soalan latih tubi bertubi-tubi

19 November 9 Comments



*gengster mood activated*



hai guys!! miss me???? 
hoi! hoi! hang takyah perasan retis la ana.. 
hang ingat hang neelofa ka ada yang nak rindu??? 
wehh biaq p kat aku la.. 
hang sakit jiwa tang mana kalo aku bajet aku retis?? 
u are on my land.. so shut your mouth up.. hokehh! 



**********************

Photobucket

tu dia.. dok merepek apa tak tau.. wehhhhh seriyes guwa rindu.. yes. rindu kamu.kamu.dan juga kamu yang disitu.. 2-3 menjak ni bz sikitla.. not ekceli sikit.. banyak gak sebenarnye.. perlu setelkan 4-5 kerja.. sempat jenguk blog sat-sat ja.. dan la jugak jeling-jeling sapa yang sudi mai singgah melawat diary kecil guwa ni.. bila check tempat ce tekan,ce tekan rupanya ada 2-3 kengkawan mai tag guwa.. ada yang tag untuk join GA, join kontes.. ada jugak yang tag untuk jawab soalan.. sebab tu tajuk dia camtu.. rupanya guwa telah di tag oleh cikgu shameel untuk jawab soalan.. memandangkan beliau seorang cikgu, maka beliau dengan murah hati lagi berbudi pekerti bagi chance kat guwa untuk jawab soklan ni : 



1. Selalu tak anda ditag?
-ada jugak 5-6 kali dalam tahun ni.. 

2. Rancangan TV yang paling anda sukai, Kenapa?
-channel / cite makan-makan atau masak-masak.. foodS...arhhhhh feveret..
sebab : bleh tengok style depa masak...perhhhh kecur lior!

3. Steysen Radio yang paling anda sukai, Kenapa ?
-Sinar FM(pagi) sebab ada mat salleh & lagu merapu dia..hahaha

4. Filem paling best yang pernah anda tonton setakat ini. Apa sebabnya filem tu best pada pandangan anda.
-filem paling best...?? hurmm.. mcm takde je yang PALING best..

5. Berapa Jam sehari anda online?
-start masuk kerja pkul 9-6 (wajib kena online)
malam pon on gak lagi =P
berapa jam ntah..huuuuuu~

6. Antara blog dan FB, mana yang lebih anda suka?
-lebih suka? blog kot.sebab fesbuk dah makin bosan la skang..

7. Sejak bilakah anda mula terlibat dalam dunia blog.
-sejak dari dalam perut..hehe takdelah..guwa aktif since july 2010..

8. Kat sekolah dulu, subjek apakah yang paling anda tak suka. Kenapa ?
-ahah! guwa paling tak suka :
matematik : ajar yang basic dah la..yang complicated takyahla ajar..huh~
sejarah : byk bnda nak kena ingat..semua facts..so takleh nak goreng time exam =P

9. Perkara paling mengembirakan anda dalam tempoh yang terdekat ini?
-dikurniakan kesihatan yang masih pada tahap alhamdulillah..semoga terus kekal =)

10. Berapa peratuskah impian anda yang telah tercapai?
-belom smpai 50% pon rasanya lagi nih..

11. Susah tak soalan-soalan ini?
-very the kacanglah bro..guwa jawab sambil pejam sebelah mata je..hehe
*semput gak wo mikior jawapannye =P


lu orang tau kan soklan latih tubi ni dia ada law dia.. tapi guwa malas nak ikot law tu la.. so guwa taknak tag sesapa.. rules are made to be broken..lalalalalala~



nota kecil : ada story mory pasal tempat kerja guwa diserang orang asing.. nanti guwa story.. ready for blog marathon..yihaaaa~~


wanita cantik itu...

14 November 32 Comments



Photobucket
credit : tumblr














Siapakah wanita cantik itu ?
✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah
✔ Dia tersenyum saat tertekan
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis
✔ Dia tabah saat dihina
✔ Dia mempersona kerana memaafkan
✔ Dia mengasihi tanpa balasan
✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi


















nota kecil : semoga kita sebegitu (n__n)







