air mata lelaki | part 2

sambungan dari  : airmata lelaki part 1



lepas dengar je cerita fina, nazmi terus memecut keretanya laju ke rumah zu.  hari sabtu zu memang off. kebetulan zu di rumah.. dengan make up agak tebal dan baju agak singkat zu pun keluar rumah.. seperti sudah ada janji temu dengan seseorang..

"eh hai u! errrrr u tak kerje harini?" tanya zu sambil mengunci pagar rumahnya.terkejut melihat nazmi yang terpacak di depan rumahnya.

"i nak tanya u.. siapa lelaki yang i nampak dengan u hari tu?" tanya nazmi tegas.

"errrrr....lelaki mana?" zu cuba berdalih.

"u tak payah nak drama sangatla.. i nampakla.. even kawan u pun semua dah tahu yang u ni sebenarnye buat i ni jadi spare part u saja kan??" 

"eh sayang... u percaya apa yang diorang cakap tu semua?? diorang tu semua jeles sebab u pilih i untuk jadi wife u la sayang..." sambil tangan zu berjalan lembut ke dada nazmi.

"enough zu enough! mulai harini, u pegi lah berkepit dengan jantan mane yang u nak.. we are finish!" 

"sayang...i..... i boleh explain....." 

"sudahla zu! enough!"
 nazmi menghambur kata-kata tegas. terus meninggalkan zu sendiri.

**********************************
"...ish tak boleh jadi camni. takkan aku nak balik dengan mata merah camni.. konfem mirul bahan aku kaw-kaw karang ni.. " nazmi membebel sendiri sambil  melangkah tanpa arah tuju.. taman tempat dia selalu berjogging jadi tempat dia tenangkan fikiran.. pagi sabtu memang ramai orang.. maklumlah hujung minggu barula dapat luangkan masa untuk riadah.. yang ada keluarga pun masa tu lah nak bawa anak-anak ke taman..
setiap kali fikiran serabut, itulah tempat nazmi..duduk hadap kolam di taman tu sambil bagi makan pada ikan-ikan dalam kolam tu.. tenang rasa sebegitu.
kaki diangkat perlahan.. disebalik kaca mata hitam, mata nazmi masih merah.. masih teringat kata-kata fina.. serabut punya pasal, sampaikan dia off duty harini.. nasib baiklah dah text azri --- partner kerje dia. mintak azri tolong back up..

"hermm.. rupanya  betol la mirul selalu cakap yang perempuan kalo muka cantik, mesti high maintenence pastu bukan bleh percaye! patutla haritu bekepit masa keluar restoran... macam-macam alasan lah konon nak bagi... client lah. kawan kerja lah.. rupenye ke lainnnn! "
merungut lagi nazmi.. bodoh rasanya bila air mata tumpah hanya kerana perempuan jenis begitu..

"weyhhhh! tolongg arrr kejar peragut tu!" agak nyaring suara tu.. 
tapi nazmi tak pasti milik siapa.. kiri kanan ramai orang.. nazmi menoleh.. seorang lelaki berlari melintasi nazmi yang masih tercengang..

"weyhhhh kau ni! tolong tengok je???" sorang wanita tercungap-cungap berhenti betul-betul di depan nazmi..

"err sory encik..adik saya ni memang camni..sory ye encik.. eh dah la lia.. biar je lah peragut tu.. takde ape pon dalam beg tu.." seorang lagi wanita berhenti di sebelah wanita tadi.

"ish akak ni.. senang-senang je nak lepas peragut camtu! hadap sangatla mamat lembik ni! bukan die nak tolong kite pon! pondan betul!" 

"hello sedari.. mulut tu jage sikit.. " balas nazmi..

"errr encik... maafkan adik saya ni.. maaf ye encik.. saye natasya..ni adik saya nazlia" tasya mengatur budi bicara tanda mohon maaf atas kelakuan adiknya lia..

"owhhh adik beradik ke? rugi kakak awak dapat adik macam awak ni.. macam samseng" balas nazmi.

"weyyhhh ni dah lebihh ni!" lia maju selangkah sambil mengangkat tinggi penumbuk.

"ish lia....dah la tu..orang semua pandangla..malu la sikit.." tegah tasya.

"dah la kak jom kite balik!" balas lia tegas. tasya akur. nazmi hanya menggelengkan kepala namun mata tak henti memandang kelibat beradik itu sehingga hilang dari pandangan.

**********************************
"kalo lia jumpe peragut tu,siapla!" 

"ish dah la tu lia.. tak habes lagi ke.." 

"nak habes ape kak.. senang-senang je die rembat barang kite..dah la tu, si mamat tu boleh plak tolong tengok je.. bukan nak tolong kejar ke ape.. pondan betul la"

"lia..tak baik tau cakap camtu.. dia tu bukan taknak tolong tapi akak rasa dia ada masalah tadi tu. sebab akak tengok dia macam blur je masa tu. perasan tak masa kita bercakap dengan dia, dia banyak diam je kan?"  tasya cuba mempertahankan nazmi.

