Melecur Mak Dah Ok Ke?

 






APA LANGKAH PERLU BUAT JIKA TERKENA MINYAK PANAS?


Keadaan terkini mak selepas Tragedi Melecur Kena Minyak Panas minggu yang lalu.
Masa kejadian Mak kena minyak panas yang meletup dari kuali tu,
kami cuma cuci dengan air bersih & tutup tangan mak dengan kain kasa sahaja.

Dan kami terus bawa Mak pergi ke klinik untuk rawatan lanjut.

Nurse yang bantu bersihkan & sapu krim pada Mak pesan untuk beli beberapa jenis krim :

-Krim Aloe Vera
-Krim Dermoplex
-Krim Skin Pro

Dan kami tambah lagi 

-Krim Anti Parut (Scars Removing Gel)
-Krim Pelembap Aloe Vera (Moisturizing)


Ini antara beberapa jenis krim yang kami gunakan pada kecederaan Mak terkena minyak panas.
Dan Alhamdulillah tiada sebarang gelembung atau melepuh.

Kalau ikutkan ada beberapa petua yang orang gunakan jika terkena minyak panas seperti :

-Sapukan ubat gigi 
-Sapukan sos tiram
-Sapukan marjerin / planta

Itu semua antara ikhtiar terawal sementara kita nak dapatkan rawatan klinik.

Dan sebolehnya pastikan ada siap sedia krim tu di rumah.
Kejadian malang tak berbau & boleh terjadi bila-bila masa kan?

Moga mak terus sihat hendaknya aminnnn

8 comments:

  1. semoga mak cepat sembuh.. besar juga tempat melecurnya...

    ReplyDelete
  2. Nampak merah lagi tu... Tapi takde gelembong² alhamdulillah makin baik harapnya ye Makcik 🤲🏻

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, nampak hampir sembuh

    ReplyDelete
  4. Saya tambah petua yang pernah saya dengar : Masukkan tangan yang terkena minyak panas tu ke dalam tepung. Entahlah tepung apa. Gandum kot.
    Moga cepat pulih tangan emak seperti sediakala.

    ReplyDelete
  5. Moga Mak cepat sembuh sepenuhnya.

    ReplyDelete
  6. Tapi, ada juga terbaca doktor tak kasi ikut petua letak ubat gigi dll tu. Rawatan awal cuma perlu alirkan air.

    Alhamdulillah nampak makin pulih tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Kak Ujie. masa ana bawa mak pergi klinik haritu pun nurse tanya ada sapu apa-apa ke sblm dtg klinik? sbb byk sgt petua katanya sapu itu ini (risau infection) & nti jd lg teruk luka katanya..

      Delete
  7. Moga dipermudah urusan ya. Kalau melecur ni memang sakit betul tempat tu.

    ReplyDelete