Di Lokasi Mee Udang Kuala Sepetang
anamizu
15 December
25 Comments
Lepas selesai je sesi sembang panjang dengan segala pakcik makcik sepupu dua pupu kupu-kupu di walimatul urus sepupu aku semalam, kami pun terus henjut terjah mee udang kat Kuala Sepetang atau dikenali jugak dengan nama Port Weld.
Sepupu aku yang pengantin lelaki dan aku takde dalam gambar pun sebab aku kan pemalu *uhukkk terbatuk pulak*
Boleh dikatakan setiap kali balik ke Taiping yakni merangkap tempat asalnya mommy dan daddy aku kikiki =P , maka setiap kali tu lah kami takkan lepaskan peluang untuk terjah mee udang Kuala Sepetang tu. Kamiorang tak makan dekat mee udang mak jah atau mee udang makteh atau yang seumpamanya. Yang tu semuanya gerainya terletak kat tepi jalan dan memang mudah jumpa. Tambah pulak kalau on weekend, memang penuh dah macam tahap ada kenduri sepanjang jalan dekat kedai tu. Kalau tengok jumlah kereta dan jumlah manusia yang ada kat gerai tu, rasa macam tak sanggup nak singgah.
Aku dengan family aku lebih suka makan mee udang di Salleh Stall Mee Udang Port Weld yang terletak kat bahagian dalam pekan kecil Kuala Sepetang tu. Kalau yang tak pernah datang, memang akan rasa macam "ehh ada ke kedai melayu dalam ni? " sebab dalam tu pekan Cina. Majoritinya bangsa Cina kat situ. Salleh Stall Mee Udang Port Weld ni pulak adalah bisnes turun temurun dari zaman tok nenek diorang dulu dah. Diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Dibuka setiap hari kecuali Jumaat bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam. Aku pulak tiap kali datang memang akan makan kueh teow goreng udang je compared to Mee Udang. Aku kan peminat tegar kueh teow. Pada tekak aku, memang ohsem tahap 5 bintang lah nora bagi untuk warung Salleh Stall Mee Udang Port Weld ni. Jenuh kena selak udang dulu baru nampak kueh teow kehkehkeh =P
Entry dulu-dulu : Mee Udang Salleh Stall