Hai engkorang semua. Sorry dah dua minggu takde hapdet ape rupanya. Sibuk sikit urusan ke sana sini. Cliche kan? hehehe. Terima kasih sebab engkorang sudi singgah ziarah ke sini walaupun tuan tanah agak sendu tak sempat ziarah engkorang.
Untuk beberapa minggu ni aku sibuk sikit dengan urusan program kerja hakiki dan sibuk tolong urusan mak dan abah di kebun sawit yang 10 ekar tu. Maklumlah orang susah memang perlu jadi rajin. Lainlah kalau lahir-lahir dah senang, hidup goyang kaki je setiap hari takpe.
Aku bukan ape. Hati sakit jugaklah dengar ada satu statement haritu bunyinye lebih kurang macam ni: "Peneroka ni kebanyakannya pemalas. Buat anak je rajin"
Walaupun orang selalu kata siapa makan cili, dia yang akan rasa pedas. Tapi untuk statement sebegitu, pada aku orang yang tak makan cili pun akan terasa disebabkan mulut pedas manusia yang mengeluarkan kata-kata tu.
Buktinya -
Bukannya semua pemalas. Ramai je yang rajin. Cuma mungkin di luar pengetahuan je. Walaupun sekarang sudah tahun 2019, tapi aku masih je pergi ke kebun sawit tolong mak dan abah aku usahakan sendiri kebun sawit abah yang 10 ekar tu. Itu pun syukur alhamdulillah mak & abah sempat turut serta dalam Felda. Dapatlah merasa ada tanah rumah dan tanah kebun sawit.
Peluang sudah dibagi depan mata. Cuma rajin dengan tidak je nak usahakan.
Tapi mulut tu kena jagalah. Jangan kerana mulut, pulut habis kehkehkeh
Apa ingat anak perempuan tak rajin ke kebun sawit ke?
biasa la mulut manusia mmg xleh nk tutup..
ReplyDeletelaju je keluar kata2 kesat mcm peluru.. haha
kalo mulut tempayan blh jgk kite tutup..
sabar jela.. =)
Zumal ni cucu peneroka, kalau kata peneroka pemalas memang xleh terima la...
ReplyDeletemungkin sebahagian je yg agak berat tulang tp akak pasti ramai lg yg rajin mengerjakan tanaman di felda, pakcik makcik akak pun ramai yg ddk di felda n nampak kerajinan , susah payah mereka mengerjakan tanah felda utk membesarkan anak2 mereka.
ReplyDeleteDone follow sini.. Mulut yg ckp org malas2 tu memang nak kene cili.. Sabar je la.
ReplyDeletesiapa yg ckp tu? amnoii suruh deme kait kelapa sawit tgokk
ReplyDeleteTak patut buat statment macam tu.
ReplyDeletesinggah & follow sini #3960 dr www.zianaeunos.com
ReplyDeleteSedapnya keluar statement macam tu. It's good that you still go to the orchard and help out. Tak semuanya 'malas' 👍🏻
ReplyDeleteabaikan je mulut orang yg cakap tu. memang kita rasa sakit hati. tapi tu la, mulut dan jari jemari sekarang ni bebas sangat. hehehe
ReplyDeletebe strong! mulut orang takleh tutup. haih. btw saya follow sini #3962
ReplyDeleteeee tak baik la.
ReplyDeleteMulut choi betul, geram nak cili je ishhh >:(
ReplyDeletepeh lasak jugak kau ni masuk kebun. Aku masuk kebun sebab nak makan buah-buahan tempatan je. Berekebun tak reti. Maklumlha budak bando kan haha..
ReplyDeleteBiasa lah orang lain yg tak pegi tgk sendiri kehidupan si peneroka ni macam mana ikut suka dia je nak cakap apa. Buat bodoh je lah senang. Kau usahakan kebun dapat hasil. Diorang nak kecam2 apa pun tak dapat..
hidup sebagai anak peneroka felda memang memerlukan aku jadi lasak sbb dari kecik dulu dah biasa hidup susah bro ley hehe
Delete