Jalan-Jalan Januari : Gua Tempurung

Alkesahnye, lepas je kamiorang kecewa disebabkan datang pada hari cuti, jadinye tak dapatlah bertentang mata dengan haiwan liar tu semua.  Membawa hati yang duka, Abang Long aku pun terus decide untuk cuba tunaikan permintaan wife kesayangan dia untuk terjah lokasi lagi satu iaitu Gua Tempurung.


Bila dah sampai kat Gua Tempurung, kemain eksaited lah si Mama, Papa dan jugak si Rafael sendiri. Dah tak sabar nak explore apa yang ada kat dalam Gua Tempurung tu. 

Masa kami sampai tu lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Ramai orang yang datang maklumlah waktu tu cuti Sabtu (26 Disember). Kelibat pengunjung keluar masuk turun naik di sekitar bangunan pintu masuk kaunter pendaftaran membuatkan si Rafael tak senang duduk dah.

Bila kamiorang pergi untuk beli tiket kat kaunter, takde sorang pun staff kat situ. Kaunter pun kosong je macam tak beroperasi. Pelik jugak. Dah tutup ke ape. Cuti ke sebab hari Sabtu? Kami terpinga-pinga jugaklah kat situ sebabnya takde sorang pun staff kat kaunter tu yang boleh kami bertanya.

Last-last, kami decide untuk jalan je lah terus cari pintu masuk gua. 

"Harini diorang bagi masuk FREE aje kot" - sindir Abang Long aku.
Kami jalan punya jalan punya jalan, sampailah kat kawasan depan pintu masuk gua. Kat situ baru ada nampak notis : 

"Dilarang masuk. Kerja penyelenggaraan keselamatan gua sedang dijalankan"

Masa tu nak je aku p kat kaunter tiket tu pastu p bagi tazkirah kat petugas kat situ.

Apa susah sangat ke nak taruk notis?

Kalau tulis besar-besar kat banner ataupun paling busuk tulis ajelah kat kertas A4 pun takpe. Tempek kan aje kat depan kaunter tiket notis tutup tu. 

Takdelah orang ramai tertanya-tanya.
Engko pun takde susah nak explain banyak kali.

Ini tidak. Dari mula aku berjalan kat tempat kawasan parking tu takde langsung tulis tanda-tanda kerja selenggara ke hape. Bila dah sampai betul-betul depan lobang hidong diorang pintu gua tu barulah ada notis.

Aku tak kisah kalo engko tak taruk notis tapi asalkan engko jenis mulut manis + muka senyummmmm aje sambut para pengunjung yang sampai.

Ini tidak jugak. Sapa sorang pon takde kat kaunter yang boleh tolong explain bahawasanya tempat tu tutup untuk selenggara. Herghhh~

Udahla nak pergi nengok Hidupan Liar tu pun TUTUP.
Sampai kat Gua Tempurung pun TUTUP jugak.
Hape punya takde luck betul haritu =.='

Sekali lagi kami kecewa. Rabak rasa jiwa. Rafael dengan Mama dia bergambar jugaklah kat mana yang ada ni. Nak masuk gua tak kesampaian. Aku takde mood nak begambar. Dengan cuaca panas gila. Sepanas jiwa aku jugak. Terus shoot balik je. 

Potong semua mood untuk haritu Herghh~  




20 comments:

  1. bengang je kan makk., wak pon terkena jugak tuari kat taman negara pulau kukup dan tanjung piai., huhu2 walopon dorg bgtau awal2 tampal notis bagai, abes dh xde rejeki., wak gi USS singapore sudahh harhar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. konfem mmg bengang la rasa. terasa bangang pun ada jugak wak sebab takde notis ape2 tetibe dah sampai depan lobang pintu gua tu baru hade. herghhh~

      wak kira untung gak la dpt gak p USS singapore. i ols ni hampeh. memamg terus balik dengan kekecewaan aje hahaha

      Delete
  2. Peliknyaa lah tak letak notis dekat situ. Patut letak lah baru orang tahu, ni dah pergi baru ada notis. Memang sakit hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pasal la Nani. masa tu dah la mmg waktu cuti. kereta plat dari negeri2 jauh2 mcm plat pahang, kelantan and even plat johor pun banyak baru nak masuk masa kami dah nak balik tu. kesianla orang yang dtg jauh2 niat suci murni nak explore. punya murni dah jiwa nak Visit Malaysia. tapi tudia la hampeh.

