Ai : Create Cute Sticker

 


Saja tangan gatal-gatal mencuba-cuba di Chat GPT.
Almaklumlah jika bukan pengguna Iphone, maka tidak tersedia
'sticker / emoji' versi kiut-miut begini.

Jadi, kita yang android user boleh cuba gunakan ayat / prompt / arahan berikut
untuk menghasilkan beberapa siri sticker comel.

Creat A 3D render of nine chibi cute hijabi girl stickers, each with a unique expression and pose: wink, shock, happy laughter, thankful, thumbs-up, apologetic, headache, polite smile, and angry shout. Each character has big expressive eyes, rounded face, and wears pastel-colored hijabs with subtle flower details and vibrant outfit. Speech bubbles above each character contain Malay phrases: "Ok Beres!", "Laparlah", "HEHEHEHE!", “Terima Kasih!”, "Baik!", “Maaf”, "Jom Balik!", "Sama-sama", and "Erkk Kenyang!". All set on a clean 10:16 canvas with a soft white-to-pastel gradient background. Smooth lighting and vibrant, cheerful tone. Pixar-inspired 3D style.



Jika untuk sticker versi laki-laki kiut-miut juga boleh.
Hanya perlu tukar sedikit saja pada arahan tersebut :

Creat A 3D render of nine chibi cute boy stickers, each with a unique expression and pose: wink, shock, happy laughter, thankful, thumbs-up, apologetic, headache, polite smile, and angry shout. Each character has big expressive eyes, rounded face, and wears pastel-colored shirt with stripe shirt,jeans pant and vibrant outfit. Speech bubbles above each character contain Malay phrases: "Ok Beres!", "Laparlah", "HEHEHEHE!", “Terima Kasih!”, "Baik!", “Maceh!”, "Jom Balik!", "Sama-sama", and "Sorrylah". All set on a clean 10:16 canvas with a soft white-to-pastel gradient background. Smooth lighting and vibrant, cheerful tone. Pixar-inspired 3D style.

Sumber Rujukan : Ai Cute Stickers

Tapi untuk gunakan dia sebagai sticker di whatsapp,

perlu install apps sticker maker dulu & baru boleh generate image menjadi sticker comel.

Ada pelbagai versi lagi yang sering dikongsi di media sosial

dan antaranya adalah Gibli style yang tular baru-baru ini

masa awal Hari Raya haritu kan?

Abah Check Up Mata

 

Hari ini 16 April 2025 (Rabu) sekali lagi Abah perlu hadir rutin rawatan mata
di Klinik Pakar Mata Hospital Teluk Intan Perak.

 
Alhamdulillah keadaan Datin Seri semakin pulih selepas tragedi Kena Minyak Panas.
Dan seperti biasa, Datin Seri akan bawa 'Bakul Doremon'.
Sebab Datin Seri tak boleh takda air masak yang sejuk dingin.
Thermos plastik bulat biru tu menjadi pujaaan hati Datin Seri,
walaupun ada pelbagai jenis thermos Tyso & sebagainya,
tetap yang jenis gemok montok plastik itu juga pilihannya.
 
Pakcik & Makcik ini pula lain kisahnya.
Sambil aku & Datin Seri menanti Abah menunggu giliran di dalam,
 
Si suami mencari kad pengenalan katanya ada dalam beg.
Puasss si isteri mencari tapi tetap takda.
 
Nada suara seakan mula bertukar tinggi.
 
Aku & Datin Seri yang ada berhampiran,
segera mengalihkan pandangan ke arah lain.
Tak lama kemudian pasangan tu bangun & beredar.
 
Sayup-sayup kedengaran si suami berkata :
 
"Macam mana boleh takda kalau dah letak dalam beg tu"
"Tu lah tak check lagi sebelum pegi tadi. Ni nak patah balik dah lah jauh!"
 
Si isteri hanya tunduk sugul dari kejauhan.
 
Urusan check-up bermula ambil nombor jam 10.00 pagi.
Duduk berdiri. Duduk bangun berjalan duduk kembali.
 
