Jejari Gatal

04 January 26 Comments

Memandangkan aku masih bekerja sorang diri (pengganti partner aku masih belum ada), jadinya aku masih berpeluang untuk ambil cuti Sabtu dan Ahad (selalunya aku kena cuti on weekdays). 

Dan memandangkan jugak masa Sabtu 2 Januari haritu takde sebarang majlis kawen dah, masa free yang ada tu aku pun bawa diri ke Ipoh. Tempat aku tinggal sekarang ni dekat dengan kawasan Slim River (dah hujung Perak nak masuk sempadan Selangor dah) jadi, untuk ke Ipoh tu kalau takde urusan yang penting memang aku agak malas lah nak pergi.

Tapi untuk 2 Januari haritu aku nekad jugak untuk pergi sebabnye ada DUA faktor utama :

1.Aku nak habeskan berbelanja voucher AEON yang aku dapat masa program LimasTiga Melaka tahun lepas. (Beratus jugak jumlah voucher tu jadi amatlah rugi kalau aku biarkan lebih lama hehehe)

2.Aku nak cuci mata di bahagian craft kat Popular dan jugak Daiso.

DUA faktor tu je yang membuatkan aku curi jugak masa cuti tu untuk bawa diri pergi Ipoh sebab kat sana je aku boleh puaskan kehendak hati aku untuk kalini hehehe

Selesai je aku cuci mata kat tempat² yang aku kata tu, inilah hasil tuaian aku untuk hari tu. Masa aku masuk kat Popular padat gila manusia. Celah rak, tepi sudut sana, belakang sudut sini, semuanya ada manusia dan semuanya generasi membaca. Alhamdulillah lah kat situ hehehe

Masa aku belek kat area barang² craft dalam Popular tu, mak aihhhh harga dia, boleh tahan gak lah hehehe. Pastu disebabkan kat dalam AEON tu ada Daiso so aku decide untuk terus gerak p cuci mata kat sana pulak. Tapi kat Popular tu sempat jugakla aku beli 2-3 batang pen yang kaler silver and gold. Kononnya nanti senang kalo nak tulis atas kertas warna hitam. KONONnyelah. Kalau rajinlah citernye hahaha

Masuk je dalam Daiso tu rasa lega sikit sebabnye manusia tak padat macam kat dalam Popular tu tadi. Tu pasal senang hati aku belek semua benda yang ada dan sudahnye tu dua benda tu yang aku beli. Craft Punch dan jugak Craft Scisscors. Benda ni semuanya untuk deco² buat craft card tak kiralah untuk bookmark ke, birthday wishing card ke ataupun untuk hadiahkan special card untuk sesape yang engko sayanglah hehehe

Aku banyak ushar kat Tower Kak Farah kalo nak rujuk ape² pasal crafting nih sebab dia memang otai gila bab ni. Pergilah jenguk Tower Kak Farah tu kalo engko nak lebih tawu hape benda yang aku bebelkan ni kehkehkeh


Psstt~ Jejari Gatal tukar template sebenarnye. Kang bila ada problem mulalah meroyan sesorang hahaha




Jalan-Jalan Januari : Gua Tempurung

03 January 20 Comments
Alkesahnye, lepas je kamiorang kecewa disebabkan datang pada hari cuti, jadinye tak dapatlah bertentang mata dengan haiwan liar tu semua.  Membawa hati yang duka, Abang Long aku pun terus decide untuk cuba tunaikan permintaan wife kesayangan dia untuk terjah lokasi lagi satu iaitu Gua Tempurung.


Bila dah sampai kat Gua Tempurung, kemain eksaited lah si Mama, Papa dan jugak si Rafael sendiri. Dah tak sabar nak explore apa yang ada kat dalam Gua Tempurung tu. 

Masa kami sampai tu lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Ramai orang yang datang maklumlah waktu tu cuti Sabtu (26 Disember). Kelibat pengunjung keluar masuk turun naik di sekitar bangunan pintu masuk kaunter pendaftaran membuatkan si Rafael tak senang duduk dah.

Bila kamiorang pergi untuk beli tiket kat kaunter, takde sorang pun staff kat situ. Kaunter pun kosong je macam tak beroperasi. Pelik jugak. Dah tutup ke ape. Cuti ke sebab hari Sabtu? Kami terpinga-pinga jugaklah kat situ sebabnya takde sorang pun staff kat kaunter tu yang boleh kami bertanya.

Last-last, kami decide untuk jalan je lah terus cari pintu masuk gua. 

"Harini diorang bagi masuk FREE aje kot" - sindir Abang Long aku.
Kami jalan punya jalan punya jalan, sampailah kat kawasan depan pintu masuk gua. Kat situ baru ada nampak notis : 

"Dilarang masuk. Kerja penyelenggaraan keselamatan gua sedang dijalankan"

Masa tu nak je aku p kat kaunter tiket tu pastu p bagi tazkirah kat petugas kat situ.

Apa susah sangat ke nak taruk notis?

Kalau tulis besar-besar kat banner ataupun paling busuk tulis ajelah kat kertas A4 pun takpe. Tempek kan aje kat depan kaunter tiket notis tutup tu. 

Takdelah orang ramai tertanya-tanya.
Engko pun takde susah nak explain banyak kali.

Ini tidak. Dari mula aku berjalan kat tempat kawasan parking tu takde langsung tulis tanda-tanda kerja selenggara ke hape. Bila dah sampai betul-betul depan lobang hidong diorang pintu gua tu barulah ada notis.

Aku tak kisah kalo engko tak taruk notis tapi asalkan engko jenis mulut manis + muka senyummmmm aje sambut para pengunjung yang sampai.

Ini tidak jugak. Sapa sorang pon takde kat kaunter yang boleh tolong explain bahawasanya tempat tu tutup untuk selenggara. Herghhh~

Udahla nak pergi nengok Hidupan Liar tu pun TUTUP.
Sampai kat Gua Tempurung pun TUTUP jugak.
Hape punya takde luck betul haritu =.='

Sekali lagi kami kecewa. Rabak rasa jiwa. Rafael dengan Mama dia bergambar jugaklah kat mana yang ada ni. Nak masuk gua tak kesampaian. Aku takde mood nak begambar. Dengan cuaca panas gila. Sepanas jiwa aku jugak. Terus shoot balik je. 

Potong semua mood untuk haritu Herghh~  




Jaga Sikit Mulut Tu

03 January 8 Comments
Manusia ni, bila masa marah, memang tak peduli depan belakang dah. Apa yang dia peduli adalah dia nak lepaskan segala kemarahan tu.

Contoh situasi pada pekerja front desk. Boleh dikatakan setiap hari mesti bakal berhadapan dengan customer yang kira kerja nak maki orang je.

Ada pulak tu customer yang jenis tak peduli walaupun kesalahan atas dia, dia nak tegakkan jugak yang dia betoi.

Aku sendiri tengok depan mata.

Sorang perempuan ni (kategori makcik dah) tak puas hati pasal nak return modem broadband dia tapi masa dia nak return tu ada kerosakan fizikal pada modem tu (sedikit pecah / retak / tercabut).

Aku dengarkan je drama dia tengking² sambil tuding² jari kat staff  kaunter tu. Staff  tu cakap bebaik je aku tengok. Memang penyabar dia hadap situasi cenggitu.

Makin lama makin kuat pulak makcik tu berdrama kat situ seolah² saja nak bagi orang sekeliling nampak kejadian tu. Memang orang keliling dok memandanglah dah makcik tu punya suara kemain lagi volume dia.

Aku tengokkan aje segala gelagat makcik tu. Staff tu masih mampu jawab elok² je segala yang makcik tu tengking dia. Respect aku tengok dia.

Jelas aku dengar sebutir-sebutir perkara yang makcik tu tak puas hati. Makcik tu tak puas hati bila dia kena bayar penalti sebagai denda sebab modem tu ada kerosakan fizikal semasa dalam tempoh penggunaan. Tu yang dia tak puas hati. Dia siap persoalkan kat staff tu:

"Orang nak pulangkan pun macam-macam hal. Bukannye rosak banyak. Sikit je tu. Ape yang susah sangat, ambik aje lah."


Masalahnya, memang dah tertulis kot pada T&C sebelum membeli barang tu makcik oi. Benda camtu semua basic dalam urusan jual beli. Tambah pulak urusan yang jenis ada terikat dengan kontrak etc, lagilah kena alert hal-hal cenggitu.

Dan aku rasa tak perlu pon cara makcik tu datang dengan muka riak pastu sembur staff tu cenggitu. Staff  tu cuma ikot arahan. Pada aku, sikap makcik tu takde sivik. Nak kira hangin dia aje, hangin orang lain ape simpan dalam poket ke ?

Kalau memang salah staff tu, takpelah jugak engko nak menengking menyembur kemain sakan lagi. Ini dah la memang salah sendiri (sikap sendiri yang cuai sampai barang tu jadi rosak / faulty) pastu dia pulak nak memaki orang lain atas kesilapan yang dia sendiri buat.  Ewahhh banyak cantik.