TIPS : cara tingkatkan pembaca blog

13 November 41 Comments





credit : tumblr




bukan susah pon nak tingkatkan pembaca ke blog.. nak up kan traffic?? lagila senang.. rajinkan la diri p ziarah blog orang lain.. baca entry orang.. tak payah kedekut nak drop komen.. dok kedekut buat apa?? bukan bleh bawak mati pon blog ni smua.. duniawi je smua ni.. nak drop komen tu baca la sikit entry tu berkenaan apa.. janganla main komen je.. pada hal tak tau cerita.. pastu main bantai je komen.. last-last kang orang anggap komen TAK IKHLAS.. lagi naya.. takkan selama-lamanya nak jadi silent reader je?? kalo blog kita pon orang pakat jadi silent reader je, best ke? nak la jugak tengok komen box tu meriah.. ada 4-5 komen pon dah cukup teruja apa... kan? bukan nak mintak sampai beratus pon.. kita bukan retis atau orang-orang femes laen tu yang setakat tulis "guwa terkentut pulak tadi..malunyeww" pon bleh dapat komen sampai beribu.. tak perlu itu semua.. tu kisah orang yang dah femes.. kita laen.. kita ketagori underground saje.. ini sedikit teknik guwa gunakan untuk tingkatkan pembaca di diary kecil guwa~



-word verification (utk komen)??? TAK PAYAH
-embeded below post?? TAK PAYAH..buatlah pop up komen
-nak taruk lagu,boleh : kasilah button stop / pause
-widget banyak-banyak : tak perlu.menyemak pandangan. melembapkan berukband.
-welcome note (pop up box) : tak perlu.rimas.
-energy saving mode : macam annoying
-"klik to enter" : nampak macam hebat, tapi agak mengganggu bila nak komen asyik kene klik bende tu je..
-cursor : tak payah guna yang ade huruf(nama) pastu panjang berjela pulak macam ekor siap ikot je ke mane2 cursor tu pegi..heshh~
-"Your comment has been saved and will be visible after blog owner approval" : guwa tak gemor yang nih sebab tak puas bila tak dapat tengok apa yang kita komen tu..nak kena tunggu aproval plak dulu..tak puass! =P



nota kecil : tu je setakat nih.. ada banyak lagi.. to be continue =P


macarons?? online saja

12 November 31 Comments


ni bukan macaroNI.. ini adalah macarons yang disebut2 sama ada oleh blogger, student universiti, mahupun makcik lorong belakang taman depan nu ha.. orang laen dah lama makan benda ni cik ana oi.. hang sorang je baru nak dapat merasa.. maklumla sebelom ni memang dok teringin je nak rasa tapi tak dapat2 nak merasa... sempena kemenangan hari anugerah PJK cemerlang haritu (no 4 je pon) maka cik ana & my partner cik ida decide untuk order macarons ni.. nak p beli direct kat area tempat cik ana ni memang tak hado la kak oi! mula-mula ingatnye nak beli 12 ketul je (minimum order) tapi last2 kami decide nak order lebih je 25 ketul.. sebabnye takot kang kalo bile makan, tetibe rasa lazaaaaat & tak cukup ha tak ke rugi??? so kami pon order la online je kat awin macarons.. takyah tunggu lama.. order harini, esok sampai.. memang terbaekla!






dan seawal pagi tadi encik posmen pon datang membawa bungkusan ni.. memula ingatkan ape.. tak suspek pulak macarons ni yang sampai.. bila dah bukak, tadaaaaaaa! i teruja u!!!!!!!!!!!!!




*menatang ni la orang panggil macarons*









flavor die campur2.. memang semua sedapla habaq hang! sayang nak makan sebab comel & sedap sangat..hahahahaha


kalo teringin nak merase p je order sendiri kat awin macarons =P

sri sayang + water sport penang

11 November 39 Comments



*awas muatan padat*



cik ana dan partner kerje : cik ida pergi Hari Anugerah Kecemerlangan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Peringkat Wilayah Utara semalam kat Pantai Robina, Butterworth.. masa dapat arahan kena p pantai tu, jenuh google nak tengok kat mana sebab nama tak femes langsung.. haha..sipbekla jumpak gak cari..hehe




Kami beruniform.. segak dak? segak dak?? =P



PJK kendalian cik ana dan cik ida berjaya dapat No 4 daripada overall wilayah utara yang tersenarai.. Dapat la RM 900.00.. pastu bahagi bedua dapatla sorang RM450.00.. alhamdulillah rezeki kami.. jenuh gak usaha nak buleh dapat lekat kat no 4 tu.. yang menang,memang senior habehla sebab PJK dorang dah 5,6 tahun beroperasi kalo compare PJK kendalian cik ana dan cik ida baru nak masuk 2 tahun je.. kira ok la tu kan bleh compete dengan yang senior2 smua tu... takpe2, next year try lagi insyaallah..hehe




