Kisah
ini dikongsikan oleh Doktor Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah yang menceritakan
pengelamannya menemui lelaki yang tidak berhati perut ketika isterinya baru bersalin.
Hanya kerana tidak mendapat anak lelaki yang diinginkan, lelaki itu sanggup
menyakiti hati si isteri dengan kata-katanya yang tidak masuk akal.
Sang
suami & anak lelaki
"...Selepas
tamat pengajian pada 2004, saya menghabiskan housemanship (internship) saya dlm
Jabatan Perubatan & Pembedahan di Ireland. Pulang ke Malaysia , saya
menyambung housemanship selama 4 bulan dlm Bidang Perbidanan & Sakit Puan.
4 bulan yang penuh pengalaman yang sukar dilupakan
Wanita
yang sudah ada 2 org anak, hamil anak luar nikah dengan kekasihnya. Remaja 15
tahun yang dirogol bapa tirinya, hingga melahirkan anak.
"Single
parent" yang lari dari wad selepas melahirkan, meninggalkan bayinya di
wad. Wanita yang sukar hamil, selepas 10 tahun bernikah akhirnya hamil tetapi
kehamilan yang sgt mencabar kerana berat badannya hampir 120kg.
Pengalaman
"diterajang" di bahagian perut oleh pesakit yang kesakitan hendak
melahirkan, sedangkan ketika itu saya juga hamil.
Tetapi
ada satu pengalaman yang betul-betul membuat saya marah.
Seorang
wanita, bersabung nyawa melahirkan anak ke tiga, dengan suami di sisi. Sempat
suaminya berkata dengan saya, "Harap-harap dapat anak lelaki. Sebelum ini
dah 2 orang perempuan".
Saya
hanya tersenyum, dalam kesibukan membantu ibu muda itu. Dalam hati saya, apa
yang penting ketika itu adalah nyawa ibu dan bayi itu.
Sebaik
sahaja bayi comel itu lahir, saya dan jururawat bertugas mengucapkan syukur
Alhamdulillah. Terlihat wajah gembira dan lega pada si ibu.
Berbeza
dengan si bapa, apabila dia melihat anaknya perempuan. Takkan saya lupakan
kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.
Katanya
,"Terpaksa cari isteri baru lah macam ni. Nak dapat anak lelaki,"
sambil tersenyum kelat.
Tiada
ucapan terima kasih utk si isteri yang baru sahaja menanggung kesakitan
melahirkan zuriatnya.
Tiada
kucupan tanda kasih buat si isteri.
Yang
ada hanya kata-kata yang pastinya menyinggung hati pasangannya.
Saya
tidak dapat menyembunyikan wajah marah saya. Saya kerling si ibu muda yang
masih keletihan, sedang dibersihkan oleh jururawat selepas uri dikeluarkan. Dia
cuba tersenyum kepada saya, seolah berkata "Tak mengapa, doktor."
Saya
keluar dari bilik itu secepat mungkin sebelum saya berkata sesuatu yang saya
mungkin kesali kemudian hari.
Kalaupun
sang suami itu mungkin tidak mengetahui bahawa hanya chromosome X dan Y darinya
yang bakal menentukan jantina anak, bukan salah sang isteri anaknya semua
perempuan, bukankah sebagai seorang yang beriman, kita wajib meyakini itu semua
qadha & qadar Allah?
Jangan
rendahkan diri serendah orang jahiliyah seperti yang dikecam Allah dlm Surah
An-Nahl.
Allah
Maha Mengetahui apa yang terbaik buat iman kita..."
Kalau aku di tempat doktor tu rasanya aku mungkin akan cakap direct kat sang suami tu. Mungkin si suami perlu tahu sesuatu yang sangat penting yang selama ini dia hanya tahu salahkan si isteri tu saja sobsss sobsss
emmm sedih....ternangis jugak lah sebenarnye....mgkn sb mmg hati ni pun tengah sedih...:(((((
ReplyDeleteEiiii sampai hati laki dia buat macam tu
ReplyDeleteKufur nikmat...jangan...jangan kufur nikmat..takut nanti Allah terik semua rezeki depan mata..
ReplyDeleteAku tahu dunia kita macam ragam, tapi sangat tak sangka ada juga jenis manusia macam ni ye...
ReplyDeleteSedihnya dunia.
Faith in humanity destroyed!
kalau nk kawin lain pun rasanya xperlu kot guna itu sebagai alasan...smpai melukai hati isteri sendiri....
ReplyDeletelelaki x beriman gittew lah jadinya
ReplyDeleteLelaki kufur nikmat! Fullstop!!!!!!
ReplyDeleteapalah salahnya anak lelaki or pompuan..anak itukan pembawa rezeki...haish, kalau Cik Mimie memang sembur depan2..
ReplyDeleteAssalam ana,
ReplyDeleteurat putus tu lelaku tu :P