Mengucapkan syukur
anamizu
14 May
11 Comments
bulan mei dah sampai kat tengah. cepat betoi masa berlalu.. alhamdulillah berganjak usia setahun lagi. tua dah lagi setahun =.= semenjak makin tua ni, malam pun dah tak berapa larat nak tongkat mata tido lewat. lepas isyak tu kira nak lena je dah. kalo letak kepala memang tak sampai lima minit terus hanyut punyalah ! ha tudia punya nak habaq mengantuk la konon.
tua tak tua mana la pun. belum masuk three series pun tapi nak kena kata gak la TUA dah. peringat diri sendiri.. lain benda takdak nak cakap apa dah, cuma nak kata Alhamdulillah sebab sampai setakat ni mak abah ada lagi. sihat lagi. buleh merasa masakan mak lagi. buleh begurau senda dengan abah lagi.
sayang mak.
sayang abah.
selamat hari-hari untuk mak dengan abah.
mana yang takdak mak abah dah,
pakat sedekah Al-Fatihah.
inshaAllah semoga dipermudah urusan mereka kat sana. aminn.