Apa Dibuat Sepanjang Tempoh PKP?


Hai salam kenal pada semua sahabat yang baru singgah ke sini. Ya lama sepi disebabkan mood rajin tak datang. Dari hari pertama Malaysia memulakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 MAC 2020 hingga kini , apa je yang engkorang buat sepanjang tempoh PKP ?

Aku ni mujurlah tinggal di kawasan Felda dan ada kawasan tanah. Walaupun perlu #StayAtHome, aku masih dapat turun jejak kaki ke tanah sekitar halaman rumah. Ke depan ke belakang rumah membersihkan kawasan sekitar rumah.


Dan selain duduk di rumah, aku gunakan juga waktu PKP ni sebaiknya dengan membantu membanting tulang mengusahakan tuai hasil sawit di kebun ayah aku. Alhamdulillah syukur dek kerana ayah aku turut serta dalam pengambilan Peserta Tanah Rancangan Felda jadi kami dapatlah memiliki tanah kebun sawit seluas 10 ekar ( anggaran dalam lebih kurang 500 pokok sawit ).

Terasa macam kena pukul seluruh badan buat kerja berat ni tapi bila siap selesai nampak hasil sawit dikumpul selonggok banyak cenggitu, hilang rasa penat hehehe. Iye aktiviti ke kebun sawit ni aku pergi masa sebelum masuk bulan Ramadhan, tak terdaya nak angkat buah sawit waktu bulan puasa.

Nasib baik jugalah Ministry Of Agriculture (MOA) memberi izin untuk para petani dan pekebun kecil getah dan sawit meneruskan aktiviti tuai hasil demi kelangsungan komuditi negara. Kalau tidak memang menung juga macam mana nak teruskan kehidupan sepanjang tempoh PKP ni.

Eh ya. Aku juga masih meneruskan aktiviti #WorkFromHome. Perlu lapor diri check in dan check out seperti masuk dan pulang waktu pejabat macam biasa tapi dalam keadaan 'New Normal' .

Jap aku balas jejak engkorang.
Internet pun tak bagi kerjasama haduhlah hai.
Salam Ramadhan semua :)

14 comments:

  1. wahhh., hasil lumayan felda nihhh., ;p

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum anamizu. hehe. serius la saya rasa macam familiar je nama ni masa zaman saya aktif berblog 10 tahun lalu. hehe apa2 pun selamat bertemu kembali. selamat bekerja dari rumah~

    ReplyDelete
  3. Bestnya tidakla bosan duduk dirumah je macam kita ni...

    ReplyDelete
  4. Ramadan Kareem to you ♥

    I can barely remember what I did but one thing for sure is I tried to calm down and rest as much as I could, both mentally and physically.

    ReplyDelete
  5. bestnya berkebun. walaupun penat2 mesti rasa berbaloi sangat kan :)
    salam ramadhan al mubarak! :D

    ReplyDelete
  6. Kagum sangat dengan orang yang ada kudrat nak berkebun ni. By the way, selamat berpuasa kak :)

    ReplyDelete
  7. kalau umah apartment mcm mana la ye ... beraktiviti dalam rumah shj la

    ReplyDelete
  8. Best juga ada aktiviti macamni haha. Kalau duk rumah Taman ni terkurung jelah dalam rumah.

    ReplyDelete
  9. Wahh powerlah akak! hehe bukan calang-calang wanita boleh buat tu... ;)

    ReplyDelete
  10. bestnya ada pengalaman jadi orang berjasa dalam pembikinan makanan first tier. dulu masa kecik, menanam berkebun pun untuk keluarga...seronok bila dapat tanam, petik dan masak segar dari ladang gitu...

    selamat berpuasa kak ana! stay safe ^_^

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. wah. untung laaa ada juga pekerjaan yang boleh mengeluarkan peluh time PKP ni. SS masih WFH. itu pun cari sendiri apa tugas yang nak buat. hehehe... Well, apa yang SS buat sepanjang PKP ni ada di sini... https://semut-senyum.blogspot.com/2020/03/hikmah-kuarantin-covid19.html jemputlaa...

    ReplyDelete
  12. Ramadhan Kareem AM.
    Ke sana ke sini dengan ada tujuan takpe hehehee...
    PKP di sana takdelah terkurung dalam rumah aje ya selalu je keluar peluh ni tak macam Mrs. A lepas masak, masak dan masak dan masak hahahaaa...

    ReplyDelete
  13. sepanjang tempoh PKP ni kena work from home.

    ReplyDelete
  14. keje mcm biasa (wfh) tp bkn ikut sgt pun waktu bekerja. alhamdulillah kerja lbh efektif sbb kita buat ikut mood so dpt fokus penuh dr mula smpi akhir hehehehe

    ReplyDelete