Na, Mintak Tolong...

Macam biasa.. Tempat kerja aku ni dah memang jadi tempat wajib untuk cecikgu terutamanya cikgu tadika mohon pertolongan sebabnye majoriti cecikgu tadika di kawasan sekitar kawasan kampung aku ni, cikgu-cikgunya berusia hampir 40-50 tahun. Maka dengan itu, apa saja yang melibatkan kerja-kerja pengkomputeran mesti terus datang ke tempat kerja aku ni sebab alasannya cuma DUA:

iaitu TAK PANDAI GUNA KOMPUTER dan TIADA MASA. 

Untuk tahun ni, aku diminta untuk tolong designkan brochure 
untuk hari pendaftaran murid tabika 
kemasukan 2016 nanti. MINTAK TOLONG DESIGNKAN okay. 
Untuk pengetahuan engkorang semua, aku memang takde ambil sebarang jurusan komputer ataupun design atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Aku jenis explore je selagi boleh. Dan untuk itu, demi membantu cecikgu tadika sekitar sini, aku tak kenakan sebarang charge pun selalunya. Artwork & Design (yang tak seberapa daripada kepala hotak aku tu aku tak charge apa pun kat deme)

Aku ni jugak ada satu kelemahan : SUSAH UNTUK MENOLAK KALAU ORANG MINTA TOLONG (depends jugak tolong dari segi apa. kalau melibatkan kewangan memang aku tolak tanpa was-was. hahahaha) 

Entry kalini panjang lebih sikit daripada biasa. Kalau sanggup nak baca, boleh la klik readmore. Kalau tak sanggup, takyah teruskanlah kehkehkeh




Aku sebenarnya takde masalah apa pun untuk tolong sesiapa saja yang datang membawa hajat besar ke tempat kerja aku ni. Selagi mampu, sedaya upaya, memang aku akan tolong jugak selesaikan mana yang boleh. Cuma satu perkara je aku cukup pantang kalau datang minta pertolongan aku iaitu :

MINTA TOLONG MERAYU-RAYU PASTU JENIS PAKSA MINTA SELESAIKAN SEGERA TANPA ADA SEBARANG BAYARAN PUN DAN MEMERLUKAN AKU KETEPIKAN KERJA-KERJA HAKIKI AKU 

Haaaa nampak tu aku capslockkan semua. Macam aku bagitahu awal tadi : aku memang takde masalah apa pun kalau sesiapa jugak datang mohon pertolongan tapi jangan jenis memaksa. Dah la datang tempat orang - minta tolong pulak tu - pastu paksa pulak nak segera disebabkan dia nak kejar dateline dia. 

Perhhh! Engko kira dateline engko aje. Dateline aku ni tak kira pulak ye? Kalau paksaan tu disertakan dengan sekeping dua note Lima Puluh Ringgit Malaysia ke takpelah jugak nak paksa atau push aku untuk setelkan segera. 

Iye aku faham kalau kita bantu insan yang memerlukan pertolongan, pahalanya besaaaarrrr. Tapi, kalau sampai aku perlu ketepikan kerja-kerja hakiki aku (yang aku dibayar gaji untuk itu), so wajarlah aku perlu buat pilihan yang bijak sikit kan ? 

  
Dan aku bebel-bebel je sebenarnye, pada hal aku tolong jugak. Aku setelkan jugak segala benda yang orang minta aku tolong walaupun bukan bidang aku nak buat segala mak nenek designkan semua tu wakakaka

Ini hasil brochure yang acah-acah aku 'design' sangaaattt tu kan kehkehkeh. Aku mana pandai editing dan design hape segala bagai tu. Aku hasilkan benda ni pun guna Microsoft Office Powerpoint aje. Banyak pulak masa aku nak godek segala Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan segala mak nenek adik beradik dia yang lain tu. Ini je yang aku reti dan dapat tolong selesaikan SEGERA tanpa sebarang charge kecuali untuk printing tu aku charge lah.


Dan lagi, bukan sahaja aku kena tolong designkan brochure, aku jugak kena tolong scan - edit - printkan sijil (untuk berpuluh kanak-kanak tadika kelas berbeza dengan nama-nama yang PanjangPastuEjaanPunBolehTahanUnikNakMengejanya)

Pesen cecikgu kat sini, bila sorang cikgu tu berjaya selesaikan kerja-kerja dia dengan mintak tolong daripada aku, pastu nanti kengkawan dia daripada kawasan jajahan sekitar (dan ada jugak yang dari luar kawasan) pun akan datang sini untuk mohon bantuan aku tolong selesaikan kerja-kerja-kerja diorang. Sanggup travel jauh demi untuk mohon pertolongan menyelesaikan segala kerja-kerja-kerja diorang (sebab diorang tawu konfem aku takkan menolak punya) wakakaka

Ahah! Dan tetiba aku rasa aku perlu kenakan 'sedikit' charge untuk itu. Dan aku ada valid reason aku sendiri kenapa aku perlu berbuat demikian (Wahhhhh skema sungguh disitu hahahaha).