Sepatutnya Doktor perlu keluarkan benang jahitan pada mata Abah.
Tapi katanya tempoh belum cukup 'matang'.
 
Dan nanti Abah perlu hadir lagi bulan hadapan.
 
Hampir jam 2.00 petang baru selesai giliran check-up.
 
Kebas kematu segala otot & tulang-temulang.
Ditemani pula cuaca yang membahang panas.
 
Abah & Datin Seri terus ajak pergi cari makan.
Perut dah main drum berkeroncong katanya.
Sikit lagi boleh pengsan kelaparan.
Kami teruslah ke Gulam Rasul - 
salah satu Kedai Makan Mamak
yang lejen di PekanTeluk Intan.
 
Temujanji seterusnya nanti perlu hadir lagi 21 Mei 2025.


Ada Pot Luck Sekolah Nak Bawa Menu Apa?

 Syawal sudah masuk ke minggu kedua.

Banyak sekolah / institusi mengadakan majlis makan-makan.

Kebanyakan ibu bapa buntu memikirkan apa menu yang anak-anak nak bawa

untuk majlis sambutan hari raya di sekolah.

Ini antara menu mudah yang boleh diambil sebagai contoh.

Dan yang pasti akan habis licin awal sebab ramai yang suka hehehe

Kek Batik

Elbow Carbonara


Chocolate Cake Popsicle

Spiral Goreng Simple

Buah-Buahan (Oren, Anggur, Tembikai)   

Shushi Bread
 

Oreo Popsicle

Chicken Carbonara Ball

Satey Buah 
(ada ibu bapa yang khuatir penggunaan lidi merbahaya)

Spagetti Bolognese
 
Banyak lagi idea menu yang boleh di tiruvasi untuk bawa semasa jamuan / potluck.
Idea-idea di atas pun semuanya hasil perkongsian ibu bapa di FB Group Masak-Masak.
 
Ada ramai juga ibu bapa meluahkan rasa kecewa apabila menu yang dibawa,
tak disentuh langsung oleh anak-anak murid.
 
Sebenarnya ada beberapa faktor antaranya :
 
 1) Menu yang dibawa bukan kegemaran anak-anak murid
(Menu selera anak-anak tak sama dengan selera orang dewasa)
 
2)  Menu yang dibawa dalam jumlah yang pukal 
(lebih baik disediakan secara individual pack seperti contoh di atas,
kerana lebih mudah anak-anak / tetamu nak ambil & makan

Kebanyakan anak-anak kecil kurang gemar juadah seperti pulut, ketupat & sebagainya.
Jadi ibu bapa boleh elakkan bawa menu-menu yang itu.
Dah boleh pikirkan menu lain selain yang pulut-pulut tu hehehe

Ayuh Join! Giveaway Tot's Blog

 


Lets go memeriahkan Giveaway Tot's Blog 
Hadiah-hadiahnya yang paling menarik adalah benih Bunga Matahari! 

Ada sembilan peserta bertuah yang bakal menerima hadiah.
Senarai penuh hadiah & cara untuk join klik saja pada banner pink comel di atas.

Al-Fatihah : Tun Abdullah Ahmad Badawi

 

 
Negara berduka atas pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia yang Kelima, 
Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang menghembuskan nafas terakhir pada 
jam 7.10 malam (14 April 2025) di Institut Jantung Negara (IJN). 

Berita menyayat hati ini disahkan oleh 
bekas Ahli Parlimen Rembau - Khairy Jamaluddin (KJ) 
yang juga menantu Allahyarham, melalui satu hantaran di media sosial.
 
Tun Abdullah, atau lebih mesra dikenali sebagai "Pak Lah", 
meninggalkan legai besar dalam pentadbiran negara 
sepanjang tempoh perkhidmatan dari 2003 hingga 2009. 
Pemergian beliau pastinya dirasai seluruh rakyat Malaysia, 
terutamanya mereka yang permah berkhidmat di bawah kepimpinannnya.
 