Selesai sesi pemberian anugerah & hadiah untuk hari anugerah PJK cemerlang tu, big boss pon decide untuk stay 1 hari lagi.. tapi dia ajak stay kat island.. perhhhh!! memang terbaekkkla habaq hang!! Nak sangat naik feri, stuck sejam kena beratoQ nak tunggu feri tu sampai.. jenuh nganga je dalam keta.. dah la kudap-kudap apa pon takdak.. betoi2 telan ayaq lioq saja..huh~

bila sampai je kat island, memang terus p serang tempat makanla.. boss decide nak p makan kat area tepi pantai yang kat jeti pulau jerejak tu.. first time cik ana p makan kat situ.. dulu masa study kat USM tak pernah plak cik ana p situ.. kami apa pon lagi, memang oder dengan penuh rakus la.. sampai je makanan, memang tak tunggu dah.. pakat suap selagi ada.. hahaha =P






Setle bab makan.. boss bawakla kami stay kat sri sayang apartment nih.. badan pon dah letih gila,dapat je kunci bilik, semua terus lena..





Pagi esok tu pulak.. ingatkan terus siap-siap nak balik la.. sekalinya, boss ajak p main water sport plak dah.. orang kata rezeki jangan ditolak.. apa lagi, memang kami p serang pantai beramai-ramai la.. warm-up session : mengambus halis syafik menggunakan pasir.. tinggai kan bijik mata + lobang hidong je =P




habeh sesi bermaen pasir pantai kami pon serang pulak para sailing + jet ski + banana boat.. dan tah apa lagi nama lupa dah.. semua la kami pulun main.. bila lagi nak merasa.. bukan senang nak dapat spend time ramai-ramai camni.. *banyak sesi water sport tak dapat nak snap gambar sebab terlampau pulun main sampai lupa nak klik kamera =P






nota kecil : PENANG memang best bro!!!

goodies untuk tetamu pengantin

10 November 13 Comments
tiap kali p majlis kenduri kahwin, terasa ada something yang kurang kalo tak dapat bunga telur atau pun cenderahati yang comel-comel tu.. kadang-kadang ade dapat sapu tangan bentuk hati, ade dapat golden spoon + fork yang comel.. macam-macamla.. comel-comel gila! *kos dia pon bleh tahan gak la =P




credit : cenderahati






nota kecil : cuci mata =P

Diana Amir

07 November 12 Comments







“Memang benar tentang mimpi tersebut. Saya mendapat mimpi hari kiamat beberapa kali dalam masa tiga bulan dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir. Malah perkara itu sering membelenggu hidup saya. Setiap hari saya terfi kir tentang mimpi- impi yang saya alami itu. Ia menguatkan lagi tekad saya untuk berubah dan memang benar, kini saya rasa lebih tenang. Bukan itu sahaja, saya juga rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk berubah dan belajar tentang agama dengan lebih mendalam sebelum terlambat. Kini saya belajar dari sebuah keluarga angkat di Shah Alam yang membantu mengajar saya mengaji dan ilmu agama. Bukan itu sahaja, sahabat- sahabat juga banyak membantu terutamanya Kak Wardina yang selalu mengajak saya ke usrah dan majlis agama. Terima kasihlah kepada semua yang membantu saya. Jasa mereka hanya Tuhan sahaja dapat membalasnya,”



sumber : remaja



alhamdulillah diana amir dapat hidayah melalui mimpi.. dan diberi peluang.. nasib kita?? belum tentu.. sesungguhnya bertudung dan menurut perintah allah itu nescaya besar hikmahnya =)



wanita ibarat rama-rama

05 November 23 Comments











Wanita ibarat RAMA-RAMA. Apabila jari tersentuh sayap rama-rama, maka hilanglah coraknya. Apabila lelaki BUKAN MAHRAM, dibiarkan melihat dan menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya, maka HILANGLAH sedikit demi sedikit KEMANISAN diri itu. JAGALAH sebaik mungkin diri dan auratmu kerana sebaik-baik PERHIASAN dunia adalah WANITA SOLEHAH dan MALU itu sebahagian dari IMAN



