Allah Buka Pintu Rezeki


Ramai wanita inginkan lelaki yang kerja stabil serta kukuh kewangan tapi sedikit wanita yang sanggup menerima apa pun pekerjaan lelaki dan sanggup bersusahpayah bersama.
Sebenarnya kita tak yakin dengan Allah. Kita takut tak boleh hidup. Kita lupa yang memberi rezeki itu Allah. Kerja biasa-biasa ke kerja tetap asalkan rajin bekerja dan berusaha untuk terus berjaya. Allah yang nilai setiap usaha yang kita lakukan.
Rezeki ni kita tak dapat duga. Kalau dulu kerja kurang bagus sekarang dapat lebih bagus.
Pada yang baru bertunang pun Allah dah buka pintu rezeki apatah lagi selepas berkahwin.Sesungguhnya pernikahan itu membuka pintu-pintu rezeki.

Doakan untuk kia-kita yang bujangan ni ye ;)


19 comments:

  1. REZEKI tu dari Allah....

    ReplyDelete
  2. betul sangat ana..kak wana setuju..susah senang bersama..rezeki tu boleh dicari..yang penting usaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan kak wana. susah senang bersama.

      Delete
  3. Amin..carilah yang sanggup susah dengan kita..kerana yang bersama ketika senang tidak perlu dicari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. waktu susah lah paling susah nak ada teman yg sggup bersama.

      Delete
  4. Amin....Ye2 saya setuju dengan entri ni. Rezeki Allah yg bagi. Walaupun nampak kerja stabil dan kewangan kukuh namun x mustahil segalanya boleh ditarik balik dlm sekelip mata. Jadi, kerja la dgn ikhlas. Insyallah rezeki tu berkat. Biar x byk asal berkat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bro ley. kerja stabil emane pon blm tentu kekal. pinjaman je semua tu :)

      Delete
  5. Bak kata cikgu aku,
    "Kalau kita kahwin sebab rupa, pangkat dan harta, akan datang bila rupa pangkat dan harta dah tak ada, mana kita nak pergi?"

    Keberkatan dalam kehidupan tu yg penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kata cikgu hang tu cEro. alau itu yg jd sebab, bila semua tu dah takde, so hilang jugakla rasa kasih.

      Delete
  6. Replies
    1. jangan senyum manis sangat amir. kena kencing manis kang yg memandang. ahaakss

      Delete
  7. Parents saya masa kahwin dulu-dulu takde apa-apa pun. Memang diaorang susah senang bersama-sama. Alhamdulillah, sekarang ni makin murah rezeki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. parents kita memang byk susah senang bersama kan. kisah hidup diorang boleh inspire kita yg muda remaja ni hehe

      Delete
  8. Assalam ana,
    fokus & permintaan kita manusia ni berbeza2
    akak nak share sket
    akak ni kira blajor tinggi la jugak
    hubby spm ja
    koje pun despatch hokeyh
    tapi lepas kawen Alhamdulillah
    hubby dapat keja indah water
    rezeki makin murah
    setahun kawen alhamdulillah dapat beli rumah
    kereta pun dah abes bayor
    alhamdulillah allah bagi rezeki lepaih kawen
    yang penting usaha, ikhtiar & tawakal

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm kak. wahhhh dipermudahkan segala urusan akak & hsben kan. murah rezeki :)

      Delete
  9. kena percaya rezeki daripada Allah SWT...insyaAllah rezeki akan muncul tanpa disangka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul Deanna kena percaya rezeki daripada Allah :)

      Delete
  10. setiap apa yg kita peroleh dan nikmati = rezeki . kata ustz Don

    ReplyDelete