Future husband
anamizu
03 February
12 Comments
ini kesah antara aku dengan sorang besfren aku ni. Nadia. aku dengan nadia kenai lama dah. dari sekolah rendah lagi dah. sampai la ni pon dok keep in touch selalu. pastu kesahnya, lepas isyak tadi aku pon macam biasa arr godek fesbuk. tengok apa yang patut.
tup tup. kat newsfeed aku kuaq menatang ni :
"nadia in a relationship <3>3>
yelah pada orang lain apa lah sangat setakat update relationship. tapi pada aku, bilamana si nadia sudah hapdet status in a relationship, woahhhhh inikali kena terjah wassap dia teros ! hahaha
so aku pon memulakan sesi terjah ke wassap nadia. dah la nadia tengah dok pulun makan masa aku wassap tu.. langsung kawan tu mintak hold sat. tunggu dia setel mencekik pastu baru dia reply. berasap gak aku dok tunggu.. nerves aku mengalahkan dia yang mula bercinta. hahaha
okeh pertamanya, aku bukanlah kepochi macam yang engkorang dok pikir tu.. eleh takyah nak deny sangatla.. betoi kan? dok pikiaq aku ni minah kepochi kan??? hahaha gurau. aku ni dengan nadia ni je macam gini. kalo dengan orang laen memang takla aku nak macam gaya wartawan gila berita sensasi sampai tahap ni hahaha
sebabnya -- dengan nadia ni- dia sebaya aku. kami ni sama-sama selalu borak pasal jodoh. tengok kengkawan lain yang sama muda sebaya pakat dah kawen.. tinggaila kami ni belom sampai jodoh lagi.. makanya ya ibu ibu, bapak bapak sekalian, ya jadinya kayak gini lah bila orang yang belom berjodoh telah mula dipertemukan dengan bakal jodohnya... gittewwwww =P
aku tumpang heppy bila nadia cita dia rasa 'lain maciammm' sikit kali ni.. rasa yang cemana entah dia pon taktau nak describe. inshaAllah dia planning nak bawak jumpak parent dia tak lama lagi.. aku doakan semoga semuanya dipermudahkan untuk hang nadia.
aku dapat rasa kali ni he's the guy. sebab aku rasa hang punya feel tu lain maciammm sikit kali ni.. hehe.. moga bahagia sampai syurga :)