Jaga Sikit Mulut Tu

Manusia ni, bila masa marah, memang tak peduli depan belakang dah. Apa yang dia peduli adalah dia nak lepaskan segala kemarahan tu.

Contoh situasi pada pekerja front desk. Boleh dikatakan setiap hari mesti bakal berhadapan dengan customer yang kira kerja nak maki orang je.

Ada pulak tu customer yang jenis tak peduli walaupun kesalahan atas dia, dia nak tegakkan jugak yang dia betoi.

Aku sendiri tengok depan mata.

Sorang perempuan ni (kategori makcik dah) tak puas hati pasal nak return modem broadband dia tapi masa dia nak return tu ada kerosakan fizikal pada modem tu (sedikit pecah / retak / tercabut).

Aku dengarkan je drama dia tengking² sambil tuding² jari kat staff  kaunter tu. Staff  tu cakap bebaik je aku tengok. Memang penyabar dia hadap situasi cenggitu.

Makin lama makin kuat pulak makcik tu berdrama kat situ seolah² saja nak bagi orang sekeliling nampak kejadian tu. Memang orang keliling dok memandanglah dah makcik tu punya suara kemain lagi volume dia.

Aku tengokkan aje segala gelagat makcik tu. Staff tu masih mampu jawab elok² je segala yang makcik tu tengking dia. Respect aku tengok dia.

Jelas aku dengar sebutir-sebutir perkara yang makcik tu tak puas hati. Makcik tu tak puas hati bila dia kena bayar penalti sebagai denda sebab modem tu ada kerosakan fizikal semasa dalam tempoh penggunaan. Tu yang dia tak puas hati. Dia siap persoalkan kat staff tu:

"Orang nak pulangkan pun macam-macam hal. Bukannye rosak banyak. Sikit je tu. Ape yang susah sangat, ambik aje lah."


Masalahnya, memang dah tertulis kot pada T&C sebelum membeli barang tu makcik oi. Benda camtu semua basic dalam urusan jual beli. Tambah pulak urusan yang jenis ada terikat dengan kontrak etc, lagilah kena alert hal-hal cenggitu.

Dan aku rasa tak perlu pon cara makcik tu datang dengan muka riak pastu sembur staff tu cenggitu. Staff  tu cuma ikot arahan. Pada aku, sikap makcik tu takde sivik. Nak kira hangin dia aje, hangin orang lain ape simpan dalam poket ke ?

Kalau memang salah staff tu, takpelah jugak engko nak menengking menyembur kemain sakan lagi. Ini dah la memang salah sendiri (sikap sendiri yang cuai sampai barang tu jadi rosak / faulty) pastu dia pulak nak memaki orang lain atas kesilapan yang dia sendiri buat.  Ewahhh banyak cantik.

Lagi satu : penampilan tu dah la tahap berusia, berbudi bahasalah sikit. Ini tidak. Datang tak semena-mena terus menyembur. Tu sipbaikla tak nampak rembesan-rembesan air lior dia masa dok menengking tu. Kalo lah nampak, entahlah.

Kalau yang TUA perangai macam lahabau gitu, jangan pulak nak salahkan yang MUDA kalau tak kenal rasa hormat. Ha gitttewwww~



8 comments:

  1. Banyak kes kat company yang Mrs. A kerja ini mereka yang berhutang tapi boleh marah-marah pulak company yang mereka hutang ni. Confused siapa penghutang dan siapa pemiutang sebenarnya huhuhu...


    ReplyDelete
  2. una pernah kena jugak dengan situation mcm ni masa una kerja part time as promoter 2 tahun lepas,una jadi org tengah antara customer n manager yg gaduh ni sebab una yg handle jual beli tu..nasib baiklah customer tu dpt terima una ckp n settle dgn baik..kita just tolerate je..

    ReplyDelete
  3. sebagai pekerja yang berhemah...sabar jela..kadang kadang banyak kes yang mcmni..menjadi viral..seolah olah di aniaya..padahal....

    kadang kadang orang tahu menghukum...dan tak tahu cerita sebenar...

    apa apa pun..makcik tu memang tak patut...tak patutttt....

    ReplyDelete
  4. kdg kalau tua tkde adab, tu psl muda lg truk peelnya. bkn susah nk ckp baik2..

    ReplyDelete
  5. Memang ramai jenis macam tu Ana.
    Guna kuasa, umur dan pangkat utk menang argument padahal kadang2 dah terang2 dia yang salah.
    Lain kali, kalau jumpa orang camtu cakap balik kat dia
    "Kalau makcik duduk tempat saya, apa makcik akan buat?"

    ReplyDelete
  6. itulah....sabar memang kena tinggi kalau berurusan dengan manusia ni...mak cik tu mungkin dapi hari2 yang teruk kot...tu yang panas hati sampai tempias kat org lain tu....kategori attention seeker kot!

    ReplyDelete
  7. perangai manusia mmg cenggitu...so mahu x mahu haruslah bersabar

    ReplyDelete