Sepuluh Hari Cabaran | Day #10
anamizu
29 September
21 Comments
Cabaran terakhir #10 aku kena list Best Childhood Memories. Kalau memori zaman kanak² dulu memang banyak je yang aku rasa best. Zaman aku kecik dulu mana ada gadget elektronik internet apa segala tu takde. Aktiviti kebanyakannnya outdoor. Main hujan, main mandi sungai, main kawen-kawen hahaha
Day #10 : Best Childhood Memories
1.Main Tepuk Terup
Permainan ni dulu geng lelaki yang selalunya terer. Abang Long aku antara yang otai main benda ni. Terup tu dulu ada macam² gambar kartun yang ada masa zaman tu antaranya Power Rangers, He Man, Thundercats, Masked Rider dan lain-lain. Terup tu pulak akan dibengkokkan sikit dan disusun banyak-banyak. Ikotla berapa banyak yang peserta berani nak bertaruh. Benda ni bukanlah berunsur judi pon sebab takde bertaruh wang ringgit apa pon sekadar suka-suka lawan sapa terer tepuk dan dapat terbalikkan terup paling banyak dia lah pemenang. Pastu kalo tak puas hati jadi bergaduh hahaha
2.Milo Percuma
Ini memori paling lejen pada aku. Siapa yang ada memori Milo Percuma ni kita lahir dalam zaman yang sama lettewwww kehkehkeh. Aku dengan Abang Long aku ada sikit tragedi berkenaan dengan milo percuma ni. Berebut cawan milo percuma tu punya pasal, aku dengan Abang Long aku kena penampar dengan abah aku huhu. Tu la mengada lagi. Siapa suruh berebut. Kes nya masa balik sekolah, aku bawak balik cawan milo percuma tu kononnya nanti nak tanam kaktus dalam tu. Cawan yang aku dapat tu versi yang plastik bukan jenis kertas. Abang Long aku pulak takde pon bawak balik cawan tu. Yerlah budak lelaki mana pedulik pon benda gitu. Bila dia tengok aku dah cuci cawan milo tu pastu aku taruk atas rak elok² tetiba ewah kemain lagi Abang Long aku acah-acah nak rosakkan cawan tu. Aku pon emo lah hape lagi bergaduhlah berebutkan cawan milo percuma tu. Gaduh punya gaduh sampai abah aku yang tengah berehat balik dari kerja terjaga. Aku pulak bergaduh sampai nanges² nak kan jugak cawan aku tu. Abah aku dah tegur dua tiga kali suruh jangan gaduh tapi degil jugak. Last² dapat penampar sorang seliang. Degil sangat berebut. Pastu abah aku campak terus cawan tu ke tanah. Siapa pon tak berani nak amek dah. Leburlah angan² aku untuk tanam kaktus dalam cawan milo percuma tu =P