Meningkat Usia & PKPB 2020



Hai semua. Moga semua dilindungi dan diberkati selalu hendaknya aminnn. Tempoh PKP disambung lagi memasuki Fasa PKPB bermula 13 Mei hingga 09 Jun. 

Sepatutnya tarikh keramat 13 Mei setiap tahun ada sesi makan-makan dan bawa family jalan-jalan tapi tahun ni nampaknya sesi makan hanya di rumah saja demi menjaga keselamatan diri serta keluarga. Maka bertambah lagi setahun usia menjadi 18 tahun kehkehkeh


Takdelah nak sambut sangat tapi bila adik bongsu kita tanya nak kek ape sempena birthday dan untuk hari ibu (untuk mak) , jadi takkan nak lepaskan peluang pulak ye dak? Order aje lah dah die nak belanje hehehe.


Walaupun tempoh PKPB masih belum berkakhir, aku sudah mendapat arahan untuk kembali masuk bertugas selepas DUA BULAN Work From Home. Untuk hari pertama kembalinya ke tempat kerja (18 Mei) tu, aku dan rakan setugas belum dibenarkan open to public sebab 'senjata' masih belum tiba.

Yelah kehadiran Wabak Covid-19 n, antara 'senjata' utama adalah infrared thermometer, cecair hand sanitizer, facemask, glove, face shield, bottle water spray dan ada lagi beberapa item lain yang disediakan oleh Pihak Pengurusan Telco Webe Digital Sdn Bhd.

Jadi untuk hari pertama masuk kerja tu, kami kena sanitize semua peralatan segala kerusi meja dan peralatan komputer. Selepas tu kami jugak perlu melabelkan penjarakan sosial 1 meter untuk penggunaan peralatan komputer dan kaunter pembayaran.


Operasi juga dihadkan hanya kepada 5 pengguna sahaja dalam satu masa. Selain daripada tidak dibenarkan membawa bayi.anak kecil. warga emas dan golongan berisiko lain, SOP juga meletakkan syarat urusan yang penting sahaja dibenarkan untuk hadir masuk ke dalam premis (contohnya urusan kerja atau laporan kerja yang memerlukan kemudahan komputer dan internet berkelajuan tinggi). 

Sesungguhnya kehadiran Wabak Covid-19 memberi banyak kebaikan jika diambil dari sudut positif antaranya manusia lebih peka dalam penjagaan kebersihan dan kurang berlaku pembaziran sepanjang Ramadhan sebab takda Bazar Ramadhan. Kan? 

*tapi tetap ada rasa sedih juga buat peniaga bazar ramadhan kerana terjejas pendapatan.
*moga Allah perbanyakkan rezeki mereka yang terjejas & murahkan rezeki semua. aminn

Jadinya sekarang aku sendiri dah masuk fasa menjadi 'Frontliner Sebenar' . 
#WeStayAtWork and #YouStayAtHome

Moga kita semua dilindungi daripada wabak penyakit merbahaya & dikurniakan kesihatan untuk menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T 


13 comments:

  1. selamat kembali bertugas :)

    ReplyDelete
  2. stay safe sis anamizu. update pun blog ni. heeee

    ReplyDelete
  3. wahh siber cafe tu erk., heheh selamat bertugas n heppi belated besday., ;p

    ReplyDelete
  4. woaaaaa. selamat bertugas. stay safe and take care

    ReplyDelete
  5. akak dah mula kerja pada minggu pertama PKPB, tapi mula-mula seminggu sehari pastu seminggu 2 hari, dan sekarang dah mula seminggu 3 ke 4 hari kerja...
    apa pun stay safe ye dik

    ReplyDelete
  6. selamat bertugas ya sis. (saya masih rasa kekok dengan norma baru ni huhu)

    ReplyDelete
  7. mujur masih igt jalan ke pejabat :-)

    ReplyDelete
  8. sorry lambat wishhhh! happy birthday yang ke 18 ehem XD semoga sentiasa dimurahkan rezeki ye kak ana :)

    BV pun dah start kerja sejak 5 May haritu :D
    apa2pun stay safeeee ya :3

    ReplyDelete
  9. Happy Belated Birthday sister!! Stay awet muda dengan hashtag 'sweet 18' ngehehe ;P
    .
    Oh ya, selamat hari rayaaaa ^_^

    ReplyDelete
  10. happy belated birthday ana! wahh sweet 18.. haha..

    sy baru start keje arini..
    xde la buat persiapan sgt cuma bz berkemas je arini.. byk habuk.. lama tgl workstation.. haha

    ReplyDelete
  11. Selamat kembali bertugas.
    Selamat Hari Raya

    happy belated birthday ana!

    ReplyDelete
  12. SELAMAT HARI RAYA!! best entry ini.. done follow u, follow me back.. tq
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete