Kisah berdasarkan pengalaman Tuan Fadzil Khairi mengenai kehidupan sebagai seorang jurutera. Walaupun mempunyai gaji yang besar namun...
"...Saya baru masuk kerja di tempat baru sebulan yg lalu bersama seorang lagi rakan setugas. Kami lapor diri pada tarikh yg sama. Cuma beza sy dengan dia adalah, dia jurutera elektrik merangkap executive dan sy pula seorang technician merangkap non executive. Gaji kami juga of course ler berbeza, dia RM 4k dan sy RM 4k dibahagi dgn 4.
Kami memang banyak perbezaan seperti bezanya buaya dengan cicak. Selama sebulan kami berada di tempat baru, sy banyak memerhati perubahan pada dirinya. Kalau awal-awal dahulu dia banyak tersenyum, bersemangat dan begitu exited memulakan kerja di tempat baru, kini dia banyak bermurung dan menyendiri di depan laptop. Waktu rehat pn masih di depan laptop menyiapkan report-reportnya yg semakin beranak pinak seolah-olah baru lepas makan pil kesuburan.
Baru-baru ini dia datang memanggil sy untuk mengopi. Kami berbual panjang. Dia bertanya sy, camana kerja. Sy menjawab, Alhamdulillah baik-baik shj. Sy mengopi paste soalan yg sama buat dia, dia menjawab ," ntah la Dil, aku ni presure sebenarnya. Keja kat sini tough gila. Patutlaa depa bayar gaji tinggi. Aku da dekat sebulan balik rumah jam 8-9mlm. Paling awal jam 7 ptg. Client kat sini kejam2 belaka macam Joker filem Batman. Patutlaa engineer sebelum ni berenti. Eh ko kalau ada dengar tempat lain ada kosong, bagitau laa aku... aku lama2 kat cni blh kena tekanan mental" Aku menjawab, "insyaallah nanti sy rikki".
Ya inilah kehidupan kebanyakan engineer, executive dan orang-orang yg bergaji besar. Jawatan ini dibayar gaji mahal bagi menanggung beban-beban ini. Jawatan ini memerlukan mental dan spritual yang kental seperti gunang Tahan yang 'tahan' dimaki, dicaci dan dikeji kalau buat silap. Waktu belajar dl pun pening kepala dan bila dah kerja pun kepala boleh jd migrain.
Dulu pn sy seorang engineer. Sy mempunyai 4 org sahabat baik sewaktu belajar. Kesemua blh dikatakan cemerlang semasa dalam pengajian kejuruteraan ini. Sekarang hanya seorang shj yg masih bertahan sebagai seorang engineer iaitu Hamidi Mohd Zin , engineer kilang besi di johor. Dia kata kepalanya sekarang sudah seperti besi dan sedang mengushar lubang2 rezeki di tempat lain. Rakan2 sy yg lain hanya bertahan buat beberapa ketika menjadi engineer, kemudian masing2 telah mengubah profesyen dan ada yg menjadi cikgu tuisyen, peniaga online dan technician kilang cetak. Kesemua mereka ini sudah tidak mampu bertahan di dalam profesyen 'anjingneer'.
Sy pula sempat bertahan utk beberapa tahun sebagai engineer bangunan. Ya, hati sy hati tisu, namun x lah seteruk hati sharnaaz dlm filem 'suamiku en sotong'. Hati sy sempat bertahan seperti hati Hamidi si enginer kilang besi disebabkan beberapa faktor seperti sokongan isteri, anak2, hobi dan binatang peliharaan sy.
Binatang peliharaan? Ya. Ia mujarab menurunkan paras abnormal seorang jurutera. Dahulu untuk me'relis'kan tension yg ada di tempat kerja, sy membela beberapa ekor binatang seperti arnab jenis anggora, kura-kura, udang jenis lobster, hamster dan ikan. Rumah sy tidak ubah seperti mini zoo dan selalu shj berperang dgn istri sy ketika mencuci kediaman binatang2 ini. Sy menghabiskan duit mencecah 1 ribu ringgit utk setup, maintanence dan membeli makanan binatang-binatang ini semata-mata utk menurunkan paras tekanan engineer di tempat kerja.
