N4 | Photobook
anamizu
19 November
22 Comments
Kesahnye aku TERgatal tangan nak try customize photobook yang keluar promo kat Groupon aritu.. Maklumlah dok usyar baekkk punya promo kan.. Tup tup TERbeli lah promo voucher untuk personalised photobook tu.. Dia ada macam-macam size dan harga so untuk first attempt ni aku pon amek Medium Softcover 40 pages yang sepatutnya berharga :
RM165.00 + RM10.00 (postage) = RM175.00 tapi
sebab aku beli promo voucher tu so harga yang aku perlu bayar adalah
RM35.00 (untuk 1 voucher) + RM10.00 (postage) = RM45.00 sahaja. [save RM130 !]
Pada aku memang save baaaaanyaklah kalo compare nak p tempah sendiri p kedai apa semua. Mana tenaga lagi, minyak apa semua lagi. Cuma yang memboringkan sikit tu adalah nak kena susun / customize sendiri gambar-gambar yang kita nak. Masa tu memang jenuh la bercintaaa jugaklah aku nak menyiapkan.. Ini baru sikit je ni. Baru 1/10 je rasanya daripada koleksi-koleksi gambar yang ada. Bila dah puas hati tengok hasil daripada Photobookmart ni, baru la buleh proceed next order pulak..
So sekarang dah tak payah lagi lah nak cuci sekeping-sekeping gambar pastu nak kena boh pulak sekeping-sekeping dalam album.. Sebenarnya orang zaman sekarang ni dah pakat tak berapa rajin dah pon nak cuci-cuci gambar apa semua kan? Ikot suka masing-masinglah kan mana yang bekenan di hati.. Macam aku ni bukan apa -- sentimental lebeyhhhhh sebab tu rajin dok buat benda-benda lagu ni kehkehkeh =P