Anak Saudara Mak Datang

 


Hari Raya Keenam memberi sedikit senyuman pada Mak,
disebabkan anak-anak saudara (anak-anak Almarhumah Kakak Mak) 
bagitahu nak datang berhari raya ziarah Mak.


Terasa meriah sekejap memecah sunyi disebabkan cucu Mak beraya di sebelah Tok Nenek sana.



 Seronok tengok wajah ceria Mak sama-sama sediakan ayam masak merah.

Sayur Kobis Udang masak lemak putih.
 
Telur Rebus Masak Sambal.
Dan ada juga spagetti carbonara, buah tembikai.
Ketupat Palas pun masih ada yang kami sempat frozen.
Moga Allah bagi sedap buat semua tekak tetamu yang hadir hehehe

 

Moga terubat sikit rindu Mak pada cucu 3 ketul yang berhari raya di rumah Tok Nenek sebelah sana.
Salam Aidilfitri buat semua! :)

Apa Punca Letupan Gas Di Putra Heights?

 









Sumber : Facebook Putra Heights & Buletin TV3


Tragedi Letupan Saluran Paip Gas di Putra Heights, Selangor.
Berlaku pada 02 Syawal 1446H (01 April 2025).
Akan meninggalkan titik hitam buat seluruh mangsa yang terlibat.
 
Ada perkongsian 'screenshot' perbualan dari whatsapp salah seorang
penduduk yang tinggal di sekitar kawasan tersebut (bertarikh 17 Dec 2024),
waktu itu pun mereka (penduduk) sudah mula berasa gusar dengan aktiviti 
korek-mengorek jentera berat di kawasan sekitar situ.
 
Sehinggalah berlakunya letupan kuat pada 01 April 2025.
Rumah Abang Long aku juga terletak lebih kurang 11km saja dari lokasi kejadian.
Syukur Alhamdulillah sangat tiada terkena kesan bahang kebarakan tersebut.
 
Sewaktu kejadian letupan tu, Abang Long berada di Terengganu (beraya di rumah mertua).
Dan ramai juga pemilik rumah yang menjadi mangsa letupan tu,
kebanyakan memang sedang berada di kampung kerana masih berhari raya di kampung.
 
Moga siasatan telus dapat dilakukan & pelaku sebenar dapat dibawa ke muka pengadilan.
Dan moga semua mangsa juga mendapat pembelaan sewajarnya.
 
Banyak kerosakan harta benda.
Jiwa juga tak kurang sakitnya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Sedangkan dibawa arus banjir (air) pun, sudah berat untuk menanggung.
Ini pula tragedi letupan melibatkan kebakaran & kerosakan 'total lost'  :( 
 
Moga Allah berikan ketabahan & kekuatan pada semua mangsa. aminnnn.

Alkisah Raya Kami

 

Untuk raya kalini Si Kakak & Adik (dua ketul anak saudara ni saja yang masih kecil),
beraya di Shah Alam & terus ikut Atok Nenek beraya di Kedah (sebelah Ibu mereka)
Ayah mereka tak dapat beraya bersama kalini kerana terpaksa memenuhi tugasan
ke Hong Kong bersama dengan Team Engine MAS.
 
Abang Long aku pula giliran berhari raya di Terengganu (sebelah Kakak Ipar Aku).
Meriah di sana dengan keluarga besar & berhari raya ke rumah saudara sekampung.
 
Makanya, tahun ni Mak & Abah aku mood sedikit down kerana tak cukup anak cucu menantu.
Ajak bergambar family photo pun nantilah katanya.
Mujur jugalah ramai keluarga MakLang, MakSu, PakTeh & lain-lain hadir pada pagi raya pertama
dan hari raya kedua, memberi sedikit kemeriahan juga pada mak.
 
Macam tu lah perasaan Mak & Abah bila ada anak/memantu/cucu yang tak dapat 
sama-sama pulang berhari raya pada raya pertama.
 
Sedikit mengganggu mood mereka.
Hanya aku & Bong saja yang mampu ada setakat ini.
 Aku pesan pada Bong cari jodoh orang dekat saja senang nanti,
waktu hari raya rentas desa saja hehehe

Ada PakTeh Datang Beraya

 

Raya Kedua kami sediakan menu Sambal Udang takda petai,
Kacang Panjang Tumis Udang,
Sayur Taugeh Tauhu Campur
Sup Ayam & Buah Tembikai.



Kami buat juga Puding Oreo Milk Choco.
Anak Menantu Cucu PakTeh suka betul puding ni.
Mungkin disebabkan dihidang sejuk-sejuk waktu cuaca panas,
itu yang membuatkan laku kerasss puding ni hehehe
 

Apa Menu Syawal Pertama?

 

Menu Syawal Pertama kami dimulai dengan Ketupat Pulut Daun Palas.
Selalunya ketupat jenis daun palas ini menjadi kewajipan buat
penduduk di kawasan Utara Semenanjung Malaysia (Perak, Penang, Kedah, Perlis)

Pasangan ketupat pulut daun palas pula selalunya adalah rendang ayam.
 
 Kami sediakan juga Nasi Impit  disertakan dengan sambal tumis / sambal bilis.
 

     Kami buat juga Rendang Kerang Cili Padi pedassssssss manjaaahhh.
Ini menu permintaan Bong.

 Selain tu, kami juga sediakan Nasi Minyak.

Dengan acar timun nenas.
Dan juga rendang itik (permintaan Abang kepada Bong)


Sempat bertukar juadah pagi Syawal dengan Mak Lang & Mak Su.
Dan sempat juga ziarah Mak Lang & Mak Su.
 
Salam Syawal & Mohon Ampun Maaf buat semua,
andai sepanjang bersahabat di alam blog ini,
ada terkasar bahasa / terlajak bicara.
 
Ampun dan Maaf Ana pinta pada semua ya :)

Pages (26)1234567 Next »