Hari Jumaat waktu tengah bekerja, Datin Seri Bonda voice whatsapp
bagitahu ada lori kurier tinggi melintas depan rumah dan terus zassssss
putus wayar kabel fiber internet Maxis.
Kita ni bila dapat berita wayar kabel internet putus,
segala benda dah tak fokus.
Terus laju-laju nak buat report supaya
mengharapkan tindakan segera juga untuk penggantian.
Bila nak buat report, disuruh attach gambar bukti kerosakan.
Sebelum-sebelum ni, ruang gambar tu tidak di star merah
(maka tidak wajib diisi & boleh skip).
Kali ini wajib perlu sertakan bukti gambar.
Datin Seri Bonda & Dato Seri Ayahanda pula kurang arif
untuk ketik button camera pada smartphone.
Belum habis belajar cara untuk ketik camera.
Makanya terpaksa tunggu pulang kerja,
barulah dapat ambil gambar & buat report.
Moga cepatlah berganti kabel yang baru.
Hidup kini terasa sukar tanpa internet yang laju.
Kerana banyak urusan perlu kelajuan internet yang pantas :(
Semoga dipermudah segala urusan.. Tinggi betul lori kurier tu..
ReplyDeleteBab ni paling x suka...kadang dtgnya cepat..kadang lambat..dh la mmg internet penting..swmoga dipermudahkan ye Ana
ReplyDeleteSemoga dipermudah segala urusan...tersangkut di kepala lori la tu huhuhu
ReplyDeleteSelalunya selepas report mesti lambat respond. Susah kalau capaian internet takde terganggu semua kerja2 online.
ReplyDeletelori kurier apa yg tinggi sgt tu?
ReplyDeleteMasa akak pakai maxis fiber dulu kalau rosak hari Jumaat, hari isnin atau selasa baru repair. Bila dah tukar ke unifi, sabtu depa bole mai repair. Kat sini la. Harap tempat Ana tak macam tu.
ReplyDelete