Latar belakang kesihatan Allahyarham dikatakan 
semakin merosot sejak kebelakangan ini, 
namun ketabahan dan senyumannya tetap 
dikenang oleh mereka yang rapat dengannya.
 
Jenazah dijangka dibawa ke Masjid Negara esok (15 April 2025) 
untuk disempurnakan solat jenazah sebelum dikebumikan. 
 
Al-Fatihah, semoga Allahyarham ditempatkan 
dikalangan orang-orang yang beriman aminnnnn....
 
 
 
 

Awal Sehari Beraya : Peristiwa Negeri Perak Tahun 1982

 

Sumber : Orang Perak
 

Kisah ni Abah pernah ceritakan pada kami sekeluarga disebabkan pada waktu kejadian tu, 

kami belum lahir lagi.

 

21 Julai 1982, Malam yang Mengubah Segalanya. 

Perak Beraya Sehari Awal Berbanding Negeri Lain.


Tanjung Kepah, Lumut pada petang 21 Julai 1982. 

Pegawai-pegawai rasmi dari Jabatan Agama Islam Perak 

dengan tekun mengamati ufuk barat, 

berharap dapat menjejaki anak bulan Syawal yang sukar dikesan. 

Menurut laporan rasmi, tiada anak bulan berjaya dilihat, 

yang sepatutnya bermakna Ramadan akan genap 30 hari 

dan Hari Raya jatuh pada 23 Julai (Jumaat).


Namun, di saat-saat genting itu, timbul laporan-laporan tidak rasmi dari 

penduduk tempatan yang mendakwa melihat “cahaya samar-samar” di ufuk. 

Laporan ini sampai ke pengetahuan Sultan Idris Shah melalui saluran tertentu.

 Dalam tempoh yang singkat, baginda mengadakan mesyuarat kecemasan 

dengan Majlis Agama Islam Perak dan beberapa ulama terkemuka negeri.


Menurut sumber dalaman istana yang enggan dikenali, 

perbincangan berlangsung panas dengan pelbagai pandangan dikemukakan. 

Ada yang berpendapat harus mengikut keputusan pusat, 

sementara yang lain bertegas bahawa laporan penduduk tempatan tidak boleh dipandang enteng. 

Akhirnya, pada pukul 11 malam – ketika majoriti rakyat Perak sedang bersiap untuk tidur 

atau sibuk menyiapkan juadah sahur terakhir – titah diraja dikeluarkan: 

Esok adalah Hari Raya Aidilfitri untuk negeri Perak.


Yang lebih mencengangkan, keputusan ini diumumkan 

hanya 30 minit selepas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Kuala Lumpur 

mengisytiharkan secara rasmi bahawa Hari Raya akan disambut 

pada Jumaat di seluruh negara! Pejabat Berita Harian di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang 

dihujani panggilan telefon dari penduduk Perak untuk megesahkan khabar.

Apa yang berlaku selepas pengumuman itu merupakan satu episod unik. 

Tanpa media sosial atau telefon bimbit pada masa itu, pihak berkuasa Perak 

terpaksa menggunakan segala cara kreatif untuk menyampaikan berita penting ini:


Pada malam itu, siren berbunyi berulang-ulang sebagai isyarat raya di Kuala Kangsar. 

Manakala unit polis daerah, jabatan penerangan dan tentera diarahkan 

memasuki kampung-kampung terpencil dengan pembesar suara, 

membangunkan penduduk dengan pengumuman mengejut.


Di bandar-bandar besar seperti Ipoh dan Taiping, pegawai daerah memulakan 

“rantai telefon” dengan menghubungi ketua-ketua kampung yang kemudiannya 

bertanggungjawab memaklumkan jiran-jiran. Bilal Masjid Ubudiah, Encik Abdullah Ali, 

membuat pengumuman sebanyak dua kali melalui sistem pembesar suara, 

diikuti oleh masjid-masjid lain di seluruh negeri.


Namun, tidak semua berita sampai tepat pada masanya. 

Di kawasan pedalaman seperti Hulu Perak dan Batang Padang, 

ramai yang hanya mengetahui keputusan itu selepas subuh, 

ketika persiapan raya sepatutnya sudah selesai.