sanggul beracun | sinopsis dan anugerah skrin

04 November 16 Comments











tengok anugerah skrin 2011??? suram??? tak best? tak menyengat langsung? rozita cun?? ally tak sesuai dengan rozita??? hentam saja hape suka.. tau pasal SANGGUL BERACUN??? guwa baru taw pasal tajuk cerita tu tadi je.. cerita di astro citra.. kenal sabri yunus?? menang besar di anugerah skrin.. nak tengok full SANGGUL BERACUN?? jangan segan, sila ke SINI


sumber : pereka cerita




nota kecil : ramai yang update status fesbuk kata anugerah skrin kali ni suram gila

aku suka tengok perempuan seksi

04 November 25 Comments
klik 1 kali untuk membesar




  • seorang lelaki.
  • suka tengok perempuan seksi
  • sapa suruh pakai camtu?
  • ketat + seluar tak cukup kain
  • panas mata + meluat


LELAKI bukan suka nak tengok. PEREMPUAN yang gatal p buat tiger show. sapa suruh? pastu kata LELAKI gatal. dah p suap,konfemla orang nganga.. lagi mau buat tak reti bahasa ke?





nota kecil: takyah TUNJUK semuala.sentap? pen off.


kehilangan

01 November 33 Comments

*AKU sebentar*

*klik 1 kali untuk besar*






pakcik rahim. jiran aku.. rajin menolong. tak kira siapa. harini pakcik rahim pegi tolong sorang budak yang kerja di tanjung malim kehilangan kereta.. rupanya BUDAK itu kawan aku. KELISA dia hilang.. kejadian pada awal pagi tadi masa dia nak pergi kerja.. mcm biasa rutin harian : hidupkan enjin kereta.. nak panaskan enjin.. p masuk sekejap dalam rumah.. datang 2 makhluk lelaki berbangsa india, terus pecut itu kelisa kasi lari.. memang suwa suwe kemuning la jawabnye..



kecurian di mana-mana... cuai sikit,memang sakit. kereta kalo dah hilang, payah nak dapat balik. menanges air mata darah pon belum tentu ada yang rela nak pulangkan balik... memang bahagia la kalo boleh dapat balik.. KERETA hilang weh! walau hanya sekadar KELISA, ia tetap berjasa...







nota kecil : bersyukur bekerje di dalam felda. namun masih perlu berjaga-jaga. PENCURI di mana-mana.. mungkin mereka hanya tunggu masa.. be alert!

22 waktu mustajab berdoa

01 November 27 Comments
(Dipetik dari buku 101 Do’a daripada Hadis-hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed)

1.Berdoa sewaktu hujan turun.
2.Ketika hendak bersolat
3.Selesai membaca al-Fatihah dalam solat.
4.Selepas mengucapkan ‘Amin’ apabila selesai membaca surah al-Fatihah.
5.Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.
6.Waktu di antara azan dan iqamah.
7.Ketika sujud dalam solat.
8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.
9.Selesai solat fardu.
10.Sepanjang waktu berpuasa.
11.Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan.
12.Ketika khatam 30 juz al-Qur’an.
13.Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab do’a.
14.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.
15.Pada hari ‘Arafah iaitu 9 Zulhijjah.
16.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.
17.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.
18.Waktu menerima ujian.
19.Ketika berperang kerana Allah.
20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.
21.Selepas saat kematian seseorang.
22. Ketika ayam berkokok.


 

sumber : kami sayang agama islam


nota kecil : semoga doa-doa kita diterima olehNYA..aminn
*blog marathon =)

fakta bahasa inggeris

31 October 36 Comments




1.'Queue' adalah satu-satunya perkataan dalam bahasa Inggeris yang dapat dibaca dengan cara yang sama ketika empat huruf terakhir dihilangkan.

2.'Rhythm' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang tidak mengandungi huruf vokal.

3.'Almost' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang disusun mengikuti urutan huruf.

4.'Go', adalah ayat lengkap terpendek dalam bahasa Inggeris.

5.Hanya ada empat perkataan dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan suku kata 'dous', iaitu: 'tremendous', 'horrendous', 'stupendous' dan 'hazardous'.

6.Kalimat 'The quick brown fox jumps over the lazy dog' menggunakan setiap huruf yang ada dalam abjad.

7.'Stewardesses' adalah perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kiri di keyboard anda.

8.Dan 'lollipop' pula merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kanan di keyboard anda.

9.'TYPEWRITER' merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip menggunakan huruf hanya pada satu baris dari keyboard anda.

