Jajan Orang Have-Have

by - 09 July


Haritu kan ada beberapa siri Pertandingan Sempena Kempen Covid-19 Awareness yang dianjurkan oleh Pusat Internet sekitar Daerah Batang Padang Muallim di kawasan Selatan Negeri Perak. Antara pertandingan yang ada termasuklah Mencipta Video Pendek Memasak #PKP , Video Pendek Cuci Tangan Challenge, Video Pendek Jom Fit , Pertandingan Poster Frontliner dan Food Art Photo Contest. 

Kalau ikutkan hati aku teringin je nak masuk semua pertandingan yang dianjurkan sebab hadiah-hadiah yang disediakan bukan kaleng-kaleng antaranya :

Air Fryer
Induction Cooker
Electric Steamboat & Grill
Polaroid Camera 
Mountain Bike 26 " inch
Smiggle Product 
Powerbank
Smart Bracelet
Wireless Bluetooth Headphone

Rupanya ada terselit rezeki aku dapat tempat kedua untuk Pertandingan Poster Frontliner dannn hadiah yang aku dapat adalah sebutir powerbank, sebutir Wireless Bluetooth Headphone dan sebutir M4 Smart Bracelet . Yihaaaaaaaa~ lepas ni kena berjalan , berlari, kayuh basikal sokmo la nampaknya sebab kita boleh setting pada smart bracelet tu berapa ribu step target dalam sehari.

Dan boleh set vibrate untuk find gadget (untuk cari kat mana smart bracelet kita tu kot terjatuh bawah katil ke ape ke) . 

Dan kita boleh jugak setting Blood Pressure dan kita jugak boleh adjust Long Sit Remind (contohnya 60 minit sekali akan vibrate untuk remind kita dah duduk sejam) . Moga lebih istiqamah lepas ni untuk kehidupan lebih sihat kehkehkeh



You May Also Like

15 Lovenote(S)

  1. Wahhh hebatnya jajan tersebut :P

    ReplyDelete
  2. wah, jajan mmg have have sangat ni.

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat jajan2 tu semua. Hehehe. Tahniah awak

    ReplyDelete
  4. wahh tahniahnyer., ni bukan caleng2 blogger., ;p

    ReplyDelete
  5. tahniah. semoga lebih giat bersenam slps dpt smart watch ni.

    ReplyDelete
  6. wah.. tahniah.. beruntung betul menang peraduan..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah tahniah Ana. Best hadiah tu.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Rezeki.

    Tahniah!

    ReplyDelete
  9. wahhhh best tuuu👍👍👍👍 tahniah!!!!

    ReplyDelete
  10. berbaloi hadiah nya ... harap2 digunakan sepenuhnya, jangan buat hiasan sahaja :-)

    ReplyDelete
  11. Bestnya event ni! Hadiah memang bukan kaleng-kaleng! Tahniah, dik!

    ReplyDelete
  12. Wah! berbaloi-baloi hadiahnya.
    Memang rugi siapa tak join tu

    ReplyDelete
  13. Tahniah. Jajan level kayangan ni

    ReplyDelete