22 Julai 1982 mungkin merupakan Hari Raya paling aneh dalam sejarah Perak. 

Suasana di seluruh negeri digambarkan sebagai “muram” dan “kelam kabut” oleh saksi-saksi mata: 


Di Hutan Melintang, Masjid Jamek yang biasanya penuh pada pagi raya 

hanya didatangi segelintir jemaah. Kebanyakan penduduk memilih 

untuk terus berpuasa kerana tidak yakin dengan keputusan last-minute tersebut. 

Manakala di Sitiawan, sekumpulan jemaah yang tiba di masjid terkejut 

mendapati tiada imam atau bilal. Mereka akhirnya terpaksa berkenderaan 

ke Masjid Lumut yang jaraknya 15km untuk menunaikan solat sunat.


Di Ipoh, beratus-ratus penjawat awam datang ke pejabat seperti biasa, 

hanya untuk mendapati pintu pejabat masih berkunci. 

Ada yang pulang dengan malu, sementara yang lain terus menunggu 

dengan harapan ada arahan baru.


Bagaimana pun, seramai 1,000 orang bersembahyang di Masjid Negeri Perak di Ipoh. 

Kehadiran mereka adalah secara beransur-ansur setelah menerima perkhabaran 

pada sebelah pagi. Sultan Idris sendiri menunaikan sembahyang di Masjid Ubudiah 

bersama kerabat, kepimpinan negeri serta 600 orang jemaah lain.


Yang lebih menarik ialah kisah-kisah peribadi yang direkodkan oleh wartawan:


Sebuah keluarga di Kampar terbelah apabila si bapa ingin beraya mengikut titah sultan, 

sementara si ibu enggan kerana mengikut keputusan kawan-kawannya yang terus berpuasa. 

Di Pengkalan Hulu ada penduduk yang rumahnya terletak tepat di garisan sempadan negeri. 

Mereka keliru sama ada perlu beraya atau tidak kerana jiran seberang jalan (di Pulau Pinang) 

masih berpuasa.


Sultan Perak pada 29 Julai 1982 menjelaskan kepada Berita Harian 

kenapa baginda bertindak untuk mengumumkan hari raya lebih awal. 

Pada hemat baginda, ini adalah akibat daripada Majlis Raja-Raja yang 

tidak dapat mencapai kesepakatan untuk menetapkan tarikh hari raya 

sehingga menyebabkan baginda terpaksa membuat keputusan sendiri.


Baginda turut mengesyorkan supaya selepas peristiwa Perak beraya awal sehari tersebut, 

supaya tugas untuk melihat anak bulan diserahkan kepada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia 

kerana mereka sentiasa belajar dan mempunyai kelengkapan moden untuk melihat anak bulan.


Baginda juga kemudian mengambil tindakan dengan menarik tauliah yang dikurniakan baginda 

ke atas Naib Kadi, Haji Kamaruddin bin Kulop dan bekas penghulu Encik Mohamad Sidek. 

Mereka didapati telah menjalankan kegiatan untuk tidak berhari raya pada 22 Julai sepertimana 

yang dititahkan.

 

Zaman dulu takda media sosial macam sekarang.

Sebab itu kami yang di kawasan Negeri Perak sendiri tak semua dapat info ini.

Terutama yang tinggal di sempadan seperti Grik (Hulu Perak) 

dan Tanjung Malim (Selatan Perak), bersempadan dengan negeri lain.

Memang peristiwa ini menjadi sejarah kekal buat semua. 


Alamak ! Tak Boleh Comment Ye?

 



Sebelum ni ada masalah breadcrumb membuatkan bila kita klik tajuk entry,
akan keluar the link doesnt exist.

Tapi kalini, ada masalah lain.

Alamak semua kawan-kawan yang singgah ke sini,
hadapi masalah tak boleh komen di comment section ye?

Cie & PH beritahu mereka tak boleh nak drop komen.

UPDATE : Guna laptop boleh.
Guna selain laptop / komputer tak boleh klik / komen.