Lagi satu : penampilan tu dah la tahap berusia, berbudi bahasalah sikit. Ini tidak. Datang tak semena-mena terus menyembur. Tu sipbaikla tak nampak rembesan-rembesan air lior dia masa dok menengking tu. Kalo lah nampak, entahlah.

Kalau yang TUA perangai macam lahabau gitu, jangan pulak nak salahkan yang MUDA kalau tak kenal rasa hormat. Ha gitttewwww~



Jalan-Jalan Januari : Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai

03 January 11 Comments
Sebenarnya tak jauh dengan tempat aku tinggal (kawasan Sungkai) terdapat satu kawasan Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) dan tempat ni sebenarnya konsep dia lebih kurang macam Safari. Tapi memandangkan tempat ni merupakan tempat "pemuliharaan" jadi memang pihak berkenaan takdelah buat promosi kaw-kaw untuk promo tempat ni pada umum.

Siapa yang tawu ajelah akan ke sini. 

Aku sendiri yang memang boleh dikatakan anak jati kawasan Sungkai pun baru sekali dua je menjejakkan kaki ke sini. 



Kebetulan jugak haritu masa cuti Maulidurrasul, Krismas dan juga bersambung cuti Sabtu Ahad, kakak ipar aku teringin nak jejakkan kaki ke sini. Mulanya, aku dah bagitawu yang tempat ni ditutup kalau waktu cuti tapi Abang Long aku nak try luck jugak jadinya kami teruskan jugak pergi.

Sudahnya bila sampai je, memang terbukti tutup.

MASA LAWATAN : 

Isnin hingga Khamis : 2.00-4.00 petang sahaja
Jumaat : 2.30-4.00 petang sahaja
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : TUTUP
Masuk PERCUMA

Dalam PKHL  ni ada banyak juga menempatkan haiwan perlindungan seperti rusa, seladang, burung-burung seperti merak, enggang, kuang dan beberapa spesis lain.

Dalam kawasan ni jugak terdapat Galeri Pameran yang mana kat dalam tu jugak ada beberapa jenis tengkorak dan haiwan yang telah diawet dan dilabelkan untuk pameran para pengunjung.

PKHL ni berkeluasan 20 hektar lebih kurang dan telah ditubuhkan sekitar awal 1970-an. Aku sendiri pun belum lahir lagi masa tu huhuhu.

PKHL Sungkai ni diuruskan oleh Jabatan Perlindungan dan Hidupan Liar dan Taman Negara(PERHILITAN) negeri, jadinya terdapat 19 orang staff termasuk seorang pegawai Hidupan Liar ditugaskan di sini untuk menyelia kemudahan infrastruktur yang ada.

Pernah mendapat liputan krew Majalah 3 masa awal tahun 2015, masa tu ramai warga sekitar yang teruja sebabnya dalam Majalah 3 tu diorang dapat masuk tengok kawasan Pak Belang (Harimau) tapi, malangnya, kawasan Pak Belang tu tak dibuka untuk pengunjung. 

Anak saudara aku dan juga Mama Papa dia sebenarnye eksaited nak ke sini semata-mata untuk tengok sendiri Pak Belang (rasa special sikitlah sebab tempat ni tak jauh dengan rumah aku kan)  tapi bila kamiorang datang tu kebetulan pulak waktu cuti umum memang tak dapat masuklah. Tambah pulak bila kami tanya pada guard kat situ, katanya kawasan Pak Belang memang tak dibuka pada pengunjung. So agak kecewa di situ. 

Tapi yelah, faham dengan konsep tempat ni 'pemuliharaan' so kalo rasa nak nengok Pak Belang kat pusat ni, lupakanlah ye nak hukhukhuk 

Kecewa tak dapat masuk nengok binatang kat situ,
Abang Long aku decide untuk terjah satu lagi lokasi kat area Perak ni jugak.

#AteKemaneKome? Nanti aku citer kehkehkeh 


January Kosong Satu

01 January 12 Comments


Duaribuenambelas. 

Kanvas-kanvas lalu  sudah ditinggalkan.
Diambil sebagai pelajaran juga pengajaran.
Harapnya selepas ini babak duka berkurangan.

Dan tidak mengapa jika tiada yang hulur bahu bantu hapus kesedihan,
Aku masih percaya dan setia menanti indahnya perancangan Tuhan.

Terima kasih kenangan, banyak telah aku belajar dari yang lari-
Juga yang masih tinggal di sisi.

Terima kasih yang lalu-
Selamat datang yang baru.

Januari Kosong Satu.