"...Setiap
kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya.
Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan
kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss lah hari-hari dia
bersama buah tangan untuk kami.
Dan,
setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya.
Lapar katanya...
Suatu
hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya
sesuatu kepadanya...
''Hmm...
Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni...''
''Ya
sayang... Apa dia? Tanyalah... '' jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan
ulam.
''Tengahari,
Abang memang tak makan kat ofis ke...?? '' soalku lembut.
''Ermm
tak. Kenapa sayang?'' pendek dan ringkas jawapan dia.
''Takdelah.
Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga
berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah saya
masak ringan-ringan. Penatlah bang...
''Dengan
si kenit ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, kain baju berbakul-bakul
yang nak kena basuh, jemur dan lipat... saya kadang-kadang stress...''
Satu-satu
aku susun perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada cakap, tugas
memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami. Jadi, tak salah rasanya
aku meluahkan perasaan. Lagi pun, aku minta tak masak je. Tugas-tugas lain aku
buat. Harap sangat dia faham.
Dia
memberhentikan kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa,
ditelannya terus. Kali ini, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia
berbicara, secangkir senyuman dia hadiahkan untukku. Manis...
''Sayang,
abang minta maaf kerana menyusahkan sayang. Abang tak tahu sayang penat. Kalau
abang tahu, abang takkan minta sayang masak...''
Dia
berhenti seketika mengambil nafas lalu menyambungnya kembali...
''Hmm...
Ada 3 perkara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan
tengahari...''
3
perkara? Apakah ia? Dalam debaran aku menanti dia memberitahu 'rahsia'
tersebut.
''Pertamanya
ialah kerana... Abang rindu nak makan masakan dari hasil air tangan isteri
abang. Masakan sayang sedap. Tiada kedai yang mampu menyaingi kesedapan masakan
sayang... ''
Allah...
aku tersentap. Begitu mulianya hatimu wahai suami. Bersalah pulak aku rasa...
dek kerana menyuarakan perasaan penat yang tak seberapa tadi. Belum sempat aku
meminta maaf, dia menyambung lagi...
''Kedua...
kalau abang makan tengahari, kenyang itu akan sampai ke malam. Jadi, bila
pulang ke rumah, abang mungkin takkan makan lagi. Untuk tidak mengecewakan
sayang, abang sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri
tercinta abang ni...''
Saat
itu, aku dah hampir tewas. Tewas dengan air mata yang ingin berlumba-lumba
keluar dari bingkisan kelopak ini. Namun aku cuba menahannya sehingga perkara
ketiga diberitahu suami...
''Dan
ketiga ialah kerana abang tak ada duit. Duit makan tengahari abang, abang
simpan. Abang simpan untuk belikan sayang dan Una 'hadiah' ketika mana abang
pulang di waktu petang...''
Kala
itu aku terus menerpa ke arah suamiku. Tangannya yang masih basah dengan kuah
aku capai lantas ku cium memohon kemaafan darinya. Berdosanya aku...
''Takpe...
Sayang tak buat salah pun dengan abang. Abang yang salah kerana menyerahkan
tanggungjawab memasak kepada sayang. Besok In syaa Allah, abang masak sendiri
k. Dah... jangan nangis...''
Sebak
suaranya sambil memujuk aku.
Dalam
esak tangisan ku itu, aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sanggup aku
mengiyakan permintaannya. Dia yang seharian penat bekerja dan 'berpuasa' tak
sepatutnya aku layan sebegitu rupa. Oh Allah... Ampuni aku dan rahmatilah
suamiku...
Sebagai
renungan bersama. Semoga kita sama-sama dapat muhasabah diri.
Utk
para isteri terutama surirumah sepenuh masa, bersyukurlah.
****************************
Alamak ai.. moga-moga dijauhkanlah. Sebolenya nak jadi isteri yang solehah sebaik-baiknyalah untuk hasben masing-masing ye dak? Errr... errr... walaupun belum bersuami lagi, moga-moga nanti kita-kita ni jangan mengeluh lah ye hehehe
Suka cerita ni. Deep. Tq! VitaminSuci.
ReplyDeletemesti hsben akak sweet cenggini gak hehe
DeleteKita ada baca gak hari tu
ReplyDeletehaah ana trbaca kat fesbuk
Deleteperghh....syukur jika dapat suami begini...klaua suami yg mkn tghari tetapi mlm still nak mkn lagi mcm mana tu...masaklah sendiri ye heeee
ReplyDeletehehe xpela sis JM, selagi mana dia sudi nk mkn masakan kita, ok ape hehe
DeleteSweet husband dia.
ReplyDeletenanti dah ada wife, cuba buat cenggitu bro ley.
Deletesubhanallah...romantik btl husband mcm ni...
ReplyDeletetu la. Una nanti cari cenggini k hehe
DeleteAssalam ana,
ReplyDeleteakak ni tetiap hari balik kojer mesti nak pulun masak
lepaih ja makan malam harini teruih tanya suami sok malam nak makan apa
h3
bukan akak nak kata akak ni isteri yang baek
tapi ka, rasa bahagia dia laen sangat kalo dapat masak untuk orang yang kita sayang
penat memang penat
tapi hilang bila nengok suami n anak makan tau3
wahhhh besnya kak. tu la kan, mg rasa puas bila tgk hsben n anak mkn hasil kita msk hehe
Deletebgs nyer suami mcm niiii
ReplyDelete