Disember Aku dan Anoi

Cerita harini.
Aku masih sendiri menguruskan hal-hal kerja.
Partner in crime kerja aku masih di HKL.




NOTIS BERHENTI KERJA
Assalam Ana, 
Cik Ida akan berhenti kerja disebabkan faktor kesihatan baby dia.
Saya sudah maklumkan pada dia untuk penyerahan segala tugas,
kewangan dan juga akaun pada Ana.
Saya akan update maklumat terkini secepat mungkin.
Terima kasih.

Aku dapat email daripada Boss awal pagi ni. Seperti yang aku share pada entry sebelum-sebelum ni, pasal partner kerja aku Cik Ida terbersalin awal (melahirkan baby pre-matured) dan baby dia terpaksa stay dalam incubator bermula 31 Ogos haritu.

Aku tak tawu nak rasa macam mana.
Aku tergamam beberapa second lepas baca email ni.

Aku dan Ida (atau lebih mesra dan lebih terbiasa aku gelar dengan panggilan Anoi).
Kami membesar sama-sama. Rumah aku dan Anoi hanya selang sebuah rumah saja.
Dari tadika main sama-sama. Sekolah sama-sama sampai tingkatan lima.
Terpisah sekejap masa zaman diploma dan aku di Tingkatan Enam saja.
Rezeki kerja kami tertulis bersama juga.
Februari 2010 bermula hingga 31 Ogos 2015 saja.

1 September bermula kisah kami masing-masing di tempat berbeza.
Anoi dan Assyifa terpaksa 'bersama' di HKL sana.
Aku sorang saja yang masih setia di tempat kerja.

Semoga keputusan ini memberi hikmah besar pada kami berdua.
Oh ya. dan baby Assyifa juga.

Noi, merambu ayaq mata T________T



8 comments:

  1. sabar ye, ada hikmah semua tu :D

    ReplyDelete
  2. Mesti sedih kan dah selalu buat kerja sekali, kenal pun dari kecik, tetiba terpaksa berpisah pulak....hmmm.... bertabahlah....ada hikmah semua yg berlaku. Semoga baby tu jugak cepat sihat seperti baby2 yg lain.

    ReplyDelete
  3. Cabaran hidup tu...
    Tu yang buat kita manusia jadi lebih matang :)

    ReplyDelete
  4. sedih kan....harap dia bersabar dengan dugaan ini...moga baby dia cepat sihat :)

    ReplyDelete
  5. mesti rasa tak best ni, jauh dari kwn baik...huhu.semoga Anoi dan baby dia cepat sembuh

    ReplyDelete
  6. moga baby kak anoi sihat-sihat je :)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih semua. inshaAllah moga ada hikmah besar untuk kami bersama :"(

    ReplyDelete