Ehhh entry ni bukan entry marah. Aku tak marah pun. Cuma berkongsi. Maklumlah, aku kan kena kerja sesorang semenjak dua bulan yang lepas jadinya aku takde partner untuk aku lepaskan bebel-bebel pasal segala benda ni. Selalunya aku bebel kat partner aku yang cuti bersalin tu. Dia tolong dengarkan aje segala butir bebelan aku. Sekarang dia takde, so engkoranglah kena tolong dengar baca hehehehe


18 comments:

  1. Bagusnya, Ana. Tak mengapa. Tolong seadanya semampu boleh tapi jangan sampai jeopardize kerja dan life kita. Maybe ada certain 'minta tolong' tu perlu dikenakan caj :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde bagus mana pun kak Farrah.. cuma tu la tolong jugakla mana yang termampu tapi kalau sampai camgitu, memang Ana perlu kenakan caj sikitah hehe

      Delete
  2. wahh baiknyer, budi baik dikenang juga., wak baca habis okeyy ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. budi baik memang dikenang Wak.
      wahhh wak baca sampai habis ye? =P

      Delete
  3. hahha i feel you kak ana. ayah ina cikgu and umur ayah ina dalam lingkungan 50-an. memandangkan zaman skrg ni semua guna teknologi, pakai online je, benda ni jadi satu bencana yg besar utk ayah ina. jd siapa je yg ayah ina nk mintak tlg? yeah of course la ina memandangkan adik2 ina yg lain pun tak berapa nk celik IT sangat. ayah ina punya keje tu sekali, memang banyak gila gila gila. masyaallah nasib baik la ayah.. pheww

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh ayah ina cikgu ye? dengan usia yg 50-an dan perlu mengikut peredaran zaman IT skg ni, mmg agak menghadkan jugakla tugasan cecikgu. Tu sipbaikla ayah ina sendiri. Kalau macam kak ana ni, beratur cecikgu mai mintak tolong utk selesaikan kerja-kerja-kerja diorang. Kadang tu kak ana pulak rasa nak muntah hahaha

      Delete
  4. haaa..ikhlas dak tu tlg... hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikhlas jugakla. tapi memang kadang tu rasa tak ikhlas sebab kena pakasa tulung jugak walaupon dah tolak elok-elok hahahaha

      Delete
  5. baeknya hati. :D BV pun kekadang rasa segan sangat nak menolak bila orang mintak tolong depan2 :D
    comel la design tu, sesuai la dengan tema kanak2 kan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal kan BV. memang jadi segan nak tolak bila diorang beriya-iya sangat merayu mintak tolonglah jugak selesaikan kerja diorang tu.

      terime kaseh hehe. itu je yang termampu nak buat :)

      Delete
  6. Busynyaa Ana sekarang. Hehehe. Nani pun sama T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la agak bz jugak sekarang ni Nani. tambah2 bila kena handle sorang2. ber-double2 bz nye huhu

      Nani bz ape tu? hehe

      Delete
  7. Replies
    1. pasrah tapi beum menyerah Mrs.A hehehe

      Delete
  8. Bab buat brochures ni kalo nak cepat sikit guna je Microsoft Publisher instead of Power point... pilih je template dari collections yg ada, dan taip masuk wordings n insert pics apa yg patut ke dalam ruang yg dia bagi, siap jap je. Jimat sikit masa lu yg terpaksa digunakan utk orang lain yang malas nak belajar/explore sendiri pasal skop tugas dia sendiri tu, wekekeke ;3

    ReplyDelete
  9. Ok je kau design brochure tu walaupun terpaksa...Aku rasa kau kena ajar jugak sorang cikgu biar dia tahu nak buat lepas ni. So, cikgu2 lain semua dah x cari kau lagi, tapi cari cikgu yg kau dh ajar tu...

    Tapi, kalau kau nak cari duit lebih dengan mengenakan caj pun apa salahnya. Lemak betul diorang ni nak benda free tapi nak cepat. Good luck la buat kerja2 kebajikan..haha..

    ReplyDelete