Doakan Mereka
anamizu
28 December
21 Comments
"Salam. Hari ini baru dapat komunikasi.
Sudah 6 hari kuala krai terputus talian komunikasi, digi dan maxis out terus.
Celcom sikit2 sahaja ada.
Letrik tiada, air tiada. Minum
air hujan, mandi air lumpur. Kencing berak usah dicerita lagi sbb air tiada.
Air minum tiada.
Anak anak tiada pampers, susu
anak2 mangsa banjir tiada. Menangis bayi2 kelaparan. Kalau ada susu pun, tiada
botol susu, semuanya hanyut dibawa arus. Allahurabbi.
Beras 10kilo dikongsi 400 orang.
Gula sekilo dikongsi 400 orang. Lauk tiada. Minyak masak tiada. Garam tiada.
Tiada tilam, tiada toto, tiada
tikar dan tak ada selimut. Tidur beralaskan simen dengan baju basah. Kami orang
dewasa tidak mengapa, tapi anak2 yang disedihkan.
Ada yang 3 hari x makan, ada 4
hari x makan. Kalau ada nasi atau tepung jemput hanya diberi utk anak3 kecil
sahaja. Makanan tiada.
Kami berpindah berkali2. Masuk
pusat pemindahan petang selasa, malamnya air masuk ke dewan pemindahan, pindah
ke tingkat 2 sekolah teknik krai, esoknya air masuk ke tingkat dua, pindah naik
tingkat 3.
Air naik sangat pantas dengan
arus yang sangat deras. Ramai yg tidak sempat menyelamatkan diri hanya berlari
ke bukit2 tinggi berdekatan. Di Kg Bekok dan Tualang dua bukit tinggi menjadi
tempat berlindung drp arus sungai lebir yg menggila, 4 hari di puncak bukit
tanpa bantuan, tiada makanan dan minuman, mereka berdakap beramai2 dalam
kesejukan hujan lebat tanpa ada apa apa bumbung selama tempoh itu. Anak anak
kecil kesejukan menggigil. Allahurabbi. Tiada bot tiada helikopter.
Ramai yang demam, warga tua yg
kesejukan dan demam, anak anak sakit perut menggelepar tiada ubat, ada yg
disengat lipan tiada ubat. Tiada ubat.
Kami di kuala krai kebuluran,
hingga terpaksa mengayuh sampan mencari ayam ayam dan itik yang tersekat
dihujung2 pucuk pokok, dan diatas bumbung rumah, disembelih dan dibawa utk
dimakan oleh mangsa pemindahan banjir.
Bot tentera, polis dan bomba
banyak lalu lalang, tapi tiada satu pun yg berhenti memberi bantuan ataupun
sekadar bertanya khabar dan keadaan walaupun dipanggil berkali2.
Rakyat di sini tiada duit
ditangan. Kalau ada di bank pun, semua bank terselam dan tenggelam. Satu bank
sahaja selamat di kuala krai iaitu bank rakyat, namun Letrik tiada, mesin
offline.Kalau ada duit pun, tiada kedai yang ada barang, semuanya tenggelam dan
habis. Tiada bekalan.
Episod kelaparan, kebuluran dan
kesejukan dari hari isnin hingga ke hari ini sudah dilalui, namun yg lebih
menakutkan adalah derita rakyat menjelang musim persekolahan nanti, apabila 90%
drp rakyat kuala krai musnah semuanya harta benda.
Baju semuanya hanyut dan basah
bersama lumpur, tiada baju kering. Tiada sampai lagi baju utk mangsa walaupun
sekadar baju bundle. Tiada tuala wanita. Kasihan pd mereka yg datang bulan.
Kereta tenggelam,barangan rumah 5
hari tenggelam dan hancur lunyai, ratusan buah rumah hancur dan hanyut dlm arus
banjir, rakyat seakan akan bakal memulakan kembali kehidupan mereka dengan jari
sepuluh tanpa ada apa2 harta dan keperluan diri di tangan.
Ayuh, saya seru dan merayu dengan
penuh kerendahan hati, semua sahabat sahabat di luar sana utk membantu kami di
kuala krai.
Masa untuk pulihkan semula emosi
dan perasaan, trauma dan kesedihan jiwa rakyat, pembangunan semula prasarana
dan keperluan asas rakyat, kita perlu mulakan sekarang.
Terlalu banyak keperitan dan
derita rakyat kuala krai yg saya tiada ruang utk catatkan di sini. Daerah ini
2.8kali lebih besar drp negeri perlis. "
credit : Ummu Durrah
Sedih sebak segala macam rasa ada. Belum reda ujian banjir, satu lagi ujian pesawat QZ8501 terputus hubungan dari radar. Semoga bertabahlah jiwa-jiwa kita semua.. InshaAllah moga-moga besar hikmah menanti kita. Allahuakbar T___T