Abilash Chandra : Blood Brothers Bara Naga

 


Arahan Bersama Abhilash Chandra dengan Syafiq Yusof di bawah Skop Production.
Dah meletup sana sini orang memperkatakan berkenaan Filem Terbaru ni Blood Brothers : Bara Naga.

Barisan pelakon yang tak perlu dipertikai lagi.

Blood Brothers bukan sekadar filem, tapi satu ledakan emosi dan aksi yang tak bagi peluang untuk kita bernafas.

Arif dan Ghaz, dua sahabat sejati yang membesar dalam dunia yang kelam, penuh dengan kekacauan dan penderitaan. Dari kecil dah terperangkap dalam realiti gelap, mereka kemudian jadi pengawal peribadi untuk organisasi yang penuh misteri dan bahaya.

Tapi bila kepercayaan mula retak dan pengkhianatan berlaku, segalanya berubah jadi neraka.

Syafiq Yusof kali ni benar-benar keluar dari zon selesa. Dia bawa penonton menyelam dalam lautan emosi. Dari rasa kehilangan, marah membara, dendam yang menjerut jiwa, sampai ke detik-detik kecil yang buat hati tersentuh.

Jenaka pun bukan jenis suam-suam kuku, setiap punchline kena tempat, tepat dan padu.

Dan ya, trademark Syafiq — plot twist yang buat kita ternganga. Kalau silap fokus, memang confirm kau lost.

Bab aksi, jangan cakap banyak. Koreografi pertarungan dia power gila. Tak main kamera goyang serabut kepala. Setiap tumbukan, setiap tendangan terasa real dan brutal. Angle kamera pula memang sinematik habis. Setiap shot ada jiwa.

Lakonan semua pelakon pun hidup, penuh tenaga dan aura. Yang paling best, dialog dia natural gila, bahasa pasar yang kita sendiri guna hari-hari. Tiada lagi stereotaip pelat atau slang tak kena tempat. Semuanya authentic dan raw.

Kesimpulan? Ini bukan sekadar filem aksi. Ini pengalaman. Kalau korang dah lama craving cerita Malaysia yang betul-betul fight, betul-betul bergasak, Blood Brothers wajib masuk list. Tak terasa masa berlalu. Nak ke tandas pun rasa rugi. Salute untuk semua pelakon dan team produksi. Korang betul-betul deliver!

9.5/10

Penulis asal: Syawal, wakil Suka Filem ke tayangan perdana filem Blood Brothers: Bara Naga.

Blood Brothers: Bara Naga di pawagam 10 April 2025. Tayangan awal bermula 8 April 2025.

Berbaloi dengan harga tiket dibayar dengan aksi dari awal hingga akhir.
Ayuh! Sokong filem kita!

Apa Gunanya Twilly Ni?

 

 

 

 


Twilly ni sebenarnya macam cebisan / lebihan kain yang panjang.
Ada banyak kegunaannya & salah satu dililit pada pemegang beg tangan (handbag handle).
Sebabnya untuk 'protect' dan supaya pemegang tu tahan lebih lama.
Kadang-kadang bila selalu dipegang, lama-lama pemegang tu akan jadi macam terhakis.

Jadi itulah kegunaan menatang twilly / ribbon / scarf ni.
Selain jadi aksesori (ribbon) pada bag tu,
tujuan utama twilly ni untuk melindungi pemegang bag tu hehehe

Anak Perlu Belajar Berenang?

 





 

Anak saudara aku yang dua ketul (Si Kakak & Si Adik) antara yang dapat pendedahan awal
tentang berenang disebabkan si kakak memang hantu air.

Si Kakak memang dari usia 2 tahun kalau tak silap, dia pantang jumpa air (kolam).
Jadi disebabkan Ibu & Ayahnya risau takut anak lemas,
dari awal usia 2 tahun dah didaftar masuk kelas renang.

Si Adik yang lelaki lambat sikit join the club.
Almaklumlah anak lelaki & bongsu setakat ni,
memang lain maciammmmmmm sikit perangainya.

