | Part 3
Menara Taming Sari, Duck Tours, Masjid Selat, Pahlawan Walk

Siang esoknya kami sambung lagi ronda-ronda Melaka. Disebabkan ada antara kami yang belum pernah naik Menara Taming Sari jadi kami decide untuk berlegar-legar kat kawasan Dataran Pahlawan.
Ref dan Sam tak join naik Menara Taming Sari sebab dah pernah naik dah tahun sebelum tu jadi diorang berlegar-legar cuci mata aje sementara tunggu kamiorang yang tak pernah naik ni. Duration naik Menara Berpusing tu lebih kurang 7 minit gitu aje la. Tak lama mana pon. 
Untuk harga tiket lebih murah boleh buat online reservation kat laman web Menara Taming Sari. Tapi itu pun depends pada promotion package yang diorang ada offer lah ye.
Lepas turun tu macam biasalah akan ada gambar kita yang dah siap edit. Aku malas nak beli mulanya tapi memandangkan lepas ni entah bila lagi boleh dapat nak berkumpul cenggini so aku pun pejam mata beli jugak gambar ni sekeping plus dapat fridge magnet sebijik.

Bila dah selamat turun dari Menara Taming Sari tu, mak buyung kata teringin nak naik Duck Tours (bot kuning yang boleh jalan atas darat dan masuk kat air laut ).
Sumber : Laman Web Melaka Duck Tours

sumber : Google Image

Masuk je dalam The Ducks (bot kuning tu), akan ada 1 driver dan 1 kapten (tour guide yang akan bercerita tentang sejarah negeri Melaka. Sambil The Duck tu bergerak lalu sekitar Dataran Pahlawan tu terus menuju ke arah laut dan akan turun kat laluan khas dia sebelah dengan Masjid Selat.
Bila dah kembali ke darat, kita bergambarlah satu dua das dulu sebelum memulakan misi mencari nasi sebab perut dah mula berkeroncong masa ni hehehe
Memandangkan turun je dari Duck Tours tu anak-anak semuanya dah mengadu lapar jadi kami tak buang masa terus je melistas ke seberang jalan (bertentangan dengan Bangunan Menara Taming Sari) untuk makan tengah hari. Manusia jangan tanyalah. Disebabkan 01 dan 02 April tu cuti hujung minggu jadi memang penuh dengan manusia. Anak-anak dah mula tunjuk aksi macam-macam sebab lapar tapi meja masih penuh waktu tu.
Nasib baiklah ada 1 family yang dah hampir nak selesai makan dan diorang bagi anak-anak ni tumpang duduk hilangkan penat dulu di kerusi tempat meja diorang makan tu. Sementara family tu habeskan makanan yang berbaki, kami dah order siap-siap dah. Bila clear je meja apa lagi memang tak kasi chance. Masing-masing terus tunduk suap nasi tak pandang kiri kanan dah. 
Selesai je isi perut kami sambung jelajah masuk ke dalam kedai-kedai cenderahati dalam Pahlawan Walk (bertentangan je dengan kawasan Menara Taming Sari dan Dataran Pahlawan). Masuk dalam ni memang lagi sekali rambang mata. Segala macam cenderahati ada. Dari keychain, fridge magnet sampailah ke tshirt, cencaluk, kerepek-kerepek dan dodol. Aku beli kerepek untuk makan dalam perjalanan balik dan tambah lagi fridge magnet untuk kengkawan yang kena tinggal tak dapat join short trip kalini.

Selesailah Part Ketiga Melaka :
5)Menara Taming Sari [√]
6)Melaka Duck Tours [√]
7)Masjid Selat [√]
8)Pahlawan Walk [√]

Tamatlah sudah short trip untuk kalini. Untuk next trip katanya plan nak jelajah Kuantan, Pahang pulak tapi tak decide tarikh lagi bila nak perginye sebab dua mak buyung bakal dapat baby on September. Kena tunggu mak buyung habis pantang dulu kot hehehe


23 comments:

  1. Bestnya jalan2 dengan family.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok jugak sekali sekala :)

      Delete
  2. duck tours tu first time dengar. biasa orang naik cruise. cam menarik je

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan mahal gak tiket duck tours tu :P

      Delete
  3. seronoknya berjalan ..tp melaka panas dan sesak kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Melaka pergilah weekdays ke weekend ke, tak pernah tak sesak. kalo bujang-bujang takpe lagi la nak hadap, kalo ade baby ape smua mmg agak mencabar jugakla hehehe

      Delete
  4. bertambah mahal harga tiekt nyer tu ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah harga tiket die tu hermmm =P

      Delete
  5. kita org melaka pun belum pernah naik duck tours hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg selalunya org dekat tak pedulik pon. org jauh je yg slalunye try hehehe

      Delete
  6. Walaupun Mrs. A dekat aje dengan Melaka tapi belum pernah naik Menara Taming Sari lagi huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe nanti bebile Mrs A boleh la try hehehe

      Delete
  7. Lamanya tak pegi melaka... Sejak menjak duduk sabah ni... Jarang sangat dah jalan kat semenanjung...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/17/amalan-surah-surah-untuk-ibu-mengandung/

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh jauhnye duk sabah ye? yela kalo ade kat semenanjung bolehla pergi hehe

      Delete
  8. Meriah rombongan cik ana ke melaka ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah dengan keletah anak kengkawan tu ha :P

      Delete
  9. rindunyaaa melaka.. dlu bulan2 pi melaka sejak balik sabah da x dpt pigi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh skang duk sabah la ye? teringin nak ke sabah hehe

      Delete
  10. walaupun saya belajar kat melaka dah 3 thun, tak penag naik duck tu. mcm best pulak bila tgk gambaq tu. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy ni pon sebab ada Mak Buyung teringin nak naik Duck Tours tu, tu pasal naikla jugak kalo tidak memang tak naikla sbb tiket dia buleh tahan mahai gak la hahaha

      Delete
  11. Siqah tak pernah dengar pulak Melaka Duck Tower. Nak kena pergi Melaka lagilah nampaknya nie :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan Melaka Duck Tower siqah. Duck Tour hehehe

      Delete
  12. Wow~ informative sungguh entri ana tentang Melaka. Jln2 tempat di melaka. Nadia pun tak pernah pusing2 melaka mcm nie even umah atuk dkt melaka. Selalu balik umah atuk duk umah then balik KL balik.

    Nice sharing . Next time insyaallah bleh pusing2 Melaka

    ReplyDelete