Janam Janam | Dilwale
anamizu
16 January
33 Comments
Aku salah sorang yang #demamDilwale jugak sekarang ni. Entah teknik makeup cemana diorang guna tapi aku kagum gila tengok Kajol cantik betul. Ke sebenarnye Kajol minum QuPuteh? Kalah aku yang umur 20an ni. Ehem~ hahaha
sumber : Lyrics Translate
Cerita Dilwale ni pada aku takdelah power mana sangat. Macam rushing pon ade. Aku bukanlah fanatic filem Hindi tapi mostly filem-filem SRK yang meletop memang aku melekat aje tengok tiap kali ditayangkan kat TV.
Filem Dilwale 2015 sebenarnya bukanlah sambungan filem Dilwale Dulhania Lejayenge (DDLJ 1995). Ramai mula-mula ingatkan cenggitu tapi sebenarnya bukan sambungan. Cuma tarikh 19 Oktober 2015 (semasa tayangan filem Dilwale ni, genap 20 tahun filem DDLJ yang 1995 tu ditayangkan selama 1,000 minggu di panggung wayang Marathi Mandir, Mumbai ! Durasi tayangan yang sangat panjang tu berakhir pada 12 Disember 2014). Bayangkanlah sendiri lejen tak lejen filem DDLJ tu start tayang tahun 1995, masa tahun 2014 baru tamat tayangan kat pawagam sana.
sumber : Lagenda Filem Dilwale 2015
SINOPSIS FILEM DILWALE 2015
Permusuhan keluarga antara dua gengster Randhir(Bapa SRK) dan Malik(Bapa Kajol) menimbulkan bibit percintaan antara Kaali dan Meera. Bapa Kaali (SRK) cuba untuk berbaik dengan Malik demi percintaan anak mereka ni tapi si Malik tu khianat dan menyebabkan kedua-duanya terbunuh. Masa kejadian tu pulak, berlaku salah sangka dan pada pandangan mata si Meera, Kaali lah pembunuh bapa dia si Malik tu tanpa tahu bapa dia yang khianat sebenarnya. Mereka berpisah tanpa Meera ni tahu hal sebenarnya yang berlaku.
15 tahun lepas tu, Kaali mengubah identiti dia sebagai Raj dan membesarkan adik dia Veer dengan penuh kasih sayang dan sembunyikan identiti sebenar keluarga mereka. Nak dijadikan cerita, si Veer ni pulak in love dengan Ishita (adik Kajol) dan merancang untuk berkahwin sampai terbongkar kisah silam si Kaali dan Meera hinggakan terwujudnya watak Ramlal dan Pogo disebabkan si Veer ni curious sangat nak tahu segala benda hahahaha
Sepanjang menonton Dilwale ni, aku mengharapkan penamat yang lebih dramatik misalnya Kaali bertempur semula dengan musuh lama dia ke atau paling tidak pun dengan geng dadah di kawasan tempat tinggal dia dan terus membuatkan Veer baru tahu yang abang dia ni ketua mafia 15 tahun dulu walaupun pada pandangan dia selama ni abang dia ni naif je orangnya. Tapi takde scene tu kecuali filem lakonan Jason Statham hehehe
Nak tahu lagi kena layan sendirilah cerita ni. Takpayah pegi panggung. Online streaming je. Hadap je layan sesorang. Nak nanges ke, nak sengeh ke takde nak tercover-cover hahaha