Jejari Gatal


Memandangkan aku masih bekerja sorang diri (pengganti partner aku masih belum ada), jadinya aku masih berpeluang untuk ambil cuti Sabtu dan Ahad (selalunya aku kena cuti on weekdays). 

Dan memandangkan jugak masa Sabtu 2 Januari haritu takde sebarang majlis kawen dah, masa free yang ada tu aku pun bawa diri ke Ipoh. Tempat aku tinggal sekarang ni dekat dengan kawasan Slim River (dah hujung Perak nak masuk sempadan Selangor dah) jadi, untuk ke Ipoh tu kalau takde urusan yang penting memang aku agak malas lah nak pergi.

Tapi untuk 2 Januari haritu aku nekad jugak untuk pergi sebabnye ada DUA faktor utama :

1.Aku nak habeskan berbelanja voucher AEON yang aku dapat masa program LimasTiga Melaka tahun lepas. (Beratus jugak jumlah voucher tu jadi amatlah rugi kalau aku biarkan lebih lama hehehe)

2.Aku nak cuci mata di bahagian craft kat Popular dan jugak Daiso.

DUA faktor tu je yang membuatkan aku curi jugak masa cuti tu untuk bawa diri pergi Ipoh sebab kat sana je aku boleh puaskan kehendak hati aku untuk kalini hehehe

Selesai je aku cuci mata kat tempat² yang aku kata tu, inilah hasil tuaian aku untuk hari tu. Masa aku masuk kat Popular padat gila manusia. Celah rak, tepi sudut sana, belakang sudut sini, semuanya ada manusia dan semuanya generasi membaca. Alhamdulillah lah kat situ hehehe

Masa aku belek kat area barang² craft dalam Popular tu, mak aihhhh harga dia, boleh tahan gak lah hehehe. Pastu disebabkan kat dalam AEON tu ada Daiso so aku decide untuk terus gerak p cuci mata kat sana pulak. Tapi kat Popular tu sempat jugakla aku beli 2-3 batang pen yang kaler silver and gold. Kononnya nanti senang kalo nak tulis atas kertas warna hitam. KONONnyelah. Kalau rajinlah citernye hahaha

Masuk je dalam Daiso tu rasa lega sikit sebabnye manusia tak padat macam kat dalam Popular tu tadi. Tu pasal senang hati aku belek semua benda yang ada dan sudahnye tu dua benda tu yang aku beli. Craft Punch dan jugak Craft Scisscors. Benda ni semuanya untuk deco² buat craft card tak kiralah untuk bookmark ke, birthday wishing card ke ataupun untuk hadiahkan special card untuk sesape yang engko sayanglah hehehe

Aku banyak ushar kat Tower Kak Farah kalo nak rujuk ape² pasal crafting nih sebab dia memang otai gila bab ni. Pergilah jenguk Tower Kak Farah tu kalo engko nak lebih tawu hape benda yang aku bebelkan ni kehkehkeh


Psstt~ Jejari Gatal tukar template sebenarnye. Kang bila ada problem mulalah meroyan sesorang hahaha




26 comments:

  1. ha'ah.ada baca kat blog kak farah pasal tu. terbaik . :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog kak farrah tower mmg jadi rujukan Ana hehe

      Delete
  2. wahh nak jadik kreatip mcm cik kak farrah tu erk., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah nak jadi kreatif mcm kak farrah la Wak hehehe

      Delete
  3. rajinnya nak buat craft :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah belum bz ni boleh la pelan-pelan kayuh nk menceburi dunia craft ni syira hehe

      Delete
  4. Aku dari dulu bercadang nak beli punch craft tu, sejak bangku sekolah sampai skerg, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg dah bangku ape dah zyra? tak beli gak ke smpai skrg? hahaha

      Delete
  5. Nak jadi kreatif macam kak farah tu kene rajin godek godek hihi

    ReplyDelete
  6. Nak jadi kreatif macam kak farah tu kene rajin godek godek hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai dua kali WA komen hehe

      Delete
  7. saya pun suka tengok blog kak Farrah kalau bab crafting. hehehe. selamat berbelanja la voucher tu hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setel dah voucher tu kak ana kerjakan haritu jugak hahaha

      Delete
  8. Rajinnya crafting. Org2 seni je boleh buat tu. Aku tgk punch craft tu pun aku x tau function dia apa. Tu la...siapa suruh x minat pendidikan seni masa sekolah dulu, kan dh x kreatif..hmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memula je tak tawu funtion punch craft tu. bila dah terjebak ni, aku pun baru tawu rupanya ada segala benda punch craft etc bagai nih. tu la sapa suruh tak minat dulu haaaa. hahaha

      Delete
  9. Saya pun selalu terpengaruh kalau baca blog kak Farrah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal. bahaya masuk tower kak farrah tu hehe

      Delete
  10. dah lama tinggalkan hobi ni...mcm kena seru balik je...nampak comel pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sbb die nampak comel tu yg TERbeli hehehe

      Delete
  11. Salam singgah sini dik ana....Wahh...best ni...tak lama ada geng Farah lah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm kak mardiah diana. mekaseh sggah sini. salam kenalan hehe

      Delete
  12. rajin nyer mok cik kite niiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. mood tengah rajin cengginilah K.Anies. kang mood M dtg, hape pon tak guna dah hehehe

      Delete
  13. Memang teringin nak beli punch craf tu dr dulu lg .. tp x beli beli .. btw, first time singgah sini. Dtg dr blog wardah . Salam kenal ^^

    ReplyDelete
  14. Saya dah tak rajin buat craft.. ermm..

    ReplyDelete
  15. sis JM kenal byk brg kraft ari blog kak Farrah ko tu

    ReplyDelete