"...Tidak sampai tiga bulan jenama Ayaq - Warisan Kampung Citarasa Moden yang diusahakan
tiga bersaudara Asyraf Suhaimi, Mohd Suhaidi Suhaimi dan Khairul Azhar Suhaimi
telah berjaya menambat hati penggemar kopi dan teh di sekitar Lembah Klang dan
Perak.
Nama
Ayaq dipilih memandangkan ia berasal dari Bagan Serai dan penduduk di daerah
itu sering menggunakan loghat Utara dalam pertuturan harian mereka.
Pengasasnya,
Asyraf, 25, berkata, idea untuk mengkomersialkan Ayaq ini tercetus apabila
mereka ingin ‘berkongsi’ kopi dan teh yang dijual di warung milik datuk mereka
di Kampung Sungai Bogak, Bagan Serai sejak 50 tahun lalu.
Menurutnya,
setiap hari selepas pulang dari sekolah dia akan singgah membantu di warung
datuknya untuk membuat air kopi dan teh.
“Dari
situ saya mula belajar resipi yang digunakan datuk untuk membuat kopi dan teh.
Kemudian,
saya terfikir untuk mengkomersialkan produk itu untuk dijual kepada peminat
minuman tersebut.
“Kami
mengekalkan resipi yang digunakan iaitu rasa tradisional asli kopi kampung
tetapi dengan gaya persembahan berbeza menggunakan konsep pembungkusan baharu
mengikut citarasa terkini.
“Produk
kami dibuat secara tradisional tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet dan ia
boleh tahan antara empat hingga lima hari jika disimpan di tempat sejuk,”
katanya.
Katanya,
Ayaq mengeluarkan tiga jenis produk iaitu Ayaq Kopi (Black), Ayaq Kopi (Putih)
dan Ayaq Teh yang dijual dengan harga RM5 dalam botol 450 mililiter.
Pemegang
Ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ini
memberitahu mereka amat menitikberatkan kualiti setiap botol air yang
dihasilkan agar rasanya sama seperti 50 tahun lalu.
“Sejak
Ayaq diperkenalkan kami berjaya menjual antara 3,000 ke 4,000 botol sebulan dan
dalam tempoh enam bulan akan datang kami merancang untuk meningkatkan skala
pengeluaran serta meluaskan pasaran ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak.
“Selain
itu, kami merancang untuk mengeluarkan produk lain berasaskan kopi dan teh
mengikut selera pengguna,” katanya.
Asyraf
berkata, pada masa ini, produk tersebut boleh didapati di beberapa kafe sekitar
Lembah Klang serta program jualan barangan jenama anak tempatan seperti
Tempatan Fest.
“Kami
juga pernah menghantar produk kami di beberapa kafe di Ipoh.
Namun,
pada masa ini, mereka yang ingin mendapatkan produk ini boleh berurusan dengan
kami untuk menguruskan penghantaran di sekitar Kuala Lumpur, Ampang dan Wangsa
Maju.
“Penghantaran
kami terhad bagi memastikan kesegaran
dan keasliannya terjamin. Kami akan memperluaskannya ke tempat lain dalam
tempoh terdekat,” katanya.
Sumber : Sinarharian
Aku mula tawu pasal Ayaq Kopi ni masa aku sibuk-sibuk dok meng'scroll' instegrem haritu. Masa tu aku dalam seminar hall kat Ipoh 8 Ogos haritu. Macam biasalah kalo pegi kursus, masa tu lah mata memang ngantuk gila. Kebetulan jugak masa tu ada event #WeekendAtThePark kat area Kinta Riverfront. Lepas Zohor dah mula program tu sampailah slot paling last dengan FynnJamal. Aku boleh jadi TERpegi ke sini pon sebab member aku sorang tu memang minat gila dengan FynnJamal. Mulanya tengok schedule slot FynnJamal tu pukul 10.20pm tapi tunggu punya tunggu pukul 11.30pm gak la baru sampai turn dia keluar. Dah la dengan hujannye. Payung pulak tak bawak. Gigihkan jugakla aku temankan si member aku sorang nih. Kalo aku bawak kete sendiri mau aku blah dah masa tu tapi memikirkan aku tumpang dia layankan ajelah kehkehkeh
Ehh nak citer pasal AYaq Kopi tu. Walaupun harga dia 5hengget sebotol tapi rasa dia memang padu! Sipbek aku bukan peminat kopi, beli sebotol tu pon jenuh aku nak perabeh tu pon paksa member-member tolong rasa (pada hal nak mintak depa tolong habehkan) =P
Wahhhh macam sedap ni :D
ReplyDeletewahhhh nak try la.. huuu :) dahnya gila kopi ni.. hehehe
ReplyDelete**lamanya xsinggah sni .. rinduuu..heee
Ayaq ni macam agak famous juga dalam kalangan kawan-kawan saya. Diaorang asyik upload dekat instagram je.
ReplyDeleteRs bangga bila tgk ank muda melayu islam yg success begini!!
ReplyDeletewauuuu menariknya, pos mai satu... hehehe ;3
ReplyDeleteBotoi dia hipster sangat. Hahaha
ReplyDeletebaru first time dgr pasal ayaq kopi n teh ni..hehehe:) sayangnya Cik Mimie tak minum..hukhuk
ReplyDeletedh lama x minum kopi
ReplyDeleteAssalam ana,
ReplyDeletehe3
akak pun bukan peminat kopi
kalo teh tu layan la he3