kasut tumit tinggi dan risiko


high heels???
kasut tumit tinggi.
cantik dimata tak bererti indah dihati.
aku tak suka high heels.
penat kaki.


meh nak kongsi satu benda pasal KASUT TUMIT TINGGI.


LONDON: Tindakan memakai kasut bertumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak, mengikut kajian yang disiarkan kelmarin.


Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.


"Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi dengan apa cara - ia tidak berbaloi dengan risiko."

Penjualan kasut bertumit tinggi dan tirus mencatat peningkatan mendadak sejak selebriti termasuk Victoria Beckham, Madonna, Kelly Brooke dan Scarlett Johansson, mula memakainya.

Berikutan Minggu Fesyen London yang bermula Selasa ini, model Agensi Miu Miu dan Mourets dijangka menguasai pentas peragaan dengan mengenakan kasut bertumit tinggi.

Namun, Moy sebaliknya memberi amaran, reka bentuk terbaru itu juga boleh membuatkan rambut gugur.

"Kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah 'perut buncit.

"Oleh itu, mereka memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis. Ia tidak berhenti di situ - leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut ialah hasil tidak mempedulikan cara tubuh anda dicipta untuk bekerja," katanya.

Visceroptosis ialah keadaan pernah dideritai wanita memakai korset atau barut dan kini ia tidak lagi menyakitkan pinggang sebaliknya menjadikan kaki sebagai mangsa.

Moy menambah: "Paling penting ialah masalah besar yang berpunca dari pemakaian kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas tubuh.








FAKTA: Risiko kasut tumit tinggi
  • Jejaskan peluang untuk dapat anak
  • Punca rambut gugur
  • Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
  • Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit
  • Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid






JENIS BEGINI TAKPE KOT













nota : I LOVE WEDGES <--- baik untuk menambah ketinggian ^____^

34 comments:

  1. oo..ade efek ye...bhye 2...

    ReplyDelete
  2. wahhh~ as da 2 taon xpena pakai heels.

    tapi wedges memang xlekang.! ^^,

    ReplyDelete
  3. I LIKE WEDGES TOO...

    ReplyDelete
  4. @adib syazwan:aah bahaye adib..pesan kat awekSS jangan pakai high heels tau..hihi

    ReplyDelete
  5. @As Yusra:cik ana pun cmtu gak..x pakai high heels tp wedges jd plihan..hihi

    ReplyDelete
  6. @Lin Azlina:kak lin! ana pun cmtu gak..suke wedges..maklumla ketot..hihi

    ReplyDelete
  7. Wedges penting!
    Penambah ketinggian :)

    ReplyDelete
  8. bahaya gak ni ek..:(

    ReplyDelete
  9. hehehee..high heels
    nampak anggun tapi selalu terpeleottt
    aduhhh

    ReplyDelete
  10. waa... naseb baek saya xpakai high heels.. =)

    ReplyDelete
  11. asalamualaikum..
    nice info..
    thnk..

    ReplyDelete
  12. aikk..bukan ker wedges pon tumit tinggi tuuuu...hahaha

    ReplyDelete
  13. @Rafidah Farhana:yesss betol3 PENAMBAH KETINGGIAN!! ^__^

    ReplyDelete
  14. @azzey: xdela bahaya kalo kite x pakai heels..hihi~

    ReplyDelete
  15. @Anisa Hang Tuah:TERPELEOTTT<--suke part nih!! hehehe

    ReplyDelete
  16. @Salmiza S.:aah nasib baik cik ana pun x suke gak..ngeee~

    ReplyDelete
  17. @fromjarn: waalaikumsalam wbt..
    thanks singgah ^__^

    ReplyDelete
  18. @apik pehe:WEDGES tinggi gak tapi die mampu support BERAT pemakai sbb tapak die tebal dari HEELS..hihi~

    ReplyDelete
  19. mmg xsuka heels...sbb asyik terpelecok je..huahaha
    p/s:sejak dulu dwarning olh lecture jgn pakai heel xelok utk sistem badan seorg perempuan...

    ReplyDelete
  20. @cik aisha:aah betol3 tu cik aisha..
    memang x elok utk kontur badan gugurl mcm kite2 ni..hihi

    ReplyDelete
  21. Wedges pun sama jugak sebenarnya sebab dia kan tinggi jugak walaupun balance tapi dia bagi efek kat tulang belakang kita. Tapi cik Yana pun selalu gak pakai wedges, kalau pakai flat je, mesti rasa aku la yang paling kerdil dalam Malaysia ni. Hahaha~ dah la adik-adik semua tinggi dari cik Yana :(

    Lots of Love,
    Cik Yana

    ReplyDelete
  22. salam.. saya gelak je bila tengok pompuan pakai kasut tinggi tp jalan tak betul..

    fesyen puny apasal..

    ReplyDelete
  23. @Cik Yana:"mesti rasa aku yg paling kerdil dlm malaysia ni"<--suke part nih..hik3

    aah betol tu cik yana..wedges pun lebih kurang gak efek die..tapi die better sikitlah dari heels yg tajam2 menusuk tanah tu..hihi

    ReplyDelete
  24. @adan: kamu memang suke gelakkan orang ye adan??hihi

    ReplyDelete
  25. AnonymousMay 04, 2011

    Same la kite.. Suke wedges.. Hikhik.. Adoi, part yang susah dapat ank tu. huhu.. Da la salu berangan nak ada anak. hahahaha..

    ReplyDelete
  26. @Anitafasha:hemm tu la psl anith..nak kene lupekan hasrat memakai wedges la kalo gitu..huhuhu

    ReplyDelete
  27. @anamizu
    tak kire!!
    wedges tinggi gak..hahaha...
    bek makan chessy wedges

    ReplyDelete
  28. @apik pehe:amboi3 nak menang gak ek apik??? emm tapi cheesy wedges memang konfem best lah!! hahaha

    ReplyDelete
  29. Mel memang tak suka pakai heels. Last2 bantai flat sandal, sneakers. Ahaha~

    ReplyDelete
  30. @Melda Mohd:aah betol3 mel..
    cik ana pun prefer flat & sneakers lagi drpd heels nih..hihi~

    ReplyDelete
  31. lelaki2 sila jangan pakai. harhar

    ReplyDelete
  32. @nub:hang je yg memang nak pakai kan nub??hahaha

    ReplyDelete
  33. wah, kasut aku 4 inch=10 cm. ehehe.! first time pakai high heel terus beli yang tinggi macam tu.!

    ReplyDelete
  34. @Izbeta Shyah:wahh dahsatnye 4inch first time punye pakai!!hihi~

    ReplyDelete