"eee akak ni.nak defend mamat tu plak.dia memang ada masalah.masalah tak reti nak menolong orang dalam kesusahan namenye!" balas lia disertai dengan gelak tawa mereka berdua..

tasya dan lia memang rapat sejak dari kecil.. makan nak sama-sama.. pergi sekolah nak sama-sama.. dah bekerja pun tinggal sama-sama..

"tapi kan lia, akak tengok mamat tu hensem gak tau..entah-entah kan lia, dia single lagi tak.. boleh la akak rekemen  lia kat dia..hehe" 

"akak jangan nak mengade ey..tak kuase la lia dengan lelaki camtu.. macam pondan la kak.. eeee taknakla lia..dah,dah.. baik akak pegi dapur cepat lagi bagus... lapar la kak" lia merengek seperti kanak-kanak kecil..

"alolololo ciannye adik akak ni..lapar ye? meh kite masak meh"

**********************************
"weyhhh mane kau menghilang satu hari suntuk kau tak balik? aku call ofis kau, azri cakap kau off harini.. aku call zu dia tak jawab.. kau gaduh dengan dia ey?" bertubi-tubi soalan mirul.

"emmmm.." keluh  nazmi panjang sambil merebahkan badan ke sofa.

"mi, kau ok ke tak ni? tak pernah aku tengok kau camni.. kalau yang lain, aku tak heran. tapi sampaikan kau off duty satu hari ni, tu yang buat aku muyskil ni.. cube story sikit mi.."

"hemm..aku dah break dengan zu la mirul.. i'm not for her" balas nazmi lalu meninggalkan mirul.

"eh tapi kan kau dah setting majlis kau dengan zu lagi 3 bulan kan???" persoalan mirul tak dijawab.

**********************************
nada dering telefon nazmi menjerit berkali-kali. tapi dia buat-buat tak dengar. malas nak melayan pemanggil tersebut.. ternyata nama "zu" terpapar di skrin.. mirul yang dari tadi mendengar, lantas bangun untuk mengambil dan menyerahkan pada nazmi tapi dengan spontan nazmi menekan butang "silent"...
**********************************
"ala cepat arrr pegi beli tiket tu.. nak tunggu sampai bila lagi?"

"ramai orang lagi arr..jap2 lagi arrr aku beli" balas mirul.

"ish kau ni,nak tunggu orang tak ramai,sampai besok pun tak habes.. meh sini la aku beli." nazmi sudah tidak mahu membiarkan tiket wayang KL Gengster sold out disebabkan mirul tak mahu beratur lama.. nazmi beratur.bersesak-sesak..

"ape kes ni main raba-raba pulak!" suara nyaring itu lagi.. nazmi tercari-cari.. tak salah lagi. memang milik samseng tu.. nazmi tersenyum sendiri.

"kau ape hal main raba-raba orang? nak beli tiket buat arr cara nak beli tiket.. tangan tu simpan arrrr leklok" lia tetap dengan ketegasannya.. tasya yang setia menemani walau kemana saja, tersipu malu. 
nazmi mendekati kedua-dua mereka.

"errr hai..ingat saya lagi?" 

"la mamat lembik ni? mane boleh lupe la.." balas lia menyindir.

"lia....." tasya menjeling lantas satu cubitan singgah ke peha lia.

"eh ingat.. errrr encik ni yang jumpe kat taman haritu kan..?" balas tasya.

nazmi mengangguk tersenyum dan membalas "meh saya tolong belikan tiket. awak duduk la dulu.. lagi pun orang ramai camni memang bahaya sikit..especially PEREMPUAN macam u all  ni " sengaja nazmi menekan perkataan perempuan tanda menyindir lia kerana perwatakannya yang seakan lelaki itu.

lia mencebik bibir sambil menjeling..

**********************************
"sya, cube la kau nasihatkan sikit adik kau ni.. kalau perangai dia tak berubah, sampai bila pun takde siape yang berani nak jadikan isteri tau" mak midah membebel.

"ala mak ni.. orang camni pun sebab nak jage akak.. kalau orang tak garang, nanti kalau ade orang kacau akak ha camne? lagi pun, orang ni takde sape yang nak sebab perangai orang camni, akak tu ade ke yang nak??" balas lia tersengeh.

"amboi...amboi.. sepatah kite bercakap, berbelas patah die balas ye" 

"hehehe..ala mak, bukan mak tak tahu si lia ni.. kalau sampai jodohnye nanti, mesti ade je yang nak  kat anak mak   yang samseng ni kan lia..?" tasya mempertahankan adik kesayangannya.

"ha tengok tu mak. akak pun sokong orang tau!" 

"haah eloklah kau orang berdua.. kau sokong sangatlah adik kau ni sya.. asyik berkepit aje kau orang ni.. mintak-mintak la kahwin nanti pun boleh same berdua sekali..senang sikit hati mak ni ha"

bergema gelak tawa mereka..

**********************************
"kau jangan nak malukan mak mi.. semuanya mak dan ayah dah tempah.. apa mak nak cakap pada tetamu yang mak dah jemput? apa mak nak cakap pada saudara-mara kita nanti? 

"alaaa mak cakap lah memang zu dengan mi dah takde jodoh.."

