Hai engkorang. selalunya kemana cuti hujung minggu? Macam aku ni selalunya tak ke mana sangat cuma bawa ibu atau ayah meluangkan masa ke Pasar-Pasar Tani atau Pasar Hari yang ada di sekitar kawasan tempat tinggal aku ni (Pekan Sungkai hingga ke Pekan Tanjung Malim Perak Darul Ridzuan).
Tambahan pula masa dua tiga hari lepas, ada Anak Saudara Mak Aku (anak adik mak aku) bagitahu nak datang ziarah sebab kebetulan akan datang ke majlis walimatul'urus saudara sebelah ayah dia. Jadi sekali jalan nak ke kenduri kawen tu, diorang ambil keputusan untuk singgah ke rumah aku sebab dah lama juga tak datang ziarah katanya.
Anak Saudara Mak Aku (aku namakan dia Abang Ali).
Abang Ali dan isteri dia je (Kak Umi) yang datang sebab anak-anak semuanya di asrama.
Abang Ali ni kisahnya dulu hidup susah dan ayah & ibu dia amanahkan mak & ayah aku untuk tolong besarkan Abang Ali dari usia beberapa bulan sehinggalah Abang Ali berumur 11 tahun. Segala mandi, makan, bersunat semualah mak dan ayah aku yang jaga Abang Ali ni selama tu. Dan disebabkan itu jugalah Abang Ali ni tak lupa jasa mak ayah aku selama menjaga dia dulu.
Masa umur dah masuk 12 tahun, Abang Ali diambil semula oleh mak ayah dia dan hinggalah Abang Ali usia remaja lebih kurang 20an macam tu, barulah mak dan ayah dia serahkan semula pada mak dan ayah aku sekali lagi untuk 'dijaga' atas beberapa faktor kejadian yang berlaku pada masa tu.
Dan bila Abang Ali dipertemukan jodohnya dengan Kak Umi(seorang wanita Kemboja yang berhijrah ke Malaysia demi meneruskan kehidupan), kini diorang boleh menarik nafas lega lepas anak-anak pun dah membesar dan dapat sambung pelajaran dengan kehidupan lebih selesa.
Bila dengar Kak Umi cerita bagaimana struggle nya dia masa mula-mula datang ke Malaysia dulu tanpa pernah sekolah, tak pernah kenal huruf, rasa sebak sangat sebab Kak Umi anak perempuan sulung dan dalam kehidupan di Kemboja yang sangat struggle, masyarakat sana lebih utamakan pendidikan untuk anak lelaki berbanding anak perempuan.
Kata Kak Umi :
"Anak-anak perempuan perlu beralah. Perlu beri peluang pendidikan (gunakan duit yang ada) pada anak lelaki kerana anak perempuan ni belajar tinggi pun nanti tempat hanya di dapur. Anak lelaki perlu pikul tanggungjawab lebih besar sebab perlu jadi ketua keluarga jadi anak lelaki perlu lebih diutamakan untuk dapat peluang pendidikan"
Kak Umi berhijrah ke Malaysia masa usia 15 tahun. Belajar menjahit sarung bantal dan selimut untuk dijual di pasar-pasar hari. Bayangkan betapa sukarnya hidup di tempat orang. Siapa yang sudi nak tolong kalau bukan diri sendiri kata Kak Umi lagi.
Dan disebabkan pengalaman susah tu semua, Kak Umi taknak anak-anak melalui apa yang dia terpaksa tempuh. Dia taknak anak-anak rasa susah macam mana dia pernah rasa. Dan Kak Umi juga setiap kali menjelang Hari Raya Korban, dia dan Abang Ali akan buat korban untuk masyarakat islam di Kemboja (Kak Umi masih ada sepupu-sepupu yang sudah memeluk Islam dan masih tinggal di Kemboja).
Sebab Kak Umi kata, di Kemboja sana, kebanyakan masyarakat Islam nak merasa dapat makan daging halal hanya setahun sekali tu sahajalah. Allahuakbar sebak dengar Kak Umi cerita T___T
sedihnya baca kisah kak umi tuh, bersyukur kita kt malaysia nih, lelaki ke perempuan dpt belajar di sekolah, kita dpt merasa bekerja pegang duit sndiri, sian kt kemboja wanita masih di diskriminasi ya...
ReplyDeletealhamdulillah, anak2 nya semua berjaya...
Penuh ranjau hidup nereka
ReplyDeleteSobs...sobs.. mata masuk habuk la pulak
ReplyDelete