Hai engkorang. Moga semua dalam keadaan sihat hendaknya.
Maaf agak lama sepi tiada khabar kerana agak sibuk uruskan hal Bonda keluar masuk rumah sakit.
Kejadian tengah malam, Bonda terasa sesak di bahagian dada.
Aku dan Bong tanpa berlengah terus bawa ke bahagian kecemasan.
Doktor check seluruh bahagian yang disyaki ada kaitan dengan bahagian sesak dada.
Selepas 10 hari berada di rumah sakit, setelah keadaan Bonda kembali stabil,
doktor izinkan pulang ke rumah tetapi dengan syarat -- perlu hadir check up berkala.
Maka, hampir setiap minggu aku & Bong bergilir-gilir membawa Bonda berjumpa doktor.
Pelbagai ubat diberikan & kata Doktor buah pinggang Bonda ada sedikit masalah kering.
Dan nanti perlu hadir untuk urusan X-ray buah pinggang & x-ray jantung.
Sekarang Bonda perlu banyak berpantang dalam makan & minum.
Moga Bonda terus diberi kekuatan ketabahan & kesihatan yang baik aminnnn.




No comments:
Post a Comment