"amboii senang kau cakap mi..mak tak kira, yang mak tahu majlis tu tetap jalan!"

"mak..tolong la jangan buat macam ni mak.." rayu nazmi.

"tengoklah anak abang ni.. mak tak kira.majlis on!" tegas ibu nazmi.

"ai..anak saya sorang je ke?" ayah nazmi menjeling tersenyum pada isterinya.

**********************************
"aduhhh..masak aku camni..mane nak cari bini within this 3 months?" nazmi membebel seorang diri.
truuttt...truutttt *dering telefon bimbit Sony Xperia  nazmi..

"...jom lunch same jom sayang.." -zu

"cissss! dah bekepit sana sini ada hati nak bersayang-sayang dengan aku lagi.."

**********************************
mee bandung yang dipesan sampai. perut yang memang dah berkeroncong tak dibiarkan lagi.
baru sesuap, nazmi dilanggar dari belakang. terlepas sudu di tangan.
seorang lelaki jatuh tersungkur di depan nazmi.

"ish dari haritu aku rase nak hentak je muka kau ni tau!"

"eh awak, sabar..orang semua tengok ni" nazmi menahan lia.
kolar baju peragut tersebut digenggam sekemasnya.penumbuk lia ditarik sehabis kencang.

"dari haritu aku dah janji,kalau aku jumpa kau lagi,memang nahasla!"
peragut tempoh hari tak henti-henti memohon maaf. menyesal terserempak lagi dengan lia.

"ishh aku kan die ni...! eeeeee!"

"awak..dah la tu.. dia pun dah minta maaf tu.." nazmi menyabarkan lia.
beg tangan diserahkan kembali pada tuannya.

"arhhh! kau diamlah! asal jumpa kau je mesti masalah! ishh!"

"wahhh..cantiknye bahasa. dah la awak kejar peragut tu sampai dia langgar saya tengah makan."

"eleh baru langgar sikit je pun" lia tak mahu mengalah.

"sekarang ni saya tak kira. yang haritu punya salah pun awak tak tebus lagi.."

"yang haritu?salah ape pulak?"

"wahh dah lupe..bukan main sedap lagi panggil orang pondan..dah lupe?"

"oho yang tu..aku rase tu memang fakta" balas lia tersenyum.

"arhh takde.sekarang ni saya nak awak tebus balik kesalahan awak..campur dengan yang awak langgar saya tadi.."

"eleh takde hal lah.cakap je aku kena buat ape.."

nazmi tersenyum..

**********************************
"eh u.. lame i try contact u tapi tak dapat..u pergi mane sayang" zu masih cuba menggoda nazmi untuk kembali padanya.

"sory u.. kita dah takde apa-apa lagi kan.. please leave." tegas nazmi.

"ala u...i mintak maaf sangat..i tahu i salah.. kita mulakan hidup baru ok"

"owhh sory sangat cik zu.. i dah ada pengganti. u cari orang lain ok.."

"u... wedding kita kan 3 bulan je lagi..ape u cakap ni.. u ni suka bergurau kan"

"errr asslamualaikum cik.. minta maaflah.. dia dah cakap taknak tadi kan" lia muncul.

"ehh hello.. who are u nak pandai-pandai interrupt i with my fiance?"

"hello... siapa fiance u? she is my wife to be sekarang.." nazmi memegang tangan lia.
terkedu lia namun lia hanya membatu.

"eeee yang macam jantan ni yang u nak buat isteri ke sayang??? boleh ke nak bagi u anak nanti.." balas zu sambil ketawa mengejek.

"eeee cakap main sedap anak tekak je kau ni kan? kau nak rasa makan nasi guna tiub la ni kan?" lia siap menggenggam penumbuk.

"eh awak..dah la tu..biarkan je la perempuan tak malu ni..jom kita pergi makan sayang" nazmi menarik tangan lia.

zu terlopong sendiri.

**********************************
"kenapelah kan lelaki suka sangat lah dengan perempuan gedik macam tu? ish tak faham betul aku lah" lia membebel. cornetto chocolate di tangannya.
comel.
nazmi yang memandu tersenyum.

"awak.. bukannya lelaki suka perempuan macam tu.. tapi sebab tak jumpa perempuan yang sepatutnya.. by the way, awak belum tebus lagi kesalahan kedua awak.."

"eh tadi bukan aku dah tebus ke? kau siap cakap aku tunang kau.aku diamkan je.kira dah tebus lah tu kan"

"itu baru tebus kesalahan pertama. ini kesalahan kedua." nazmi senyum nakal...


-bersambung part three..kehkehkeh



8 comments:

  1. hahaha..menarik jalan cerita ni.thumbs up !

    ReplyDelete
  2. menarik , syok bace . cepat laa part three ! hehe

    ReplyDelete
  3. ciptaan sendriri ker??? nice...

    ReplyDelete
  4. bleh wat novel ni...jom la sy offer ni...

    ReplyDelete
  5. nti baca. like dulu.. nak terjun sungai cari ikan dah ni huhu :P

    ReplyDelete
  6. lelaki cepat cemburu ek???hehe atau perempuan lagi cepat cemburu..

    ReplyDelete