Short Trip Part 1 : Gunung Lang Ipoh
anamizu
07 September
14 Comments
Ada yang tanya aku : "Ehhhh blog awak entry-entry tu memang semua akan ikut abjad untuk bulan tu ye? "
Jawapan aku : Haah iye memang gitu lah setakat ni. Sebenarnye entry bermula dengan abjad bulan tersebut bermula pada Februari 2013 dulu. Nanti aku story lain kali yang tu hehehe.
*****************************************
Macam mana Raya Aidiladha engkorang? Untuk aku kalini meriah jugak sebab giliran Akak Ipar beraya di sebelah kami (akak ipar orang Terengganu jadi bila giliran diorang beraya di sana maka rumah aku akan jadi sendu je sebab aku 4 beradik je. Tak ramai jadi bila Abang Long & Akak Ipar & Anak dia yang satu-satunya tu beraya kat Terengganu memang akan jadi tak best lah rumah aku :P)
Cerita pasal Gunung Lang di Ipoh ni sebenarnya short trip masa raya kedua Aidiladha baru-baru haritu. Lebih kepada menunaikan keinginan akak ipar aku sebab dah lama dia teringin nak jejak kaki ke Gunung Lang, Ipoh.
Gunung Lang ni diwartakan sebagai Taman Rekreasi pada tahun 2000. Terbahagi kepada dua seksyen sebenarnya sebab kena naik bot untuk ke kawasan Pulau seberang satu lagi.
Waktu operasi bot bermula seawal jam 8.00 pagi dan lebih baik kalau dapat sampai kat Gunung Lang ni pada awal pagi sebabnya kalau sampai dah tengah hari ditambah pulak cuaca panas terik gila memang akan spoilt mood habes. Dengan ketiak basah + bermacam-macam bau yang menusuk lobang hidung, masa tu memang jadi takde mood dah la engko nak beratur panjang tunggu turn nak naik bot tu.
Ditambah lagi ada spesis manusia yang suka potong barisan tanpa ada rasa bersalah langsung, lagi lah rasa macam nak bertumbuk je kat situ. Orang lain pun berdiri penuh sabar jugak ape tunggu turn masing-masing. Takde sivik betul orang cenggitu. Nasib baik staff penjaga pintu masuk tu alert jugak dengan komen orang lain yang dah lama beratur tunggu giliran kat situ.
Gunung Lang yang terbahagi kepada dua seksyen ni sebenarnya selalu jadi lokasi pilihan untuk wedding photoshoot. Masa kami sampai tu dalam jam 11.00 pagi lebih kurang tapi memang penuh lah manusia sana sini maklumlah cuti panjang bersambung-sambung kan.
Pemandangan memang cantik kat semua sudut Gunung Lang ni. Kat bahagian pulau tu pulak ada sewaan basikal (semurah RM2.00 je untuk sebuah basikal kanak-kanak), ada rumah perak, ada tapak perkhemahan, ada rumah burung dan mini zoo. Selain tu,kita boleh jugak beli pallet makanan ikan untuk bagi ikan-ikan saiz mega dalam tasik tu makan. Besar-besar giler saiz ikan dalam tu.
Tak rugi spend time kat tempat rekreasi cenggini sebabnya harga tiket pun masih mampu bayar (sebab masih under pengurusan Majlis Bandaraya Ipoh) kalau dah diswastakan memang tak dapatlah harga 2-3 ringgit cenggitu. Silap-silap 30-40 ringgit untuk satu kepala. Harga boleh tercekik lemang kate ko! hahaha
Pesanan khidmat masyarakat :
1)Untuk dapat puas habiskan pusing ke segenap ruang lokasi di Gunung Lang ni lebih baik datang awal pagi sebelum matahari naik sebab agak luas kawasannya.
2)Pakailah kasut bertutup / sport shoes supaya kaki tak sakit. Kalau engko nak jugak pakai heels pon boleh tapi untuk fotoshoot aje lah. Kalau nak jelajah setiap pelosok Gunung tu better pakai sport shoes.