Juadah Tahun Baru

 


Sempena minggu pertama di tahun baru ni,

kita tunaikan permintaan Bong (panggilan untuk si Adik Bongsu).

Bong kata teringin nak makan nasi ayam tapi nak ayam tu crunchy outside, juicy inside.

Permintaan Bong ni kadang-kadang memang lain maciammm.

Dia ingat kakak dia ni chef ke? 

Tapi tak mengapa, kita cuba usaha dan tunaikan juga.

Bahan dan caranya semua kita tiruvasi saja daripada resepi sedia ada.

--------------------------------------------------------------------

RESEPI NASI AYAM MUDAH DAN SEDAP

BAHAN-BAHAN :

-Beras (ikut pada masing-masing)

-Ayam 1 ekor (ikut pada masing-masing juga)

-Buter, bawang merah, bawang putih, halia,daun pandan, kiub ayam

CARA-CARA :

-Rebus ayam (masukkan halia, bawang putih)

-Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan 

-Masukkan beras yang sudah dibersihkan ke dalam periuk & masuk bahan tumis tadi

-Masukkan kiub ayam, sedikit garam & kunyit (jika suka warna neutral tak perlu masuk kunyit)

-Masak nasi gunakan air rebusan ayam.

-Sementara nasi masak, perap ayam (kicap manis, sedikit sos tiram & sedikit madu : perap 1 jam)

-Untuk sos (tomato, cili merah, cili hijau & sedikit air)

-Dan tambah sedikit air rebusan ayam (perasakan dengan garam, gula, serbuk cukup rasa & cuka)

-Masak hingga kuah menjadi pekat.

-Goreng ayam yang telah diperap selama 1 jam tadi.

-Hidangkan dengan hirisan timun, tomato & salad.

--------------------------------------------------------------------

Buat sendiri lebih jimat & dapat kongsi dengan jiran sebelah.

Tambah lagi kalau jiran-jiran tu ada anak bujang ehhhh~ hehehe


10 comments:

  1. lady dah semakin pandai buat nasi ayam.. hihi.. (tetibe plak)

    terima kasih atas perkongsian resepi nasi ayam... betul2.. buat sendiri siap boleh kongsi dgn jiran2..

    ReplyDelete
  2. Sedap betul la Nasi Ayam ni. Nak masak hari ni tapi tak jadi. Kita masak esok je la nasi ayam.

    ReplyDelete
  3. Masalahnya kakak dia mmg pandai masak macam chef! Akk pun surrender dgn Ana hihi...

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaaa nasi ayam diaaaa

    ReplyDelete
  5. p/s selamat tahun baharu utk ana sekeluarga...

    ReplyDelete
  6. Dah layak bukak restoran ni.
    Cantik hasilnya.

    ReplyDelete
  7. Ayam bahagian paling sedap ni, yumzzzz. Plating pun nampak kemas!

    ReplyDelete
  8. Wahhhh.... presentation mantap...ingat mkn kt kedai td

    ReplyDelete
  9. Cantik kejadian nasi ayam tu ha..Kak SA nak buat jugak la nasi ayam..lama x buat

    ReplyDelete
  10. sedap tu menu nasi ayam di thn baru

    ReplyDelete