      Delete
  3. Huhuhuh pernah jugak nak pi visit satu tempat tu, skali tutup daa... gua paham perasaan geram lu tu ana, rasa kecewa dia perghhh... lepas tu pi pekena ais kacang bagi terubat sikit rasa kecewa tu huhuh...

    selamat tahun baru 2016 ana... keep on being marvelous ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kecewa gila Plain sbbnye hari yg sama, DUA lokasi aku terjah- DUA DUA TUTUP!
      memang rasa hangat gila jiwa masa tu. takde dah aku nak singgah pekena ais kacang.
      memang terus balik je. sakit hati gilerrr arrr. grrrr~

      selamat tahun baru 2016 jugak Plain !
      u too keep on being marvelesssss hehehe

      Delete
  4. hahaha...
    Marah betul Ana ni.
    Tapi betullah tu, tak ada usaha langsung nak memudahkan orang lain.
    Last-last diri dia sendiri yang susah sebab banyak kena explain.
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang aku marah betul. waktu tu la cEro hehehe
      aku tak marah langsung pun kalo dorang ada effort.
      ini tak. sivikla sikitkan benda2 gitu boleh adjust ape.
      at least inform kat website ke hape ke. skrg zaman internet kot.

      Delete
  5. Adoiiii, kalau dah jalan jauh2 lagi kecewa kan :) singgah makan mane2 dulu bagi happy balik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg dtg jauh pun HA. tp mcm Ana ni kira ok lagi la dtg dari Perak jugak.
      org lain yg dtg dari Kelantan/Pahang/Johor tu lagi la kesian.
      masa kitorang nak balik tu, byk lg kereta (number plat negeri jauh2) pakat masuk.
      kesianla kecewa org bila dtg dari jauh tetiba tutup.
      pd hal kempen kemain lagi JomCutiCutiMalaysia lah hape lah. herghh~

      Delete
  6. baru nak tengok acane ghupa gua tempurung dari dalam...rupanya on construction...terasa jugak kekecewaannya disini...sabar ajelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana penah masuk dah gua tempurung tu dulu tp masa tu camera zaman tok kadok so hasil gambarnye tak ohsem. tak dapatla nak share. pastu kekononnye dtg kalini tu nak la snap gambar sekalinya dah tutup pulak adehhh~

      Delete
  7. Benda benda macam ni memang boleh buat hati panas. tapi apakan daya tiada rezeki kan. apapun selamat tahun baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang buat hati panas pun ilham weyh. tu la anggap takde rezeki ajelah nak wat camne dah =P
      selamat tahun baru jugak. moga tahun 2016 ni memberi kegembiraan pd kita semua hehehe

      Delete
  8. Pernah je kak pergi zoo. Tengok2 byk binatang tak ada. Diorang tengah bersihkan dan macam nak renovate sikit. Pastu macam xada apa nak tgok. Binatang kebanyyakkan tak ada.. sedih je. Dah la panas. Haha

    ReplyDelete
  9. ish ish ish sabar je la ye gua tempurung tutup. kalau dekat je xpela tempatnya. kalau saya, saya pun stress tak nak bergambar apa semua.

    ReplyDelete
  10. Rilek2.. Biasa la tu, kita boleh plan je, Allah yg menentukan.

    Tapi, memang x patut betul la x letak notis. At least letak la sikit notis bgtau pasal maintenance tu. X payah la org nak jalan jauh2 semata2 utk tgk notis dpan gua. Hmmm..

    Btw, untung la dpt cuti lama. Aku Ni akhir tahun, awal tahun sibuk betul kerja sampai x boleh nk cuti.

    ReplyDelete
  11. Ya Allah, kalau saya kena macam ni pun saya akan panas hati juga.

    ReplyDelete
  12. teringin nk ke sini satu hari nnt

    ReplyDelete
  13. adoii teruk betul pengurusan di gua tempurung ni..mcm ni lah yg buat malas nk jln2 dlm msia

    ReplyDelete