Diikutkan sangat perasaan tu...

Ada banyak perkara yang berlaku dalam setiap hari-hari kita. Ada perkara yang membuatkan kita rasa nak senyuuuuuuuum je sepanjang hari.

Ada jugak perkara yang berlaku, membuatkan kita rasa nak memaki je. Rasa nak bagi penampor sulung je. Kan?

Sebenarnya, kita memang ada hak untuk marah. Allah tak ciptakan perasaan 'marah' tu saja-saja. Tapi walau macam mana kita rasa marah sekalipun, sebenarnya, dalam marah juga ada cara dan batasnya. 

Macam contohnya zaman media sosial sekarang ni, kalau kita marah pada seseorang, terus je nak up status kat social site contohnya fesbuk,twitter instagram dan lain-lain lagi tu.

Tunjuk betapa marahnya kita ni kat orang tu. Sampai ada yang viralkan muka orang tu. Punya nak bagitawu kat satu dunia bahawasanya kita ni betul dan dia tu yang salah. 

Dia yang salah tu perlu di viralkan. Perlu dicanang satu dunia yang dia tu bersalah. Dia tu tak sepatutnya buat camtu kat kita ni. Dia tu macamlah bagus sangat kan? Dia tu tak tawu sebenarnya dia dapat duduk kat kerusi situ pun disebabkan orang-orang macam kita ni lah. Bla bla bla...


Pastu kawan-kawan yang dalam friendlist kita pon datang 'like' status kita tadi tu. Pastu ada yang lagi bagus, siap komen bagi cadangan / sokongan padu kat kita yang up status tadi tu. Ada lagi yang siap tolong tambah pulak maki orang yang kononnya salah tadi tu.

Kita yang up status tadi, bila tengok je notification siap menyokong kita, wahhhh semakin kembanglah jubur. 

Dalam hati kita puas. Padan muka orang tu. Haaa tengok, orang lain pun sokong aku. Nampak sangat memang patut aku marah.

Pada hal dalam kita tak sedar, kita dah aibkan orang tu tadi. 
Kan orang kata kalau masa tengah marah tu kita sedang berdiri, maka duduklah.
Kalau duduk pun rasa marah lagi, tengoklah cermin. tengok muka sendiri masa tu.
Pastu kalau tak boleh gak reda, ambik wudhuk.
Syaitan dok bergayut la tu main buai tengah seronok bertepuk sorak.

Sabar. kehkehkeh. 






13 Lovenote(S):

  1. hehehe..entry ni win.perasaan marah tu sejenis ujian.tak perlu nak viral sangat..tapi tu OK lagi.paling saya tak boleh terima bila marah kat adik beradik or family sendiri nak canang kat media sosial..hal family kan..settle diam-diam jelah

    ReplyDelete
  2. Janfan sia2kan pahala dan gadaikannya tanpa sedar..

    ReplyDelete
  3. Perasaan marah tu Ada yg ckp kene cakap direct je. Tapi better simpan aje dalam hati. Manage baik2 walaupun kita geram sangat. Hum

    ReplyDelete
  4. Perasaan marah tu Ada yg ckp kene cakap direct je. Tapi better simpan aje dalam hati. Manage baik2 walaupun kita geram sangat. Hum

    ReplyDelete
  5. sangat betul. takpatut bukak aib orang biarpun kita marah. sekarang asal takpuas hati dan marah je up kat media sosial, pastu viral. better cari jalan yg betul dan sabar :)

    ReplyDelete
  6. Mrh itu ada. Pndai KAWAL atau tidak aje kan.

    ReplyDelete
  7. Thanks for this reminder. Setuju dengan entri ni.

    Allah suruh jaga aib orang dan aib kita sendiri. Kalau boleh settle secara direct tanpa perlu heboh2, itu lagi baik. Zaman skrg ni ramai sgt up benda2 remeh temeh marahkan org lain kt media sosial.

    Semua nakkan perhatian je. Kalau betul nak settlekan problem, jgn buat org yg kita geram tu marah balik kat kita. Tapi buat org tu happy, then slow talk dgn dia. Siapa je x suka org yg mampu buat diri kita happy kan....

    ReplyDelete
  8. betul sangat2 kak ana :(( ina pernah kene macam ni. haih memang sabar je lah. dah aibkan kita tu satu hal lah, yg tak boleh bla, dia update pakai bahasa kesat dia lagi, memang terbako lah api2 kesabaran.. haihh better jgn layan or block je org mcm ni. senang, dia tak tahu hal kita, kita pun tak tahu hal dia

    ReplyDelete
  9. Setujuuu :D Kita kalau tengah arah, kita senyap je tak cakap dengan orang

    ReplyDelete
  10. jgn ikutkan sgt perasaan marah kita tuhhh....takut kita buat tindakan yg akan menyebabkan kita menyesal dikemudian hari.... :)

    ReplyDelete
  11. kembang jubur. haha, lawak lah.

    ReplyDelete
  12. huhu tulaa asyik viral je. haihh payah btl skg. huhu

    ReplyDelete

 
© Copyright | All Right Reserved by Anamizu