Setiap hari sy menghabiskan masa sekurang2nya 10 minit menatap binatang-binatang ini sebelum menyarung uniform engineer. 10 minit ini berupaya memberi ketahanan selama 9 jam +++ di pejabat. Balik rumah, sy memerlukan hampir sejam masa utk dihabiskan bersama binatang2 ini. Hobi ini sy 'share'kan bersama anak2 sy. Ya kanak2 sgt suka dgn binatang peliharaan. Kini anak bongsu sy, Ummu Athiyyah, 10 bulan sangat obses dgn ikan peliharaan sy. Sy ajarnya memegang ulat roti dan memberi ikan makan. Sy biarkan dia mengambil kesempatan bermain air aquarium sehingga bajunya basah lenjun. Seronok melihat anak kita enjoy dgn rutin hariannya yg lain sedikit dr kanak2 lain. Bila anak kita hepi, kita juga akan turut hepi dan paras abnormal seorang jurutera juga akan ikut menurun.
Benar naluri manusia inginkan ketenangan. Sapa yg sukakan tekanan? Cuma ramai yg memilih utk hidup tertekan semata2 utk memiliki gaji lebih di akhir bulan. Sebab tu Allah telah tulis formula mendapat hati yg tenang di dlm quran. Firman Allah yg maksudnya " ... Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" ( surah Ar-Ra'd ; 28 )
Adakah kita tenang dgn kehidupan kita hari ini? Pekerjaan kita? Rumah tangga kita? Ibadah kita? Sy masih belum tenang sepenuhnya. Alangkah bahagianya org2 yg jiwanya sentiasa tenang.
Teringat kata2 almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, "bahagia bkn datang dr harta yg banyak, tetapi pada jiwa yg tenang. Tenang ini bukan boleh dibeli di market, tetapi ia datang dr Allah..."
*******************************************
Bukan senang untuk senang. Bukan susah untuk susah. Setiap sen yang dibayar pada kita, bukan semudah ABC je kita kena hadap. Allah bagi kita segalanya tak pernah kita diminta bayar walau satu sen pon. Tapi kita selalu take it for granted kan?
Moga-moga kita sentiasa dekat denganNya. Aminnn :)
TERINGAT PULAK TOK GURU NIK AZIZ CAKAP "MENGINGAT MATI TU BREK KEHIDUPAN"...MENDALAM TU SAYA INGAT SAMPAI SKRG
ReplyDeletepesan Tok Guru mmg selalu jd ingatan.
Deleteinsaf kann ;p tq
ReplyDeleteinsaf wak hehe
Deletebiar kaya harta dan iman :D
ReplyDeleteyg tu yg susah nak ada kan nani :D
Deletebuat kerja sebagai engineer je susah...belajar pun susah..tapi tap ape.itu bahagian yang Allah dah tetapkan..sebab Allah tahu dia mampu untuk buat...dan inshaa Allah kalau kita lalukan sebab Allah,mesti Allah mudahkan
ReplyDeletebetul tu Una. yakinlah Allah dah tetapkan sebegitu kan. Dia maha tahu.
DeleteAssalam ana,
ReplyDeleteya betui,
bila dibayaor gaji 4K kojernya macam 5K
seb baek la gaji akak ciput
so less brain usage & stress gitew he3
wslm kak. hmm zaman skrg ni mmg byk cmtu la kak..
Deleteyg penting illahi taala
ReplyDeletehaah betoi tu kak anis.
DeleteThanks share entri ni. Insaf aku....Memang betul pun, kerja biar ikhlas kerana Allah, biar ada niat nak contribute to society walau apa pun kerja kita....Tapi kadang2 kalau dah tak tahan sangat pun elok jugak cari kerja lain yang lebih sesuai....Kat mana2 pun rezeki Allah ada. Cuma kena sentiasa ingat Allah dan doa biar rezeki diberkati. Insyaallah hidup tenang...
ReplyDeletetu la. tambah2 dgn tekanan hidup zmn skrg ni dtg dari segala segi. kalau tak berbalik pada Dia, tu yg kdg2 smpai ada yg gila meroyan tak tentu arah. mintak dijauhkanlah.. pastu apa jugak kerja kita, biarlah ada sedikit sumbangan utk insan2 lain. Kita tak tawu kan nasib kita kat sana nti cemana. mana la tawu kot2 sekelumit kebaikan yg pnh kita buat kat dunia ni, yg tu la jd penyelamat kita kan.
Delete