Japanese Karaage Chicken

28 July 10 Comments

 



Resepi Japanese Karaage Chicken yang sebenar adalah goreng deep fry tanpa marinate.

Tapi yelah resepi kita, terpulang pada citarasa kitalah nak olah ikut sesedap tekak kan? hehehe

Untuk kalini permintaan Bong nak ayam goreng tapi ada special coating (corn flakes).

Iye cornflakes yang kita guna untuk sarapan & buat biskut raya tu.

Celupkan je daging ayam yang kita potong ikut saiz yang kita suka ke dalam telur.

Kemudian salutkan dengan cornflakes hingga menutupi daging ayam & deep fry kan dia.

Kalau rajin lebih, boleh buat double coating lagi rangup sedap marvelessssss! 

Boleh makan meratah begitu saja, makan-makan panas-panas sekejap saja licin hehehe


Jenuh Tunggu

27 July 9 Comments

 

Anda masih ingat Tragedi Bong Kemalangan ?
Bong adalah panggilan untuk adik Bongsu aku si Aiman.
Kisah pasal kemalangan tu aku pernah kongsi Fuhh Syukur Panjang Umur Bong! 
Tragedi  tu berlaku pada Februari 2024 yang lalu.

Bersyukur sangat Bong masih dipanjangkan umur.
Hanya motorsikal Bong saja 70% (beberapa bahagian pecah & patah).
Disebabkan banyak juga yang perlu diganti, kami nekad untuk claim insurans.

TAPI 

Proses untuk buat tuntutan insurans kemalangan motor / kereta bukan mudah.
Ramai memang sudah sedia maklum, proses akan ambil masa berbulan lamanya.
Dan yesss ia sangat perit jika hanya SATU tu saja kenderaan yang kita ada.
Untuk kes Bong ni, syukur juga masih ada kenderaan lain untuk pergi kerja.
Jadi masih boleh berulang pergi kerja walaupun jiwa gelora memikirkan motor dia.



Dan setelah 5 bulan sengsara menunggu, akhirnya harini 27.07.2024 siap juga motor Bong!
Hantar masuk bengkel Februari 2024 - siap semula Julai 2024 ( 5 BULAN ! )

Mak kata : "Kalau orang mengandung, daripada belum nampak perut, sampai dah nak dekat beranak baru selesai siap motor Bong ni" 

Orang kata kena kerap check dengan workshop tu & insurans tu.
Ye itulah yang Bong & Aku buat.
Kerap pergi check ulang bengkel tu & tanya bila boleh siap.
Sampai Uncle Bengkel tu bagi nombor orang insurans suruh call push jugak.
Aku & Bong call nombor insurans tu tapi harammm tak pernah berjawab.

Takpe takpe. Ini hari engkau buat macam tu kat kami.
Doa orang teraniaya tiada hijab.
Kalau harini kita susahkan orang, nanti Allah balas setimpal silap-silap lebih lagi.

Okay Bong dah boleh senyum lega sebab tenggiling merah dia dah kembali sihat hehehe

Jalan Pasar Pagi

27 July 5 Comments

 



Seronoknya jalan-jalan ke pasar pagi / pasar hari bukan apa.
Dapat cuci mata ada pelbagai jenis ulam yang segar!
Lauk basah macam udang, ketam, sotong & ikan pun segar-segar!

Tak kurang juga segala ikan kering,ikan masin, sotong kering, udang kering.
Segala jenis mak nenek basah dan kering mudah nak cari di pasar pagi.



Tak lepaskan peluang tapaw juga yong taufu tapi perlu kesabaran tinggi.

Nak kena beratur panjanggggg sebelum dapat peluang untuk kutip-kutip yongtaufu tu.

Bukan takda orang lain yang jual tapi kuahnya tu yang "berhantu" & sanggup tunggu.

Pernah beli dari yang lain tapi kecewa kuahnya kurang pekat & kurang menepati selera.


Jantan Keparat

25 July 9 Comments

 


Segala macam rasa marah, sedih, kecewa semua ada bila terbaca perkongsian ni.

Dah lah tak pernah tanggung beri nafkah untuk anak isteri,

Ehhhh suami minta isteri buat loan atas nama isteri - untuk suami beli superbike!

Emang dasar jantan keparat apa ini ya?

Aduhai moga dijauhkanlah ujian sebegini pada keluarga kita.

Permudahkanlah urusan golongan insan-insan yang teraniaya macam ni T__T


Jaga Kesihatan

24 July 13 Comments

 


Terasa baru je lagi aku update berkenaan Maaf Tumpas masa awal Mei haritu.

Dua hari yang lepas, sekali lagi hidung & tekak aku terasa perit.

Ada gejala yang sama jugak macam awal Mei haritu.

Untuk kejadian diserang demam dalam jarak 2 bulan macam ni,

ia agak kurang menyenangkan untuk aku disebabkan belum pernah lagi terjadi macam ni.

Di kalangan rakan sekerja aku, aku adalah antara orang yang jarang demam teruk.

Batuk selsema sikit-sikit tu memang biasalah.

Untuk diserang demam yang sampai pening lalat & perlu baring saja tak boleh buat kerja.

Itu sangatlah bukan aku. 

Hurmmm apakah benar teori konspirasi yang digembar-gemburkan selama ini? hurmmm¬

Jaga kesihatan sahabat semua.



Jadi Beginilah Lauk Orang Kampung

22 July 19 Comments



Lauk ikan puyu goreng rangup cicah cili kicap (terlior masa singgah Blog SA).
Jadi kita tiruvasi menu SA sambal udang petai (tapi takda pic cili kicap) hehehe

Beginilah lauk orang kampung rakyat marhaiennn.
Jika masa hidup di Bendang (Sawah) dulu, Mak & Abah kata makan kena berjimat.
Al-maklumlah bukan orang senang jadi tak boleh memilih.

Apa saja ikan yang boleh ditangkap itulah menjadi lauk.
Apa saja ulam-ulaman di sekiling rumah, itulah dibuat juadah.

Dan mungkin sebab itu juga orang dulu-dulu jarang sakit demam.
Makan semua homemade & bekerja kuat (keluar peluh).

Orang sekarang, kerja banyak duduk (kurang keluar peluh)
Banyak stress, tekanan di sana sini.

Moga dipermudahkan urusan semua dengan kehidupan seharian aminnnnn :)



 

Jaga Privasi Hidup Kita

22 July 16 Comments


Bahagia kita, jangan dicanang sebab bukan semua orang suka.
Senang kita, jangan dicakap sebab bukan semua orang boleh terima.
Baik kita, jangan diungkit sebab bukan semua orang selesa.
Apa yang kita rasa, itu untuk kita..
Apa yang kita buat, itu juga untuk kita..
Kita tak buat untuk orang maka tak perlu nak orang lain rasa..
Privasikan sedikit hidup kita daripada orang lain..
Supaya tidak terkena hasad mata orang..
Kebahagian, kesenangan & kebaikan kita cukup untuk kita & Dia Yang Maha Tahu..