Ok Dah Selesai
anamizu
06 October
22 Comments
Alhamdulillah harini setel Program 1citizen Siri 1--Edisi Oktober yang kamiorang jalankan kat SMK Trolak (SEMETRO), Perak.. Bermula 5 Oktober lagi dah kamiorang mulakan sesi hari pertama dengan penerangan 8 Modul Utama dan jugak sesi membuat Portfolio.. Aku sendiri yang mulakan talk pada hari tu... Kali ni 2 kelas jugak yang terlibat iaitu pelajar tingkatan 4 Sinar dan tingkatan 5 Sinar..
Seawal jam 8.00 pagi lagi adik² tu semua dah ready dalam makmal komputer SEMETRO tu.. Aku dengan 2 orang lagi member sampai agak lewat 15 minit disebabkan kamiorang tersesat dan tak jumpa cari sekolah SEMETRO tu.. maklumlah tak pernah masuk ke Felda tu sebelum ni.. Tapi alhamdulillah dalam pusing² dok cari tu terjumpa jugak... hehe nerves jugakla aku sebabnye aku yang kena bagi talk pagi tu pastu terlewat sampai pulak kan ? Sampai² je kat Lab Komputer tu, semue mata dah memandang kamiorang, manenye tak nerves engko ! =P
Tapi alhamdulillah bila dah dapat pegang mic je, haaa tak hengat engko ! Tu pon sipbaik memang aku jenis set masa tiap kali bagi talk -- aku takkan jauh dengan jam. Tak kiralah jam dinding ke, jam tangan ke or even jam kat henfon.. So aku boleh bajet berapa lama lagi aku perlu membebel kat depan supaya tak terover amek masa.. kehkehkeh
4 Sinar
5 Sinar
Cikgu Amir selaku cikgu IT diorang pon sangat memberi kerjasama sepanjang taklimat program dijalankan.. Dan ekceli aku lebih suka program² camni sebabnye :
1-Bertukar surrounding kerja (takdela kena hadap benda sama je)
2-Pengalaman -- bercakap in public, kerja² manual, ad-hoc decision
3-Berkongsi ilmu dengan komuniti luar
Computer Lab SEMETRO ni dah ok -- komputer baru + flat screen cuma :
1-Takde kemudahan internet / wifi / LAN
Aku doakan adik² SEMETRO jadi anak soleh, solehah dan jangan lupa tanggungjawab sebagai pelajar.. Kalo ikot pada apa yang diluahkan Cikgu Amir tentang sikap kebanyakan pelajar zaman sekarang ni, memang agak membimbangkanlah.. Eventho aku sendiri belom kawen dan belom ada anak, tapi sikit sebanyak aku dah mula terfikir, kalo zaman duaributigabelas sekarang ni pon murid sekolah dah berani belagak dengan cikgu, entah cemanelah nanti sepuluh tahun akan datang..
*Apa itu 1citizen ? Klik sini untuk lebih info