Feveretable : Rainbow Cookies
anamizu
08 February
12 Comments
sekarang ni macam trending pasal rainbow cookiess.. ramai jugak member aku update pasal menatang cookies ni.. pastu pulak kat instagram lagi la ramai pakat update betapa nikmat dan lazatnya RC nih. majoriti depa ni menggambarkan RC ni sangatlah heaven lazat dia. sampai tahap apa pun aku tak tau. expert sungguh markerting teknik diorang nih semua sampaikan aku tergoda.. hahaha
so disebabkan teruja yang amat sangat tentang betapa nak merasanya camna tahap kelazatan RC ni, aku pon tak amek masa lama. aku terus order. sebabnya aku dah round sekitar pekan area tempat tinggal aku ni memang takdak seller jual benda nih. demmmm sungguhla.
dan sebenarnya pulak, kalo aku nak buat sendiri sememangnya tak lah. konfem satgi tak jadi.. hahaha..
aku order dari Wawa hari selasa malam. tengah hari jumaat dah sampai. masa abang posmen datang hantar barang tu aku memang dah agak menatang ni. tengok je saiz kotak dia, lagi bertambah tinggilah level kekonfidenan aku. ahaaakkss ! lepas setel je sign--abang posmen pon dah belah, hape lagi.. seraaaaanng !
hermm aku tak tau nak cakap rasa dia camna. tapi tekak aku merasakannya lazat. sipbaik aku beli dua balang terus. 1 balang ada 50 pcs. satu balang setel aku hadam sorang kat ofis. satu lagi aku bawak balik bagi adik aku si Aiman merasa. sebab niat aku beli ni pon untuk share dengan budak aiman ni. dia la dok provoke aku -- dok buat ayat ceni tiap hari :
"kak... hang rasa rainbow cookies tu sedap dak?"
chitt buat² tanya konon. aku tau hang nak soh kakak hang ni beli sebenarnya. hahaha
*sesapa nak order, request je kat Wawa tu.. pastu mention je dapat tau dari Anamizu. inshaAllah dapat harga terbaekkkk punya ;)