Maigad ! Maigad !
anamizu
29 May
14 Comments
kesahnye malam semalam. hujan lebat petang sebelum tu. duduk rumah kat kampung adatlah ada bumbung bocor sana sini.. rumah lama lah katakan. tiap kali hujan lebat je memang main aci kejar lah tadah besen / baldi / kain atas lantai untuk pastikan air hujan tu tak merebak ke lain T___T
bila dah setel hujan pun dah berenti, kena kutip baliklah segala besen / baldi / kain yang dah basah menadah air hujan akibat kobocoran bumbung itu tadi. makanya disitu lah bermulanya kesah aku dengan si anai-anai.. mulanya aku nampak segerombolan anai-anai ni cuma berkerumun kat satu kain basah ni je so aku pon dengan rileknye lah amek ridsect pastu aku semburkan je semua kat gerombolan anai-anai tu.. pastu kononnya aku ingat dah setel kat situ lah.. bila aku selak lagi dan lagi bawah tikar... tadaaaaaaaaa ! tudia beribu ribu ribu ribu lemon lagi anai-anai kat bawah tu ! siap ada track jalan dah depa buat.. bila dah tengok gerombolan anai-anai yang berjuta tu apa lagi habeh tegakla semua bulu roma.. meremang pulak tengok depa dok begerak banyak gila ! aku ingatkan bila rumah simen / batu takdelah anai-anai rupanya aku silap.. dia dah bersarang bermaharajalela entah berapa lama la kat bawah tu..
aku pon hape lagi ---- "Makkkkkkk ! bilik kakak ada anai-anai lah mak ! T___T "
dan macam biasa, mak always being a hero! mestilah mai tolong nak setelkan kelam-kabut yang berlaku.. makanya mak dengan adik aku si aiman lah yang tolong aku punggah segala katil / almari yang ada dalam bilik aku tu bawak letak kat ruang tamu.. abah aku tolong senyumkan aje tengok anak bini dia dok buat kerja memalam.. hahaha.. bilik aku tu under kuarantin sekarang nih.. memandangkan katil tu pun katil besi yang agak lama, makanya aku mintak izin kat big boss untuk jual je kat besi buruk pastu nak beli lain je nanti katil dengan almari ape semua.. sehari dua ni aku terpaksa tido bilik sebelah iaitu bilik adik aku yang sorang lagi (si pian) sebab pian study lagi dan jarang balik..
dan memandangkan khamis pulak off day sempena kemangkatan sultan perak, aku pun decide untuk cat semula bilik aku tu dengan kaler lain.. sebelum ni bilik tu kaler hijau cair.. tadi aku baru je setelkan cat yang baru. aku boh kaler pastel pink. feeling gegerl gittew.. ahaksss !
buat masa sekarang ni memang kosong bilik aku tu. yang ada cuma dinding dengan lantai je.. aku tengah semangat waja dok google nak cari inspirasi nak deco bilik aku semula.. maybe aku amek konsep macam yang gambar 1st tu kot sebab simple dan kemas tapi masih maintain gegerl gittew ahakssss ! =P