Bila Adik tengok Kakak enjoy berenang terapung dalam kolam,
haaa masa tu barulah Si Adik pun kelam kabut nak jugak kelas berenang katanya.

Akhirnya dua beradik dah jadi hantu air.
Bagus juga sebenarnya beri pendedahan awal asas berenang.
Sekurang-kurangnya boleh selamatkan diri sendiri andai melibatkan situasi air.

Tapi aku fobia air dalam disebabkan masa umur 5 tahun dulu lemas di kampung hehehe.


Anak Lelaki Buat Kerja Tak?

 


Ada terbaca satu perkongsian salah sorang abang ni.

Rasa gerammmmm jugak bila anak perempuan saja yang buat kerja sana sini.

Waktu sibuk terutama musim hari raya ni lah kita perlu bantu apa yang perlu.

Moga kita dapat didik semua ahli keluarga supaya ringan tulang membantu.

Tak kira lah lelaki atau perempuan.

Sama saja semua orang pun penat tapi andai buat sorang sikit,

kerja banyak tu tak terasa pun sebab berat sama dipikul.

Jangan asyik nak pikul main game aje kan? 

Sebab tu nanti bila kahwin, semua isteriiiiiii yang kena buat kerja! hehehe


Anak Saudara Mak Datang

 


Hari Raya Keenam memberi sedikit senyuman pada Mak,
disebabkan anak-anak saudara (anak-anak Almarhumah Kakak Mak) 
bagitahu nak datang berhari raya ziarah Mak.


Terasa meriah sekejap memecah sunyi disebabkan cucu Mak beraya di sebelah Tok Nenek sana.



 Seronok tengok wajah ceria Mak sama-sama sediakan ayam masak merah.

Sayur Kobis Udang masak lemak putih.
 
Telur Rebus Masak Sambal.
Dan ada juga spagetti carbonara, buah tembikai.
Ketupat Palas pun masih ada yang kami sempat frozen.
Moga Allah bagi sedap buat semua tekak tetamu yang hadir hehehe

 

Moga terubat sikit rindu Mak pada cucu 3 ketul yang berhari raya di rumah Tok Nenek sebelah sana.
Salam Aidilfitri buat semua! :)

Apa Punca Letupan Gas Di Putra Heights?

 









Sumber : Facebook Putra Heights & Buletin TV3


Tragedi Letupan Saluran Paip Gas di Putra Heights, Selangor.
Berlaku pada 02 Syawal 1446H (01 April 2025).
Akan meninggalkan titik hitam buat seluruh mangsa yang terlibat.
 
Ada perkongsian 'screenshot' perbualan dari whatsapp salah seorang
penduduk yang tinggal di sekitar kawasan tersebut (bertarikh 17 Dec 2024),
waktu itu pun mereka (penduduk) sudah mula berasa gusar dengan aktiviti 
korek-mengorek jentera berat di kawasan sekitar situ.
 
Sehinggalah berlakunya letupan kuat pada 01 April 2025.
Rumah Abang Long aku juga terletak lebih kurang 11km saja dari lokasi kejadian.
Syukur Alhamdulillah sangat tiada terkena kesan bahang kebarakan tersebut.
 
Sewaktu kejadian letupan tu, Abang Long berada di Terengganu (beraya di rumah mertua).
Dan ramai juga pemilik rumah yang menjadi mangsa letupan tu,
kebanyakan memang sedang berada di kampung kerana masih berhari raya di kampung.
 
Moga siasatan telus dapat dilakukan & pelaku sebenar dapat dibawa ke muka pengadilan.
Dan moga semua mangsa juga mendapat pembelaan sewajarnya.
 
Banyak kerosakan harta benda.
Jiwa juga tak kurang sakitnya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Sedangkan dibawa arus banjir (air) pun, sudah berat untuk menanggung.
Ini pula tragedi letupan melibatkan kebakaran & kerosakan 'total lost'  :( 
 
Moga Allah berikan ketabahan & kekuatan pada semua mangsa. aminnnn.

Pages (26)1234567 Next »