10.Huruf 'A' hingga 'Z' mempunyai simbol (dan bunyi tersendiri), KECUALI, huruf 'W', 'W' adalah huruf 'uu'@'double u'



nota kecil : blog marathon lagi =P


kalau cinta seseorang, jangan beritahu dia...

30 October 31 Comments




Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia...Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya...Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah...Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..Cintai dia dalam diam,dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..


"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan
supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)










nota kecil : semoga kita mencintai keranaNYA =)

feelingS

28 October 32 Comments




"The problem is, I tend to hide my feelingS a lot. I'm just scared to get hurt again. I don't feel like crying anymore. People don't really care about your feelingS, they have their own to worry about. No matter how you try to make them understand, they just won't. They'll just make you think that they do understand how you feel. The truth is, unless they have experienced the exact situation that you had, they won't really grasp how it must be for you. They don't have even slightest idea of how I really feel. ..Best way to not get your heart broken, is pretend you don't have one..."







 being ME is not always easy.


Benarlah Allah Maha Agung & Kisah Buah Dada Diikat Dan Disepit

20 October 33 Comments



kisah ini mungkin ada yang pernah baca. cukuplah sekadar mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat wanita aku yang lain supaya peliharalah mahkota kita sebagai wanita. 




"Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah menguruskan jemaah haji dan umrah,ada satu kejadian yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Berlaku kepada seorang pramugari berusia pertengahan 30-an.

Sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tak sedarkan diri. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Pelbagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Akhirnya, dia dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Selepas beberapa hari, akhirnya wanita itu membuka mata. Sebaik terpandang wajah saya, wanita itu terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya.

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kak menangis?"

"Lan... kakak taubat Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda tu! Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa kak?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Katanya, "Mazlan, kak ni dah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tp kak ni cuma Islam pada nama dan keturunan. Ibadat satu apa pun tak buat. Kak tak sembahyang, tak puasa. Rumah akak penuh dengan botol arak. Suami tu akak sepak terajang, tak hormat langsung," katanya tersedu-sedan.

Kemudian, wanita itu menceritakan,

"Mazlan...Allah itu Maha Besar,MahaAgung,Maha Kaya. Semasa koma, akak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang pernah akak buat. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut akak ditarik dengan bara api. Pedihnya!!!!! Menjerit-jerit akak minta ampun pada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada akak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini. Putus!! Jatuh dalam api neraka!! Buah dada akak rentung terbakar, sakit hanya Allah yang tahu!!! Kak meraung kesakitan. Akak masukkan tangan ke dalam api itu dan ambil buah dada tu balik. Tersangat panas Lan!!" tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat semasa di dalam koma.
"Hari-hari akak diseksa. Bila rambut akak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.Panas sampai otak akak rasa menggelegak. Azab itu cukup pedih!!!!pedih yang amat sangat...tak boleh nak digambarkan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak.

Kerana makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa dalam koma tu, akak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja! tp akak perlu makan sebab akak tersangat lapar! "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-duri menikam kerongkong dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut akak. Pedihnya!!!!!

Habis buah-buahan tu, akak diberi pula makan bara api. Bila masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan akak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dberi pula minuman yang dibuat dari nanah. Baunya teramat busuk. Tapi terpaksa minum sebab kak sangat dahaga.

"Masa diazab tu, kakak merayu pada Allah agar berilah kak nyawa sekali lagi, berilah kak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak henti-henti akak memohon.Kak berjanji kalau akak dihidupkan semula, akak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia tak akan terlepas dari balasannya. Kalau baik amalan kita, maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azab pedihlah yang akan kita rasai..

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti.Kalau pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.. Sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan solat-solat yang ditinggalkannya dahulu.

Pesanan wanita tersebut, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Lan ingatkanlah mereka, pakailah tudung. Undang-undang AllaH, setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."Tapi,rambut akak ini beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? ALLAH......."

Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
WAKTU MUDA SEBELUM TUA
DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI



Cukup seksa azab yang kakak tu hadap. Alhamdulillah dia masih diberi peluang untuk bertaubat.. Nasib kita pulak? tak tahu ada peluang atau tak. Semoga segala apa yang kita lakukan, biarlah nawaitu kerana DIA. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada sesama kita. InshaAllah aminn :)


Nota #1 : "..sampaikanlah pesan walaupun sepotong ayat..."
Nota #2 : sumber original aku pon kurang pasti darimana sebab aku copy semula daripada stock cerita-cerita keinsafan yang aku simpan dalam gerobok pc lama aku.