Apa nak jawab bila boss besar datang?


Salam kenal pada semua. Terima kasih pada engkorang semua yang sudi singgah dan baca apa yang aku bebelkan hehehe.
Untuk pengetahuan, aku salah sorang staff yang bekerja di Pusat Internet 1 Malaysia di Perak di bawah portfolio Kementerian Komunikasi.Pada akhir Mac haritu, satu official site visit daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Cyberjaya telah datang ke lokasi tempat aku bekerja.
Di setiap lokasi Pusat Internet sepatutnya ada dua orang staff tapi masa hari lawatan tu, partner aku perlu hadir kursus di Ipoh. Makanya, aku perlu hadap semua para pegawai tu sorang-sorang.
Site Visit ni sebenarnya bertujuan untuk memberi gambaran jelas kepada bakal Pegawai Pelatih yang akan berkhidmat dengan MCMC. Dan pemilihan lokasi pula dipilih berdasarkan Top Three di setiap negeri dan wakil dari setiap Telco (pembekal perkhidmatan contohnya TM, Celcom, Digi).
Macam Pusat Internet tempat aku berkerja ni dibawah kendalian Telco Webe.

Baaaaanyak soalan yang ditanya memandangkan Pusat Internet tempat aku ni dah masuk tahun ketujuh beroperasi bermula pada Februari 2010 dulu.

Antara soalan-soalan yang ditanya :

"Cuba bagi saya 5 sebab kenapa kami (Pihak MCMC) tidak perlu tamatkan kontrak / perlu teruskan kewujudan Pusat Internet di sini"

"Bagi saya 5 sebab utama kenapa awak masih setia bekerja disini walaupun sudah TUJUH TAHUN perlu hadap perkara yang sama setiap hari"

Encik yang berbaju kaler brown (tengah-tengah) tu yang bagi soalan-soalan killer sebab beliau merupakan Pengarah Bahagian Pembangunan dan Infrastuktur.

Soalan-soalan lain cuma soalan basic dan data tu boleh cari dalam sistem sebab kebanyakannya statistik  dan jumlah sahaja yang diminta.



Masa sesi soal jawab tu, Pihak Atasan aku hadir sama. Lepas dah selesai segala soalan, diorang pon dah gerak balik, pihak atasan aku call :

"Congratulations for being the most confidence and outstanding staff on the site visit today. Good job! Saya sendiri sangat kagum dengan cara awak jawab soalan-soalan yang MCMC tanya tadi. Camtulah staff saya ;)"

Aku jawab 'ok terima kasih encik.' -- cenggitu aje lah.
Itu nasib baiklah jawapan aku memuaskan hati.
Cuba kalo aku tak konfiden dan jawab tergagap-gagap.





8 comments:

  1. wahhh, hebat laa ana..")

    ReplyDelete
  2. Fewitt!
    Teringin nak tahu jawapan ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fewitttt! jawapan adalah.... rahsiaaaa ehehehe

      Delete
  3. Hebatlah siap dapat pujian. Kalau mai ni jenis loading, habislah, hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak hebatlah mai. ini nasib baik je jwpn keluar mcm peluru hehehe

      Delete
  4. Wah! tahniah yang penting menjawab dengan confident salah ke betul itu kira nombor dua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu la MrsA. lantakla betul ke salah ke asalkan muka confident gila masa tu hehe

      Delete