Antu Durian !


Aku ni nak dikatakan hantu durian tu takdelah hantu sangat. Tapi kalau ada depan mata memang aku takkan lepaskan. Mesti kena bedal dulu 4-5 ulas hehehe

Mungkin ada yang dah cukup kenal dengan Durian Crepe. 
Atau ada yang tak pernah cuba lagi?
Durian Crepe ni sebenarnya isi durian yang dibalut dengan kulit lembut.
Ditambah dengan whipping cream.

Dan untuk yang konfius tentang gambar aku kat atas tu, kenapa ada color hijau dan coklat?
Selalunya durian crepe mesti color kuning kan?
Yes betul. Kuning untuk Durian Crepe.
Hijau tu Oreo Crepe.
Coklat tu Milo Crepe.

Kat tempat aku tinggal ni, ada sorang akak tu dia jual Aneka Crepe.
Maksudnya bukan terhad Durian Crepe sahaja.
Ada Oreo, Milo, Strawberry, Mango.
Bakal ada blueberry dan nutella crepe katanya.

Crepe akak ni antara yang paling sedap dan ikhlas pembuatannya.
Aku dah cuba beberapa crepe di mall tapi tak begitu menepati citarasa.
Ada yang kulitnya keras.
Ada yang isi dalamnya lebih whipping cream je.
Rasa duriannya hujung-hujung aje.
Biasalah niaga dalam mall memang kena kira semua segilah kan?

p/s : throwback kesedapan Durian Crepe masa Mac haritu.
disebabkan mood menulis dah tergendala hampir setahun, ni lah
aku baru nak share segala mak nenek throwback =P

12 comments:

  1. waduh2, teringin lak tgn durian crepe, rasanya baru sekali je try aritu hihi,, nak kena cari le gayanya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana pon try byk kali baru dapat compare rasa yg betul2 sedap & kena dgn tekak ni hehehe

      Delete
  2. Wah beraneka crepe ya...bagus2..kreatif..

    ReplyDelete
  3. Echa suka makan durian jugak. Tp kalau dibuat crepe echa tak berapa suka sangat. Atau myb yg echa pnh makan tu overload cream drpd durian. Sbb tu rasa mcm muak je bila makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Echa sama mcm sorang member Ana. die pon suke durian tp x suke durian crepe sbb tak best ade cream tu. kalo durian pure je mmg die bedal hehe

      Delete
  4. first time jejakkan kaki kat sini. sy dah follow .. bila tgok durian crepe nie comel cgat mcm bantal hahaha ^^..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekaseh follow sini atika. haah tu la mcm bantal. gebu pulak tu hehe

      Delete
  5. akhirnya ada orang buat crepe lain selain durian. i hate duriannnnnnnn.

    tapi kat sini takdakkk.

    // afifahaddnan : "Rate My Blogging Skill"

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhirnya! tu la dulu dok kata jugak xde ke org nk buat selain durian crepe. sekali dpt tawu sis ni buat, ha engkau mmg tak miss order sesaje hehe

      Delete